Saya Abe sudah berkahwin sekitar 10 tahun. Tajuk luahan ini mungkin semua menganggap saya child free marriage. Namun sebenarnya bukan.
Saya sebenarnya sakit hati dengan orang yang ‘mengidolakan’ child free marriage ni. Dan saya sakit hati kalau ada orang mengatakan saya ‘beruntung’ sebab belum ada child.
Hakikatnya saya dan isteri berhempas pulas inginkan anak. Ada yang mengatakan mengapa tidak mengambil anak angkat? Saya dan isteri telah berusaha untuk mendapatkan namun rezeki kami bukan disitu.
Pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan anak kami lakukan namun rezeki kami bukan menjadi ayah dan ibu.
Ramai di luar sana mengganggap perkahwinan tanpa anak adalah indah. Iyalah takyah bersengkang mata menjaga, tak payah keluar duit untuk penjagaan, masa dia kerja tiada pandangan sinis oleh rakan sekerja sebab asyik emergency leave sebab anak sakit dan sebagainya.
Hidup hanya berdua sahaja takyah keluar duit belanja banyak dan duit lebihan boleh buat apa yang kita nak. Nak melancong senang… Nak main futsal senang… Nak mancing nak ride nak apa semua senang…
Saya sering dikatakan ‘untung’ sebab oleh kerana belum dikurniakan rezeki anak saya boleh buat apa yang saya mahu dengan isteri saya. Begitu juga isteri saya salu diperkatakan ‘untunglah hidup berdua, nak melancong senang…’
Namun itu semua seketika sahaja… At one point kita akan rasa sunyi… Kosong…
Ramai sekeliling saya mengeluh pasal anak. Mengganggap anak ini menyusahkan… Namun dalam hati saya kalau mereka tak sudi dengan anak mereka bagi sahaja dia dengan saya.
Mungkin ada anggap ‘boleh lah saya cakap gitu sebab saya tak alami lagi susahnya ada anak’. Iya betul dianugerahkan anak adalah cabaran sebab anak adalah anugerah dan AMANAH, dan bila mana diberikan AMANAH maka kita kena menjaga AMANAH itu sebaik mungkin.
Mereka tidak tahu betapa saya dan isteri saya ingin kan AMANAH itu. Kami sanggup korbakan apa sahaja agar dipilih untuk menjadi salah seorang yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga AMANAH itu.
Bila mana ada orang mengatakan mereka ingin child free dahulu sebab ‘tak mampu’ secara financial nak jaga anak tak mampu berikan sebaiknya kepada anak. Mereka lupa bahawasanya rezeki kita semua telah di tentukan.
Siapa kita mahu perhitungkan rezeki kita rezeki orang rezeki anak itu hidup.
Saya ada rakan… Hidup dia sederhana kalau kita ini buat perhitungan tidak masuk akal dia mencukupi kehidupan anak isteri dia. Namun dia pasrah dia jalani sebab dia yakin yang maha kuasa akan sentiasa mencukupkan.
Dia tahu keinginan saya dan isteri saya ingin mempunyai anak dan kata-kata dia membuatkan minda saya dan isteri saya terbuka luas.
Dia mengatakan begini. ‘kehidupan ini adalah pinjaman… Isteri, suami dan anak adalah pinjaman… Hatta baju yang kita kononnya kita beli ini pun hanyalah pinjaman. Mengapa saya katakan baju yang kononnya kita beli hanyalah pinjaman…
Yang maha kuasa meminjamkan kita baju itu dengan ‘membenarkan’ kita membelinya… Andaikata kita tidak diberikan pinjaman kita tidak akan dapat membelinya… Hatta andaikata kita membelinya belum tentu kita dapat memakainya… Barang kali baju itu rosak, luntur atau hilang.
Dan andaikata kita di beri pinjam baju itu pun maka kita kena sedar bahawasanya bila masa pinjaman itu ditarik balik maka baju itu pun akan hilang, rosak atau menjadi manfaat lain.
Begitu juga suami, isteri dan anak. Semua ini adalah pinjaman esok lusa kita tidak tahu siapa akan di panggil kembali ke perkampungan yang abadi. Jangan sedih kalau tidak diberikan pinjaman anak. Rezeki kamu adalah itu, sebab yang maha kuasa ingin selalu kamu meminta kepada nya…
Ingatlah setiap permintaan kita tidak ada satu pun dipersiakan, samada di berikan segera,diberikan pada waktu yang tepat, atau permintaan kamu yang tidak ditunaikan akan menjadi asbab memudahkan kamu menuju ke syurga’.
Tambah dia lagi ‘selalu apa yang inginkan adalah yang kita tidak akan dapat dan apa yang tidak inginkan adalah kita akan dapat..Kerana ia mengajar kita sabar dan tanpa kita sedari benda yang kita tidak inginkan itu adalah terbaik buat kita.’
Dari situ aku dan isteri hanya pasrah dan sabar. Sebab aku yakin yang maha kuasa hanya mahukan yang terbaik buat aku dan isteri.
Kepada yang ingin kan ‘child free’ sebab mengejar apa yang didunia ini ingatlah siapa yang berikan nikmat didunia ini. Siapa yang inginkan ‘child free’ sebab berhitung kemampuan harta ingatlah siapa yang berikan harta didunia ini.
Siapa yang sering bertanya bila lagi ada anak… Ingatlah yang empunya badan sendiri pun tidak tahu bila akan di kurniakan dan bukan kerja kita untuk mengatur semua ini.
– Abe (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
I couldn’t agree more with your confession..tak tau mana datangnya isu child free ni tiber dah viral. Betapa ceteknya pemikiran mereka yang menyokong child free dengan pandangan mereka sendiri yang saya kira sebagai alasan ‘mengalah sebelum berjuang’..tidak sedarkah mereka bahawasanya anak adalah amanah terbaik didunia dan saham diakhirat..saya akui kehidupan membesarkan anak² bukanlah perkara yang mudah jika tidak berpaksikan agama dan bantuan pasangan tetapi ia tidak bertumpu pada anak sahaja tetapi kehidupan didunia ini sememangnya satu perjuangan, dunia adalah medan ujian untuk kehidupan yang kekal diakhirat kelak. Semoga kita semua tidak berputus asa untuk berjuang walau apapun kehidupan yang Allah kurniakan untuk kita..semoga Allah mengangkat doa² confessor dan kurniakan yang terbaik buat anda suami isteri..
patutla xde anak,, suka judge.. entah bila masa la ade gerakan child free ni aku pun xnampak.. korg yg xde naak, yg blm kawen je gebang ckp ade gerakan.. pity you
Tuan tanah yang bersusah nak dapat anak ni sudah siap menyimpan duit untuk tertiary education fund ke? By this time patut dah siap 2 tabung sebelum anak lahir dalam duk mencuba. Tabung grow dengan principal je now. Ke dah dapat anak baru terhegeh nak menyimpan?
Shame on you..
I is okey ngan childfree neh, derang suarakan pendapat derang why takmo, yg nak anak plak suarakan kenapa mo anak. So apa prob? Badan masing2 hidup masing2 duit masing.
Kenapa nk paksa org ada ank? Mgkin derang da lalui zaman kanak2 yg mmbuatkan derang serik. I baca ramai ramai budak2 x puas hati education fund parents x prepare. Duit raya anak pon pakai ngan alasan susah. Lahirkan anak dgn tggjwb. ratus ribu weih bela anak bukan puluh ribu. Tu kalau ko parents bertggjwb la kalau tak ok je beranak ramai2 pastu salahkan kerajaan, jiran, pej zakat, cikgu. Buat video zikir harian hidup susah.
Paksa org ada anak sama ngan paksa org kawen. Yg childfree tu pon kalau allah ubah hati mana tau beranak dan jd parents yh super baik bila sampai masa.
Sedih nya tak orang komen yg confessor ni judgemental. Itu impian dia nk ada anak. Aku dulu pun ttc 5 tahun, anak first je terus naik gaji 20%, rezeki anak. Anak second je suami DPT kerja gaji extra 100% dr gaji lama & dpt beli MPV (kereta baru). Simpanan untuk anak lak buat lps raya sbb duit pertama raya anak2 mmg byk. Betul la confessor cakap tu. Atas dunia ni semua pinjaman, Allah yg berkuasa nk bagi. Kita ni tinggal doa & usaha je.
Salam,
Pernah masuk tanya kat satu group page nih :
Pertanyaannya,
Kenapa semua pasangan yang buat rawatan kesuburan, mak ayah mereka tak ada pun hantar mereka ke makmal, klinik atau hospital, macam mak ayah mereka hantar mereka ke sekolah hingga universiti. Alhamdulillah dari bodoh berjaya jadi pandai.
Kenapa orang yang berinject nak anak sana sini nih, mak ayah mereka tak ada pun hantar mereka buat rawatan, macam waktu mereka demam dan selsema dulu, tak tunggu esok. Korang bersin mak ayah terus cari klinik. Alhamdulillah dari sakit jadi sehat.
Kenapa orang yang berusaha nak anak nih, telan pil mahal sana sini, mak ayah tak keluarkan pun duit beribu, macam mak ayah keluarkan deposit first car korang dulu tuh. Alhamdulillah dari tak wujud kereta, jadi wujud.
Ketahuilah anda semua tak jauh dari anak, cuma jauh dari ibu bapa.
Admin situ balas, sila jaga sensitif orang dalam nih.
Lepas seminit, saya kena block.
Tutup salam.
Awak maksudkan apa ya ni? Tak faham lah. Maksud awak kenapa ibu bapa kpd pasangan tu tak tanggung semua kos rawatan kesuburan tu ke? Kenapa parents mereka kena tanggung pula?
Allah uji pasangan tersebut dengan ujian kesukaran dapat zuriat. Mereka berusaha semampu mereka utk dptkan zuriat. Jika dapat, alhamdulillah. Jika tak dapat pun, alhamdulillah. Parents mereka pastilah mendoakan anaknya, moga Allah kurniakan zuriat buat anak mereka. Bukankah doa ibu dan ayah utk anak² itu yg paling berharga. Ada keberkatan dlm doa mereka. Bersyukurlah buat mereka yg masih ada parents, jangan lupa minta mak ayah doakan moga anda dikurniakan zuriat.
Atas setiap usaha pasangan itu – kos rawatan, tenaga, susah payah, sakit, sedih, etc – insyaAllah semuanya ada ganjaran di sisi Allah. Dengan syarat, betulkan niat semua kerana Allah. Nak anak untuk jadi jalan dekat dgn Allah. Moga dijauhkan dari zuriat yg melalaikan kita dari Allah. Allah yang Maha Tahu apa yg terbaik utk hambaNya. Jika baik, moga Allah bagi. Tak ada istilah lambat. Takdir Allah datang tepat pada masanya. Kita bukan berlumba dengan sesiapa kat dunia ni tapi dengan diri sendiri. Nak buat sebanyak² amal dgn ikhlas, supaya mati dlm redha Allah. Itulah matlamat hidup kita.
Semoga Ultrama Taro dan yg lain faham. Berkata baik juga adalah ibadah. Menyakitkan hati org lain dgn lisan dan tulisan, itukan dosa. Lebih baik mendoakan, awak pun dapat pahala. Kenapa perlu sinis kalau kita boleh berkata yang manis?
Ada lah child free couple skrg.. Makin ramai. Kalau kau tak tau tu sebab kau tak kenal ramai org kut 😝 (pada yg komen cakap takde)
Based on my pov, some kawan yg decide jd childfree ni sebab family ada genetic downsyndrome, ada yg autism among siblings, mak ayah etc. Dorg takut bila doctor cakap dorg ada high potential kena dekat dorg.
Ada juga yg rasa not good enough to be parents.. Tgk la orang skrg perangai mcm mana. Kdg2 kalau overthink pun takut dengan challenges nak besarkan seorang manusia. Banyak what if dalam kepala.
Ada juga yg single fed up cari pasangan/jodoh yg sesuai.. So decided nak jd single and child free..
Apa2 pun, tu semua ketentuan Allah.. Kalau Allah nak bagi tolak lah mcm mana tetap jadi dgn kemahuan sendiri. Jodoh ke anak ke. Have faith confessor! Semoga dapat rezeki menimang anak and jadi parents yg baik dan menghargai anak ya