Childhood Trauma

Assalamualaikum pembaca semua. Aku menulis kat sini sebab aku rasa semua orang patut tahu kenapa pentingnya perancangan keluarga setelah berumah tangga.

Kisahnya begini, aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar. Ayah dan ibu aku berhijrah ke Kuala Lumpur setelah ayah mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Menjadi penjawat awam adalah satu kebanggaan buat keluarga ayah aku. Banyak faedah dan lain2 elaun bila bekerja dgn kerajaan. Mestilah seronok bila dapat kerja kerajaan.

Ibu berhenti kerja kerana mengikut ayah berhijrah. Setelah itu, ibu lah yang menjaga kakak dan abang aku sepenuh masa sehingga lahirnya aku dan seterusnya adik2 aku.

Ayah dan ibu diuji kerana kami sakit asthma dan eczema. Boleh dikatakan, kami sangat kerap hadapi asthma attack terutama sekali aku. Hal ini menyebabkan prestasi kerja ayah aku menurun kerana ayah aku kerap cuti untuk bawa kami ke klinik dan hospital.

Pada masa itu, ibu tiada lesen kereta lagi dan kereta ayah pula sentiasa meragam. Pernah sekali tu, ayah bawa kami naik motor sehingga melebihi had penumpang. 5 orang satu motor. Semata-mata nak bawa kami ke hospital.

Ibu pernah menyuarakan pendapat untuk bekerja semula namun dihalang oleh ayah aku. Tapi….. masalah kewangan sudah mula menunjukkan tanda2 punca keretakan keluarga kami.

Setiap kali takde duit, ayah marah2 dan mula bertindak di luar batasan. Baling2 barang dan hampir mencederakan ibu. Semuanya kerana ayah tertekan dengan masalah wang yang semakin meruncing.

Setiap kali aku kena asthma attack, aku harap sangat aku mati supaya boleh mengurangkan beban ayah dan ibu. Aku berharap dengan cara itu, keluarga aku boleh menjadi keluarga bahagia yang normal seperti orang lain.

Aku selalu fikir aku punca masalah kerana ibu dan ayah pasti bertengkar bila aku perlu dimasukkan ke wad. Mereka bertengkar soal wang dan soal siapa yang hendak menguruskan aku di hospital, dan adik-beradik yang lain di rumah sementara ayah pergi ke kerja.

Boleh dikatakan, punca utama masalah keluarga aku ialah masalah kewangan.

Sikap ayah yang semakin panas baran dan sukar dibawa bincang telah memberi kesan kepada ibu. Secara tak langsung, ibu mula menunjukkan tanda2 delusi, stress, anxiety dan kemurungan.

Ibu terasa dikongkong kerana sikap ayah yang pemarah. Sikit saja barang dalam rumah yang rosak, pasti ibu dimarahi dengan sangat teruk.

Bayangkan lah, seterika yang rosak pun ayah marah dan mengeluarkan kata2 kesat terhadap ibu. Belum lagi, kerosakan lain yang sudah tentu bukan salah ibu kerana barang2 itu semua sudah sampai hayatnya untuk rosak.

Bukan ibu saja, kami adik-beradik juga turut terkena tempias. Kami sering dimarahi dan ianya telah memberi kesan kepada psikologi kami. Ini kerana, sikap ayah yang pemarah, ibu yang overthinking, anxious, delusional dan depression telah affect sikap kami.

Kami menjadi sangat low self esteem. Hendak bercakap pun takut2 sehinggakan orang fikir kami bisu. Kami mudah melenting dan menjadi sukar ditegur.

Kami mempunyai sikap ingin menang sentiasa, situasi di mana kami ingin sentiasa dianggap kami saja yang betul.

Sikap yang orang selalu kata seperti kebudak-budakan. Ya, inilah sikap yang telah sebati dengan kami sehinggalah kami meningkat dewasa.

Sikap ini sangat menyeksakan aku apabila aku sudah bekerja. Sikap ingin sentiasa menang dan cepat melenting bila ditegur bukanlah sikap yang bagus, kerana sepatutnya aku bersikap professional. Aku menjadi seorang yang sukar meminta tolong dan bersosial dengan orang lain.

Aku jadi overthinking dan anxious apabila aku ditegur.

Banyak yang menjadi triggering factor aku di tempat kerja. Disebabkan itu, aku sukar untuk kekal lama di sesebuah tempat kerja sedangkan tempat kerja aku itu mempunyai ramai colleagues yang supportive.

Aku risau keadaan aku akan menyukarkan aku untuk terus hidup kerana aku seperti menolak untuk hidup dalam masyarakat. Aku seolah-olah membenci manusia kerana sikap aku yang anxious dan overthinking ini.

Semuanya kerana childhood trauma aku kerana hidupnya aku dan adik-beradik aku di muka bumi ini bukanlah suatu perkara yang disukai oleh orang tua kami.

Kami tidak pernah merasai dihargai dan kerana itu kami sentiasa rasa kami tidak layak mendapat pujian dan penghargaan dari sesiapa pun.

Aku masih lagi dalam proses healing kerana aku telah berjumpa psychologist untuk masalah aku. Dan berdasarkan rawatan aku, memang zaman aku kecil yang menyebabkan aku adalah aku pada masa kini.

Childhood trauma yang telah memberi parut yang sangat dalam. Kami tidak dingini tetapi kami juga tidak minta dilahirkan….. kerana itu pentingnya perancangan keluarga (family planning)

– Dis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *