Childless Marriage

Assalamualaikum readers, thank you admin sekiranya confession ini disiarkan.

Sebagai pengenalan, aku Milo, 29 tahun dan telah berkahwin hampir setahun.

Seperti tajuk confession, aku sebenarnya inginkan childless marriage. Tapi idea ini timbul selepas aku berkahwin, masa bujang dulu tak pernah terlintas pasal childless marriage ni.

Aku pernah slow talk dengan suami tentang perkara ini, dia kurang bersetuju dengan impian aku kerana padanya lelaki mana yang tak nak keturunan.

Dia memberi masa sampai aku betul-betul bersedia untuk mempunyai anak sebab sekarang pun kewangan kami belum stabil lagi.

Aku menerima keputusan suamiku dengan hati terbuka dan aku cuba untuk buka hati untuk ada anak.

Sebab kenapa aku nakkan childless marriage adalah kerana aku hanya mahu hidup bersama suamiku sampai tua. Bagi aku itu sudah cukup membahagiakan.

Aku bukanlah datang dari broken family tapi bukan juga happy family. Keluarga aku sering juga ada masalah lebih-lebih lagi dari segi kewangan.

Selain itu, aku rasa aku tak mampu nak menjadi seorang ibu yang baik. Perasaan takut dan risau selalu bermain di fikiran aku. Lagi-lagi zaman sekarang sungguh besar cabarannya nak dibandingkan dengan zaman dulu

Teknologi yang ada membuatkan anak-anak sekarang lebih advanced tentang dunia luar. Belum kira lagi kos sara hidup.

Kami suami isteri kerja biasa-biasa sahaja. Gaji bulanan kalau dicampurkan dalam 5k. Itu pun antara perkara yang merisaukan aku.

Isu yang aku nak ketengahkan disini adalah mak aku. Dia selalu sentuh hal anak setiap kali balik rumah dia.

Aku faham dia tak sabar nak ada cucu memandangkan kakak aku pun belum dikurniakan zuriat lagi.

Tapi kadang-kadang aku letih. Sebab dia tak pernah nak tanya keadaan kami suami isteri. Yang dia tau pasal anak anak anak.

Suami aku boleh bertoleransi untuk memberi aku masa dan aku juga dalam proses untuk bersedia nak ada anak sambil masing-masing kukuhkan status kewangan kami.

Kami planning mungkin dalam setahun dua lagi baru nak ada anak. Tapi aku tak pernah cerita pada mak aku.

Sebab mak aku ada mind set tipikal ibubapa yang mengatakan anak itu rezeki dan rezeki harta itu kita boleh cari.

Aku pernah cuba nak fahamkan mak aku, memang betul anak itu rezeki.

Tapi anak juga amanah dan ibu bapa perlu betul-betul bersedia sebelum menggalas tanggungjawab seumur hidup.

Selain soal rezeki, dia juga menekankan pasal umur memandangkan aku dah nak masuk usia 30an tahun depan.

Pada aku yang lebih penting adalah persediaan mental dan fizikal untuk menjadi ibu. Sebab sekarang pun ramai ibu-ibu yang melahirkan anak diusia 30an/40an keatas.

Kadang-kadang aku terfikir aku ni bukan anak yang baik ke? Sebab tak mampu nak tunaikan hajat mak aku tanpa memikirkan keadaan diri aku sendiri.

Maaf kalau confession ini panjang, tapi aku cuma nak meluahkan apa yang terbuku dihati.

– Milo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. It’s ok nak planning ke xnak anak ke, it’s up to both of you… Sbb both of you yg akan menanggung dan merasa… However kindly bt pemeriksaan kesuburan, risau tkt2 bila dah teringin ade anak xdpt pulak sbb masalah kesuburan…

    • Betul tu mamaoyen. Saya pernah ada kawan yang masa tu dia baru kawen , dia dgn bangganya cakap dia belum nak ada anak sebab nak sambung study. Dia cakap everything dlm hidup dia, dia plan apa yg dia nak atau taknak. Sampai abis study, dan waktu dia dah nak anak, rupanya Allah tak bagi anak sampai skrg, rasanya umurnya pun dah mencecah 40an. Nak cakapnya, anak ni bukan dalam plan kita, tapi dalam plan Allah, dan perancangan Allah tu lebih hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *