Assalamualaikum semua. Aku ni umur 20 an tapi aku dah ada simptom sakit dada ni dari umur 14 tahun, permulaan dia aku sesak nafas yang sangat-sangat macam duduk dalam gua yang kurang oksigen.
Lepas tu dada aku rasa lemas, dan lepas tu sakit dada belah kiri bahagian jantung, rasa macam kena cucuk tapi sometimes rasa kena hiris dengan pisau, sakit sangat-sangat.
Tapi waktu ni aku buat bodo jer terhadap simptom tu sebab dia akan hilang dengan sendiri tapi selang sehari atau dua tiga hari kena serang lagi non stop sampai satu tahap aku tak boleh nak tidur waktu malam.
Ramai orang yang cakap aku hanya anxiety, tapi bila dah tak boleh nafas dan lemas macam mana nak tidur.
Aku masih ingat sewaktu aku di asrama, semua roomate aku dah tidur kecuali aku, sebab aku tengah berlawan dengan sakit tu, try bangun dan baring kembali semua tak jadi, sakit dada tu dah merebak ke bahu, tengkuk dan tangan.
Dalam istilah kata lain aku rasa aku nk ada heart attack dah waktu tu, sampai aku dah redha yang aku akan mati dalam tidur.
Tapi alhamdullilah aku masih hidup, mampu ke kelas lagi, dalam perjalanan ke kelas pun sakit tak henti-henti menyerang.
Waktu ni aku syak aku ada masalah jantung, aku bagitau mak aku semua simptom yang aku rasa dan ayah aku pun risau dengan aku, jadi family aku bawak aku jumpa pakar jantung hospital swasta waktu ni cuti sem.
Dr pun menjalankan test seperti ecg, dan echocardiogram tapi tak menunjukkan apa-apa pun, malah dr tu kata jantung aku sihat, dia cakap aku gastrik ja kut.
Fast forward, tahun demi tahun berlalu, aku masih ada simptom yang sama, cuma tak kerap, apa yang aku mampu buat kalau jadi macam tu, aku akan senyap try untuk bernafas even susah.
Ada satu tahap tu badan aku macam lemah sebab kedua belah tangan aku lenguh, semua ni memang simptom masalah jantung.
Waktu ni family aku pun macam dah tak layan dah apa yang aku bagitau sebab diorang ingat aku anxiety.
Tapi aku sampai sekarang fikir tak kan anxiety sampai tangan lenguh segala bagai ni, tak silap dia hanya sakit dada tapi tak merebak ke bahagian anggota lain.
Tahun ni, aku rasa dia serang agak teruk juga, sebab sampai sakit kepala dan pening seolah-olah oksigen kurang jer ni.
Waktu ni pkp aku ajak mak aku pi hospital, aku nk jumpa pakar jantung lain, tapi dekat bahagian pendaftaran tu diorang hantar aku ke emergency.
Bahagian emergency tu buat ecg, tapi still tak tunjuk kan apa2 pun, diorang syak aku ni overthinking suruh jumpa physcitarist.
Waktu ni aku fikir kalau aku jumpa physcitarist boleh reda ka masalah ni, aku tak anxious pun, dia jadi secara tiba-tiba.
Kali ni memang aku depressed sebab semua simptom tu serang non-stop, seperti yang aku bagitahu aku sampai sakit kepala dan tangan aku lenguh, nak angkat pun lenguh.
Aku try bernafas dan senyap ok la sikit, tapi tu pun aku risau sebab kadang-kadang rasa nak tumbang ja.
Aku menangis dekat mak aku apa masalah aku ni, aku dah tak tahu nsk buat apa, mak aku cakap tak pa la kita try talk dengan pakar jantung lain pula, jadi aku pun pergi pakar jantung lain pula.
Dia cakap kemungkinan aku sakit urat, tapi ada la dia suruh aku buat stress test yang atas treadmill tu, stress test tu ada la nampak kelainan sikit dekat result tu tapi dr kata stress test ni tak accurate.
Dia cakap kalau kalau nak detail buat ct angiogram coronary, dia cakap test ni kalau tak buat pun tak pa sebab dia kata, dia kurang percaya aku ada masalah jantung, tapi mak aku cakap buat ja la untuk puas hati.
Aku buat test tu dan keputusannya still tak dak apa2, aku frust sebenarnya, bukan aku minta ada apa2 tapi aku nk tahu apa jadi kat aku ni sebenarnya, tapi dr tu prescribe ubat untuk tenangkan jantung.
Bisoprolol fumarate nama ubat tu, ubat tu work dengan aku. Setakat ni aku free dari simptom tu.
Untuk pengetahuan aku tiada darah tinggi, kolestrol normal dan tiada history family sakit jantung.
Aku memang on medication untuk sakit aku yang lain tapi penyakit aku dan medication yang aku ambil tiada kaitan dengan kes sakit dada ni.
Aku harap korang ada pendapat, sekian terima kasih.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit