Aku tulis dengan anggapan ini cuma sebuah diari yang aku takkan buka lagi helaian tulisan ni. Sebab aku memang tak pandai meluah dekat sesiapa pun, termasuk suami aku.
Aku dan suami umur 27. Aku tak pernah sangka unhealed childhood trauma akan bagi kesan dekat aku lepas kahwin.
Aku datang dari broken family. Bapak aku dulu abuser. Aku ada 2 abang, aku sorang je perempuan. Bapak aku abuse abang2 aku secara emosi saja, tapi aku secara fizikal dan emosi. Bapak aku pukul aku tapi tak pernah pukul adik beradik lelaki aku.
Mak aku dari muda sampai tua kena bantai dengan bapak aku, kena ludah tendang penampar tarik rambut tumbuk. Semua yang bapak aku buat semua aku masih boleh visually recall sampai sekarang.
Pada aku kesan paling teruk kena dekat emosi aku. Dari dulu aku banyak simpan semua benda sendiri. Aku pandai ke bodoh ke kat sekolah, naik kelas turun kelas, report card, hari anugerah, apa yang aku catch up dan tak dapat catch up dalam study mak bapak aku tak pernah ambik tau.
Dari aku darjah 1 sampai tingkatan 5, sekali je mak bapak aku datang ambik report card aku tu pun masa darjah 1.
Start darjah 2 – tingkatan 5, tiap2 tahun aku bawak balik je report card tu. Sebab apa? Sebab mak aku terpaksa mengadap perangai bapak aku lebih dari bagi tumpuan kat anak2, dan sebab bapak aku tak pernah peduli pun kat aku.
Last aku peluk bapak aku masa aku darjah 1. Aku boleh recall lagi bapak aku balik kerja aku lari keluar rumah peluk bapak aku. Tapi bapak aku takde respond pun.
Lama2 aku berhenti tunjuk affection kat bapak aku, sebab aku rasa bapak aku sayang aku pun sebab dia tak respond dan selalu pukul aku.
Bapak aku meninggal masa aku umur 17. Sampai hujung hayat bapak aku pun aku tak pernah dapat kasih sayang dan perhatian bapak aku, walaupun aku sorang je anak perempuan dia.
Aku mula rasa childhood trauma tu kicked in masa aku start bercinta umur 19 dengan ex2 aku. Aku struggle dalam semua hubungan tu untuk control emosi, short tempered, dan rasa ada banyak sangat issue.
Benda tu berlarutan sampai aku kenal suami aku, then aku jadi cool down. Tapi aku masih short tempered yang mild.
And then, kami berkahwin dan PJJ. Kat sini yang aku rasa emosi aku flop habis. Aku develop abandonment issue dan daddy issue yg sgt teruk, tambah pulak coping mechanisms aku pun sgt teruk
Everything has to be my way, kalau failed aku rasa suara aku tak didengar mcm bapak aku buat dulu. Every single thing.
Suami aku cope dengan cara ikut je apa aku nak selagi boleh. Tapi bila tak boleh, emosi aku flop dan aku akan end up maki hamun, pukul diri sendiri, menangis tak berhenti, dan salahkan diri sendiri.
Harini paling teruk emosi aku. Suami aku dah sebulan lebih tak balik, and supposedly balik lepas kerja hari isnin nanti, cuti 2 hari je sampai rabu.
Aku dah kemas bilik, basuh cadar dengan selimut, basuh tandas, tukar sarung bantal, beli perfume bilik, beli barang basah fikir nak masak apa. Aku hari2 kira hari suami aku nak balik, dan berapa jam yang aku ada dengan suami aku sampai rabu.
Tiba2 suami aku kena hold sebab kerja. Aku mengamuk. Aku marah suami aku. Aku naik angin teruk sangat2 sebab aku rasa suami aku tak peduli pun kalau lambat balik jumpa aku.
Aku rasa aku bukan priorities suami aku. Aku rasa suami aku tak faham aku. Aku rasa aku tak penting pun utk suami aku, sama macam aku tak penting utk bapak aku. Aku punya sakit rasa kecewa tu sampai rasa dada macam kena tikam bertubi2.
Lepas aku dah habis naik angin, aku isolate diri aku dari suami aku. Aku ckp elok2 yg aku taknak dia contact aku, sebab aku tengah kecewa.
Suami aku mesti tak faham kenapa benda kecik aku mengamuk teruk, padahal benda boleh bawak bincang. Tapi tadi tak, aku terus mengamuk dan sekarang aku terus diam.
Bila aku isolate diri duduk diam2 sorang2 ni, aku menangis teringat apa bapak aku buat kat aku dulu. Aku rasa mcm kalau bapak aku tak buat mcmtu dan family aku bukan broken family, mesti fikiran aku jelas dan lapang mcm orang lain sekarang ni.
Aku kesian kat suami aku. Tapi aku tak boleh letgo childhood trauma aku dan aku tak boleh maafkan bapak aku sampai sekarang.
Aku rasa aku perlukan bantuan, aku tak nak aku terus jadi lebih teruk. Sebab aku bukan ustazah, suami aku je tempat aku kumpul pahala, tapi sekarang aku cuma mengumpul dosa.
Aku taktau bila, siapa, dan macam mana aku nak heal semua benda ni. Aku penat, emosi aku tenat.
– ANCE (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit