Assalamualaikum. Hi. Rasa terpanggil nak share kisah sendiri lepas baca confession “Childhood Trauma” (https://iiumc.com/childhood-trauma-2/).
So here it is “Childhood Trauma 2.0” tapi sebelum tu aku minta maaf jika susunan storyline berterabur.
Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana. Biasa2 tapi alhamdulillah cukup makan pakai. Ibu housewife. Ayah kerja gov. Aku anak bongsu.
Berumur 20an & bakal berginjak ke 30 dalam beberapa tahun lagi.
Dari kecil, aku dianggap sebagai pelajar cemerlang. Mula Form 1 aku masuk boarding school & hingga ke zaman uni aku study jauh dari rumah.
Tapi aku tak sedih walau bertahun-tahun jauh dari family sebab memang aku perlukan kebebasan tu untuk aku lari dari kesedihan.
Kenapa aku suka lari? Bila cuti sekolah/sem, aku terpaksa hadap semua yang aku tak mahu lihat. Ayah ibu sering bergaduh.
Berkali-kali aku menjadi saksi lihat ibu minta cerai pada ayah. Dan berkali-kali juga aku nyatakan pada ibu bahawa aku tak kisah jika mereka bercerai kerana aku sendiri sudah penat melihat semuanya.
Ini bukan soal ada orang ketiga tetapi lebih kepada dendam ibu terhadap ayah yang sudah bertahun dipendam sepanjang mereka berkahwin.
Adegan maki, baling barang, menengking antara mereka berdua adalah pandangan yang normal untuk aku. Dan perkara ni masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Aku akui ayahku agak panas baran pada zaman muda nya tetapi soal pelajaran & makan pakai ku tidak diabaikan (mungkin kerana aku anak bongsu). Tetapi berlainan pula layanannya pada adik beradikku yang lain serta pada ibu.
Ibu sering mengungkit & meluahkan segala perkara negatif yang dilakukan ayah sejak bertahun-tahun mereka berkahwin. Dan aku seperti biasa, tak tahu nak react apa. Di depan orang aku terlihat tabah, namun bila sorang2 mula lah banjir mataku.
Itu belum masuk kisah ibu ayah bergaduh bila setiap kali Ramadan. Bertahun-tahun aku terpaksa tengok mereka bergaduh selalunya menjelang 2 minggu sebelum raya sebab kes berebut nak raya pertama di mana.
Isu simple tapi ini lah yang terpaksa aku hadap sejak kecil sehingga berumur 19 tahun. Alhamdulillah aku bersyukur sekurangnya sekarang ibu ayah dah tak gaduh lagi pasal ni.
Btw sekarang aku dah kerja & tinggal bersama keluarga. Maka bermulalah episod hilang kebebasan dalam hidupku. Ibuku memang terkenal dengan sikapnya yang suka mengongkong. Hidupku sering diatur dari segala segi & ibuku juga bukanlah seorang listener.
Bukan aku tidak pernah mencuba untuk meluahkan, tapi ibuku tetap berkeras dengan segala keputusannya. Sebagai anak, aku kecewa bila ibu beri alasan dia lebih banyak makan garam & cuma mahu protect aku.
Aku mahu dilayan seperti manusia yang punya keinginan sendiri. Dan paling menyakitkan hati, ibu tetap menyalahkan aku untuk semua yang jadi kalau benda tu tak jadi seperti yang dia rancang (walaupun aku dah follow nasihat dia).
Sometimes aku keliru adakah aku ni anak derhaka? Aku sering rebel & hubungan dengan ibu ayahku memang renggang.
Begitu juga hubunganku dengan adik beradik yang lain. Aku awkward nak rapat dengan mereka sebab segala memori yang aku hadap semasa kecil masih tersimpan rapi.
Aku cuba untuk melupakan tapi tak berjaya. Aku rasa hidupku memang tak normal macam orang lain. Ibu hantar aku ke sekolah rendah agama tetapi aku sering ponteng sebab rasa rendah diri dengan rakan yang lain.
Di rumah aku tak pernah diajar untuk solat & semua tu aku belajar bila dah masuk sekolah asrama.
Aku hafal setiap pergerakan bila join solat jemaah & masa ni juga baru aku aware kewujudan doa qunut dalam solat subuh.
Bila cuti sekolah/sem, aku tak solat sebab aku malu dengan keluargaku. Tapi alhamdulillah ibu hantar aku ke kelas mengaji dulu jadi aku tahu mengaji walaupun tajwid tunggang langgang.
Sejujurnya sampai sekarang aku liat nak solat ataupun aku akan kunci pintu bilik & solat senyap2 sebab aku tak mahu keluargaku tahu.
Di tempat kerja, aku solat macam biasa & aku tak timbul langsung rasa malu sebab tiada keluarga yang akan judge aku. Ibuku sudah bertahun tak solat & dia tak tahu mengaji.
Ayahku start solat bila dah makin meningkat umur ni tapi kadangkala lompong. So aku boleh simpulkan bab solat memang tak menjadi keutamaan dalam keluargaku. Mungkin ini lah juga penyebab keluargaku tidak harmoni seperti orang lain.
Aku sering cemburu melihat keluarga yang bahagia sebab aku juga mahu rasa semua tu. Berkali-kali aku cuba untuk lupakan semua memori yang pahit tapi aku tak boleh. Aku nak ada hubungan rapat dengan ibu ayah.
Tapi aku sendiri rasa pelik sebab dari kecil ibu ayah tak pernah peluk aku so bila besar aku rasa malu nak ada physical touch dengan mereka. Even nak cakap “i love u” pun aku tak pernah buat sebab rasa segan.
Aku sayang ibu ayah cuma tak terluah. Kadangkala aku juga terfikir adakah aku selfish atau ego kerana berperangai begitu.
Makian ialah perkara biasa yang aku hadap dari dulu sampai sekarang. Setakat dipanggil “babi, bodoh, anak tak guna” adalah sangat normal keluar dari mulut ibu bila dia tengah marah.
Tapi yang paling aku tak boleh lupa & sangat terkesan sampai sekarang ialah bila ibu kandungku menggelar aku “perempuan sundal” sedangkan aku tak pernah disentuh mana2 lelaki.
Dihalau dari rumah pun perkara biasa. Tapi ibuku akan react seolah tiada apa yang berlaku bila dia dah cool down. Cuma aku lah yang perlu menanggung sakit kena verbal & emotional abuse tu sampai bila2.
Oh btw ayahku seolah tak wujud. Ayah tidak pernah ambil tahu tentang diriku melainkan jika aku sendiri yang bercerita kepadanya. So basically memang ayah tak tahu apa2 & semuanya aku pendam sendiri.
Aku tak tahu berapa lama lagi boleh bertahan dengan kehidupan macam ni. Aku penat berlakon di khalayak ramai seolah aku ok sedangkan hakikatnya aku menderita.
Setiap hari aku perlu letak bantal di belakang badanku semasa tidur untuk rasa lebih secure. Pernah juga aku tiba2 terjaga dari tidur & menangis. Insomnia tu juga perkara biasa. During weekend, aku lebih gemar menyendiri di dalam bilik.
So pesanku buat ibu ayah di luar sana, jangan sesekali jadikan anak sebagai “punching bag” & jangan bergaduh suami isteri di depan mereka. Anak-anak tetap terkesan dengan perlakuan ibu ayah walaupun mereka tak luahkan.
Moga kisahku ini jadi pengajaran & mohon doakan aku serta trauma survivor yang lain diberi kemudahan untuk healing dari childhood trauma.
– Cik Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit