Childfree

Disclaimer: Personal opinion, tidak mewakili semua pasangan yang memilih ideologi childfree.

Sejak akhir-akhir ini, isu childfree semakin hangat diperkatakan.

Pada mulanya, tular screenshot komen yang mengatakan, “cousin aku childfree, WEHH BEST GILA….” dan ramai yang mengecam ideologi ini.

Namun bagi aku, screenshot tu langsung tak ada kaitan dengan ideologi yang diperkatakan. Itu hanyalah komen insan-insan dari luar yang hanya nampak dengan mata kasar.

Contoh macam orang bujang tengok orang dah kahwin. Dan vice versa. Macam seronok je nampak hidup orang lain kan?

Namun hari ini ada tular video temuramah satu pasangan ini yang terang mengatakan mereka mendokong ideologi ini kerana merasakan anak itu MEMBEBANKAN.

Honestly it pissed me off. Such a selfish reason. But again, I do believe that some people shouldn’t have kids.

Aku memang suka sangat dengan budak-budak dan aku rasa setiap kanak-kanak deserve untuk membesar dalam persekitaran yang sihat dan tidak dinafikan haknya.

Tapi setiap hari ada sahaja isu yang berkaitan dengan pengabaian anak-anak.

Ini adalah salah satu sebab kenapa aku rasa, it’s okay to be childfree. Setiap orang sepatutnya tahu kemampuan masing-masing, fizikal dan mental sebelum mempunyai anak.

Sebagai salah seorang yang mempunyai childhood trauma, sesungguhnya sangatlah takut andai tidak dapat menyediakan persekitaran yang sihat untuk anak-anak sekaligus menafikan hak anak tersebut.

Dan membesar dengan trauma tersebut sangatlah sukar.

Itulah sebab kenapa aku mempunyai masalah komitmen sepanjang hidupku. Dan sebab kenapa aku rasa, sesetengah orang tidak layak untuk bergelar ibu dan bapa.

Ada sesetengah orang kata, kamu patutnya bersyukur sebab dilahirkan, kalau orang tua kamu ada mentality childfree ni, kamu tak akan dilahirkan.

When you have mental health issues, you don’t have that kind of mentality for sure, at least that’s what i feel.

Akhir kata, sekali lagi aku tegaskan, ini hanyalah pendapat individu. Tidak mewakili orang lain.

Be kind, be gentle with your words and stop judging wholly about this situation. Setiap orang, jalan ceritanya tak sama. Sekian.

– Mulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi,Tq semua jika sudi baca luahan dan bagi pendapat serta kata-kata sokongan buat aku.

    Aku perempuan berumur pertengahan 30an, seorg isteri dan ibu yang bekerja.Aku cuma nak meluah tentang rasa yang ada dalam diri ini.Lately aku kerap rasa diri tak berguna,bodoh dan lain-lain persepsi negatif tentang diri sendiri.Aku juga rasa lelah tak berpenghujung,mula hilang minat benda yang aku suka.Ujian DASS kerap aku jalani,keputusan tetap tidak berubah.’Extreme’ itulah yang terpapar.

    Sejak berhijrah ke negeri lain,3 kali berturut aku dibuang kerja.

    1. Tidak tahu kenapa dan mengapa surat pemberhentian diberi di tengah-tengah waktu percubaan.Rayuan dan cubaan untuk berjumpa orang atasan tidak diendah.Seperti anjing kurap layaknya dilayan.

    2. Permulaan yang baik,rupanya ribut menanti.Bos membuat keputusan menjadikan aku kambing hitam atas silap percaturan yang beliau lakukan.Aku ditendang serupa bola kesana kemari dengan harapan aku berhenti sendiri.Apabila sebarang usaha tidak berjaya,barulah notis pemberhentian dikeluarkan di penghujung tempoh percubaan.

    3. Dipanggil interview dan ditawarkan kerja serta merta.Siapa yang tak berbunga.Dengan komitmen setinggi everest.Awal-awal kerja majikan tuduh aku bercerita buruk tentangnya.Diberi warning letter seawal sebulan bekerja.Selepas itu mental abuse bermula.Sehingga bulan keenam,bulan terakhir tempoh percubaan diberi surat berhenti dengan alasan tidak mampu bayar gaji.Rasa amarah membuak,sebab aku tahu sebulan sebelum itu dia naikkan gaji anaknya.Aku ajak majikan berjumpa,dia enggan.Aku hamburkan segala terbuku dihati semasa perbualan telefon sehingga maaf terucap dari pihak beliau.Sungguh aku lega.

    Sebulan selepas pemberhentian kali ke tiga,aku diterima bekerja.Kalini field yang berbeza.Progress kerja agak slow,tp aku mencuba bersungguh-sungguh.Aku acapkali rasa panik dan takut teramat.Julai 2024, bulan terakhir tempoh percubaan.Aku semakin resah,rasa penat dan takut yang teramat. Risau sekiranya berlaku lagi.Sungguh aku trauma.

    Hutang kian menimbun,aku tidak mampu untuk tidak bekerja lagi.Kami sekeluarga hidup dari gaji ke gaji.Tidaklah mewah cukup makan pakai keperluan dan bercuti sesuai bajet kami.

    Doakan aku supaya melepasi tempoh percubaan ini dan menjadi pekerja tetap syarikat.Terima Kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *