Assalamualaikum semua. Aku ada cerita nak share lepas tengok video haze dan shalma talk about bullies and how are they handle it. Aku teringat aku pernah dibuli dan membuli orang, masa kanak-kanak ok, hahaha. Mental and emosi not physical. Aku berborak dengan officemate aku then tercerita tentang our childhood.
Aku anak sulung, perempuan, parents aku divorce waktu aku umur 6-7 tahun macam tu. Then mama aku hantar aku pada wan aku kat pahang untuk dijaga. Aku ada adik lelaki dalam umur 3 tahun, mama aku jaga dia sebab dia kecil lagi dan mama aku kahwin lain masa aku umur 9 tahun.
Childhood aku sangat best, officemate aku cakap aku patut bersyukur sebab petang2 aku boleh bermain dengan kawan2, main baling selipar, baling botol dan banyak lagi. Bila cuti sekolah, aku datang KL rumah mama aku. Habis cuti, aku balik kampung semula. Aku happy pergi sekolah balik sekolah naik bas, aku belajar berdikari. Wan aku memang ajar aku jadi manusia, kalau tak kerana dia, mungkin aku tak sekental sekarang.
Walaupun berjauhan dengan mama dan adik aku, aku happy, masa kecil mungkin tak rasa sangat atau aku tak terlalu emosi sangat mungkin. Aku tak tahu aku rindu ke tak hahaha tapi semuanya nampak happy je bila aku ingat balik. Disebabkan aku membesar di kampung dan bandar, aku tak culture shock dengan bandar dan kampung sebab dah adapt sejak kecil. So campak mana2 pun aku boleh hidup.
Sampailah aku umur 12 tahun, mama aku ambil aku sebab nak UPSR. Then aku dijaga oleh mama sehingga sekarang, sampailah dah kerja masih tinggal dengan mama. Aku bukan nk cerita pasal aku, cuma selingan nak bagi orang faham. Sebenarnya pasal adik laki aku. Bila officemate aku cakap aku patut bersyukur childhood aku sangat best. Aku teringat adik laki aku.
Childhood dia tak seindah dan sekanak-kanak aku lepas aku tinggal sekali dengan dia. Sebab aku menyaksikan sendiri dengan mata aku. Dia tak bebas, bila tak dapat eja sesuatu (waktu belajar kat rumah) dia kena denda berdiri atas kerusi. Bila keluar dia nak mama beli barang yang dia nak, pastu bila mama taknak beli dia tantrum, mama beli juga akhirnya, balik rumah dia kena rotan kaw2. Dia kena kurung dalam bilik, kunci, banyak kali. Dia nak keluar rumah nak main dengan kawan pun tak boleh, kadang dapat kadang tak. Kalau balik lambat sikit kena marah.
Kami sekolah sama waktu aku UPSR, dia darjah 3. Kami balik sekolah ada orang tengok, maksudnya orang tu tengok betul ke kami terus balik sekolah or lepak tempat lain. Orang tu tak percayakan kami. Ada moment yang aku ingat ada yang aku tak ingat. Yang ingat aku dah cerita.
Tapi tula, childhood adik aku tak sebest aku. Dia tak bebas menjadi kanak-kanak. Nak bermain disekat, salah sikit kena denda kena rotan, gerak geri diawasi, kena kurung, emosi terganggu, fizikal terseksa. Banyak lagi mungkin yang aku tak ingat. Childhood aku lepas tinggal dengan mama aku pun teruk, tapi bukan nak cerita pasal aku.
Semua yang jadi atas tu, semua sebab bapa tiri aku. Dialah yang buat semua tu. Dialah punca childhood adik laki aku, satu-satunya darah daging aku jadi macam tu. Aku tak tahu kenapa dia buat macam tu kat adik aku, tak tahu sebab nak mendidik atau apa, tapi bagi aku, dia punca segala kerosakan dalam keluarga ni. Dia bukan sahaja bagi masalah pada adik laki aku malah pada mama aku, aku dan dua lagi adik perempuan aku iaitu anak dia.
Adik laki aku sekarang sangat kasar dengan kami even dengan mama. Ganas2, pukul kami dan ancam kami bila dia tak puas hati. Kami perempuan dia laki, kami jadi takut dengan sikap dia. Semuanya punca bapa tiri bodoh tu. Sampai sekarang aku benci dia, walaupun aku dah maafkan dia tapi aku tetap benci dia. Kerosakan yang dia buat terlampau banyak.
Kalau baca balik, mesti orang akan cakap ala biasalah masa kecil kita nakal kenalah marah, budak-budak kan. Ye aku tahu, tapi aku menyaksikan sendiri dengan mata aku, cara mendidik adik laki aku oleh bapa tiri adalah salah. Mama aku mesti mengharapkan dia untuk membantu dia jaga anak-anak dia tapi lain pula jadi. Percayalah pada aku bahawa dia dah bagi kerosakan pada satu keluarga. Past is past. Forgive, forget and move on. Thank you.
– Ayong
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit