I just want to share yang setiap dari kita carry emotional wound dari kecik dan itu yang membentuk siapa kita sekarang.
Dari kecil, I tak pernah rasa dihargai oleh seorang ayah. Dia ayah yang baik, makan pakai dia bagi cukup, tapi dari segi emotional bond tu tak ada. Sebab apa, sebab ayah I pun kurang kasih sayang dari parents dia.
Dia dijaga oleh mak saudara dia dari kecil sebab arwah atok nenek I masa tu orang susah, tak mampu jaga, plus ayah I paling nakal.
Jadi arwah atuk nenek I bagi ayah I dekat orang lain. So ayah I je yang tak dijaga oleh parents dia. Jadinya dia tak rasa kasih sayang dari parents dia. Dia jd hyper independent, sedikit rebel & bawak diri dari kecil.
Bila ayah kahwin & ada anak, maybe dia tak ada role model on how to be a good father masa kecil, so dia tak ada emotional bond dengan anak2 & dia jadi kurang empathy.
Dia sekadar kerja, balik kerja lewat malam lepak dengan kawan (purposely sebab dia tak suka hadap anak2 bising) so balik lewat anak2 dah tidur, tak ada holiday jalan2 kemana (kalau ada pun sangat jarang. Dia lebih prefer spend time dengan kawan).
Dia dengan hal dia je. Tak pernah tny sekolah macam mana ok ke sihat ke. Never. Sebab kan itu, I & siblings mmg rapat dengan mak je.
I masih ingat kalau kami sakit, dia tak tanya pun, instead “ala nanti baik la” “tu la tak pandai jaga diri kan dah kena”. Langsung tak ada emotional support from him.
Plus masa I kecik tak pandai drive lg jadi I selalu minta tolong dia, dia selalu ckp “pergi sendiri” “kau ni tak pandai berdikari” instead of tolong hantarkan. Kalau result I bagus, tak pernah dapat apa apa appreciation. Kalau result tak bagus “kau ni pemalas”.
Wallahi, ia sangat memberi kesan dalam hati I. Kerana ini, I tak pernah rasa diri ni di hargai & dilindungi. Kerana ini I sering bottle up segala masalah sendiri.
Kerana ini juga, I selalu berharap dapat suami yang bkn macam ayah I. I berangan nak kan suami yang caring penyayang yang I tak dapat dari ayah I. Little did I know actually I carry emotional wound tu sampai la I dewasa.
I pernah di approached oleh beberapa lelaki, most of them kawan I sendiri so diorang approached cara simple straightforward je. My thinking dari dulu nakkan yang caring penyayang etc.
So the way they approached tak seperti yang I imagine, I rasa macam ada void. I rasa bkn ini yang I cari. So I keep reject walaupun diorang memang niat baik.
I don’t know why, hati I rasa kosong. Setiap kali lelaki yang I kenal, I rasa bukan ini yang I cari, little did I know yang I cari itu hanyalah void yang I tak dapat dari seorang ayah.
Until one day, I di approached oleh lelaki yang I baru kenal tapi sangat la manis layanan dia. Dia ada apa yang I harapkan selama ni. “kerja macam mana harini?” “do u need some food?” “nak I temankan servis kereta u?”. “you sihat? Dah makan ubat?” dan banyak lagi.
Layanan yang I angankan yang I tak pernah dapat. I jadi easily attached and rasa macam finally I found my person. Dalam sebulan kenal I terus percaya, I terus rasa dialah segala galanya, rupanya dia hanya penipu.
Dalam setahun kenal, dia curang berkali kali, I masih merayu supaya dia pilih I. I struggle nak bangkit masa dia tinggalkan I. Sebab masa tu I rasa I cuma ada dia.
I kaji diri I, kenapa ada lelaki yang baik I tolak, yang jahat ni I mudah attached. The answer is I crave for attention and care from figura seorang ayah. And perempuan fragile macam I ni la selalu kena scam dengan buaya darat yang manis diawal hubungan.
I tersilap membezakan lelaki baik dengan tak baik, sebab I tak tahu macam mana nak bezakan, I taktahu macam mana rasanya dihargai oleh lelaki dari I kecil.
Your childhood trauma is not your fault, but as an adult it is your responsibility to heal from it. Now I tengah dalam proses untuk heal dan lebih sayang diri sendiri.
Kepada lelaki diluar sana, jagalah emotional anak isteri. Especially anak perempuan.
Ada kajian menyatakan yang anak perempuan yang cukup emotional support & affirmation dari ayah dia, dia jadi lebih percaya diri, tahu menghargai diri dan tak mudah mencari validasi dari lelaki diluar sana. Sebab dia tahu value diri dia.
Meanwhile kalau sebaliknya, perempuan perempuan seperti I lah yang kurang yakin diri & mengharapkan validasi.
Kadang kadang kita nampak benda ni kecil, tapi besar kesannya terhadap orang lain.
Jauh disudut hati, cemburu dengan orang yang cukup kasih sayang dari seorang ayah dan suami. Sedangkan I tak dapat dua dua.
Doakan suatu hari nanti, I dipertemukan dengan lelaki yang boleh menghargai I sepenuh hati.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit