Chin Up, Girls!

Terima kasih sudi siarkan confession aku.

Aku budak biasa. Baru 21 tahun. Belajar lagi. Benda ni aku dah lama nak luah kat semua perempuan yang rasa diri dia tak lawa, tak hebat, tak pandai, tak bersyukur. Eh?

Girls, listen. I hate it when you said you hate yourself for being you. Tuhan dah cipta kita elok elok. Tak perlu nak jeles. Every cloud has its silver lining.

” Untunglah lawa..”
“Untunglah pandai masak..”
“Untunglah ada orang nak..”
“Untunglah pandai menjahit..”

Girls, ingat keluar keluar perut je dah reti menjahit memasak bagai? Belajar la, belajar.

Aku pun muka biasa biasa. Setakat ni takdalah yang tergoda dengan muka aku ni. Aku sedar diri yang rupa bukan kelebihan aku. Jadi? Lengkapkanlah diri dengan benda lain. Belajar masak, belajar menjahit, bertukang dan sebagainya.

Wujudkan satu benda dalam diri kita yang boleh jadi kualiti diri kita. Jangan mengalah, belajar elok elok. Buat benda yang kau suka. Jadikan benda tu satu nilai kat diri kau.

Percayalah, kau akan rasa bahagia. Aku buktinya. Aku ada masalah low self-esteem (atau inferiority complex) yang teruk sebab orang selalu bandingkan aku dengan adik beradik aku yang lain sejak kecik sampai sekarang. Ya, aku paling berisi dan selalu kena bahan dengan orang sekeliling yang tak guna dan bermulut celupar. Down tu down jugak, macam macam benda pelik aku cuba. Tapi akhirnya, Tuhan gerakkan hati untuk jadi orang yang bersyukur dengan ilhamkan aku cari satu benda yang boleh jadi nilai kepada diri.

Aku belajar memasak dan baking. Itu passion aku sebab aku suka makanan. Korang maybe boleh try menjahit ke..buat aksesori ke.. Cari nilai tu. Stop the inferiority complex.

Alhamdulillah sekarang bolehlah nak masak tanpa tengok resepi, nak baking tanpa stress. Hujung tahun ni belajar menjahit pulak. Doakan aku jadi tailor berjaya. Ahaha.

Last but not least —
Love you.
Love you for being you.
You are great.
You are a piece of diamond.
Didiklah diri jadi baik dan bernilai.
Allah has created us as diamonds but it is us who will shine ourselves.

Chin up.
Go girls go!

– Cik Happy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit