Choose Wisely, Insecure or Confident

Hi dan Assalammualaikum. Maaf confession saya kali ini agak panjang..

Saya SS (Siti Saleha), masih lagi gigih menulis, mencuba untuk spread an awareness of this issue, Insecurity. Saya ada baca few comments toward my previous confession, Cinta Mengikut Islam Yang Sebenar. Okay sebelum saya menepis kesemua komen yang berunsur emotional, dengan siap melabelkan saya sedang bercinta dengan suami orang oleh “typical incesure wife”, izinkan saya menceritakan 4 kisah yang melibatkan diri saya with this issue, insecurity.

Kisah 1) Sudah diceritakan dalam confessionn pertama saya iaitu mengisahkan Saya, Maria/Dina dan Harun, dengan tajuk Pasangan Insecure.

Kisah 2) Kejadian ni sudah beberapa kali saya alami. Kisahnya, saya keluar makan dengan keluarga saya. Sambil kami menunggu order sampai, so masing-masing borak-borak kosong la kan. And then, suddenly I can spot one fella (ofcouse la a man) was staring at me. So saya tengok balik, kot-kot la budak office, if budak office, boleh la tegur. Lepas saya confirmed dia bukan la orang yang saya kenal. SO saya buat tak tahu la dan alihkan pandangan. Tapi, lepastu, saya tengok, wife dia pulak dah duk pandang2 saya. Pandang dengan pandangan tak puas hati. Saya masih mencuba untuk buat-buat tak tahu. Like scrolling my HP and etc. Still dia tengok saya, tak berhenti. Sampai saya tak selesa. Then tau apa saya buat? Saya pandang balik muka wife dia dengan pandanagn tajam, dalam hati (ingat KAU je ada mata nak TENGOK aku?) So bila saya tengok balik, saya angkat kening dekat WIFE dia menandakan saya tanya dia like “YES CAN I HELP YOU?” Lepas tu boleh pulak dia buat2 pandang tempat lain sampai lah mereka balik dah tak pandang saya lagi. So your husband was staring at me and it’s my fault? Macm TU? *situasi mcm ni rasanya banyak kali jugak la saya alami.

Kisah 3) Saya mempunyai rakan baik lelaki ditempat kerja, kami memang rapat tetapi rapat sebagai kawan sahaja. Dia sudah beristeri, berumur middle 30’s, mempunyai anak seorang. Sepanjang kami berkawan, tidak pernah pula dia menyatakan hasrat hatinya suka akan saya, atau saya menyatakan suka akan dia. Sebab yela, dah nama pun kawan. Kadang-kadang, ada masanya apabila kami attend course yang kebetulan sama, semasa lunch hour, kami makan bersama. Normally, saya akan naik kereta dia, makan di luar, sebab boring makan di cafe tempat our training. Normal lah tu, sebab bila attend course, memang pasti akan ada staff dari jabatan lain yang kami tak familiar, so nak atau tidak, kami terpaksalah duduk bersebelahan dalam kelas, kalau tak, nak kawan dengan sapa lagi? sebab dia je yang saya kenal, tak kan nak buat sombong dengn tiba-tiba kan? Tambah lagi kami staff satu jabatan, plus memudahkan untuk update any related matters during our course. Selepas tamat course, kami kembali ke pejabat seperti biasa. Tiba-tiba, ada salah seorang senior saya, menasihati saya. Dengan ayat yang sangat menyakitkan hati. Katanya, apa perasaan kau, kalau one day suami kau buat macam ni belakang kau? Saya Tanya buat apa? Rapat dengan perempuan lain. Aku sebagai isteri dapat merasakan sakitnya hati isteri dia, kalau wife dia tengok apa korang buat. Me like..kah kah kah ..pulak.. So I just reply to her, I have done nothing wrong, so there’s nothing for me to scared for. Kahhh
Kisah 4) Jadi dekat kawan saya. Yang ni si lelaki yang rasa insecure. Ni first time saya tengok dengan mata saya sendiri, betapa insecurenya this guy, I mean, by friend’s BF. Kami keluar berdua, both girl me and her. Tiada lelaki. TAPI, BF dia ya ALLAH, cemburu tahap DEWA. Siap mintak ambilkan gambar dalam kereta, menandakan tiada LELAKI. Masa tengah drive, si GF nya, Live call, pusing-pusing dalam kereta, bawah tempat letak kaki seat belakang, untuk menandakan TIADA LELAKI DALAM KERERA. I was like, kau ape hallllll????? NI BINI KAU KE? Ok saya cuba sabar. And guess what? Masa saya berhenti ISI minyak kereta, tiba-tiba datang sebuah kereta dan park berdekatan dengan kereta kami, rupanya, kereta BF dia. Siap boleh explain satu-satu mana kami pergi, singgah mana. HAHA rupanya dia dah ikut since kami keluar dari awal lagi. Dengan alasan kawan saya pernah kantoi dating ngn lelaki lain. KAH KAH. Shame on you. Tkde maruah. BIG L for you. Loserr.

So saya nak tanya, perlukah buat semua di atas? PERLU ke? Kau pasang detector la dekat kaki pasangan kau, supaya senang nak trace. Mungkin ni la salah satu factor berlakunya kes BUNUH kekasih atau BUNUH diri. Jenis tak leh terima ketentuan ALLAH. Kurang iman. Nauzubillahhiminzalik. Cuba la bawak bertenang. Fikir dengan WARAS. Bila berlaku sesuatu masalah or typical ‘KANTOI”. Fikir cara menyelesaikan masalah. Bukanya, tak da apa2 jadi pun lagi, kau dah meroyan sorang2. Berbalik la kepada ajaran ISLAM sebetulnya. Benda kalau dah jodoh kau, rezeki kau, kau sorang je boleh dapat. Tak kan jatuh nya ke tangan aku. No worries okay?? Kalau jadi pun situasi KANTOI yang teramat la korang TAKUTKAN tu. SO hadap jelah. TANYA PASANGAN you pilih I atau dia? SO kalau dia nak you, dia akan pilih you. Jangan la risau. IF dia pilih the third person, so apa kau nak buat? BUNUH DIA? Macam tu? Orang kalau dia dah nak, buat apa pun, tak kan dapat ubah keputusan dia. Grow up please.

Kenapa pilih untuk menajdi insecure, kalau kita ada pilihan untuk confident. Kenapa nak pilih menjadi orang yang kalah sebelum bertanding? Padahal at the first place you owned the game. YES YOU.

Okay berbalik kepada kisah saya. Sebab macam ramai kan yang kecam saya cakap saya ada hubungn dengan suami orang atau tunang orang atau BF orang. Ni kelakar. Satu je saya nak tanya perlu ke saya hancurkan hidup saya, semata-mata untuk masuk dalam kehidupan manusia lain yang belum tentu berbaloi? Okay look. Laki ni, kalau dia nak nikah dua, kau buat apa pun, dia akan buat juga. MELAIKAN dia TAK NAK.

Saya pernah di ajak untuk menjadi isteri kedua oleh, pegawai atasan di tempat saya. Dan usianya seusia Ayah saya. Saya tanya dia satu soalan sahaja, KENAPA NAK NIKAH LAGI SATU? Dan dia bagi saya satu sebab sahaja. Dia mampu. YES betul dia mampu, gaji dia kalo kumpul dua bulan boleh beli cash myvi sebiji. Anak-anak? Yang bogsu pun sudah berada di Uni. Agama? Dia seorang yang sangat sopan, dan beriman. Yes masa lapang, saya selalu tengok dia akan mengaji, pergi surau sebelum azan dah bergerak untuk kejar solat berjemaah. Rupa? Yes dia seorang yang ada rupa, walau sudah berumur.

Agak-agaknya saya terima tak? Tak. Saya tolak.  Bila saya fikir adakah ini yang saya nak DALAM HIDUP saya? Yes betul senang hidup. Duduk rumah goyang kaki. KAN? Satu sebab saya tolak. Sepanjang dia meminta untuk serius dengan saya, melalui orang tengah. (pegawai bawahan dia) Saya bagi alasan, kalau dia betul-betul ikhlas untuk memperisterikan saya, maka sila ikut cara ISLAM. Ikut Islam, MAMPU? Yes dia mampu. Tapi tidak pernah sekali pun dia setuju untuk saya dipertemukan dengan isterinya dahulu. Bagi saya, you nak I jadi wife no.2 you? Then bring me to your 1st one. Bukan dengan cara pengecut. Katanya kahwin dulu. Baru bincang jumpa 1st wife. So disini baru saya nampak kurangnya dia. Katnya nanti terus berhenti kerja, dia belikan rumah, dan bulanan dia akan bagi duit nafkah, saya Cuma perlu ‘disorokan’ dalam sebuah rumah yang jauh dari keluarganya. So adakah ini kehidupan? Bagi saya TAK. Ni bukan apa yang saya nak. You nak I, prove it to me. Bukan dengan cara macam ni. Ingat saya boneka? Dan YES saya tolak. Bagi saya tu bukan kehidupan yang saya NAK.

Bagi kaum lelaki, nak kaweh dua boleh. IKUT ISLAM. Bawak jumpa keluarga. Kena ingat Isteri kedua berhak untuk mendapat layanan seperti isteri pertama. IKUT ISLAM. KENA ADIL. YES adil. You tak adil, you jawab akhirat nanti.

ANAK? Apa masahnya? Siap kata perempuan macam ni la nanti, dah nikah, cerai anak jadi mangsa penceraian. Hello?? Kenapa takut sangat nak ikut islam sebenarnya? ANAK dan isteri adalah tanggungjawab suami. Dah bercerai? Anak masih lagi tanggungjawab suami. Suami masih lagi wajib menyediakan nafkah untuk anak-anaknya. Kalau dia tak bagi? Fight. Naik mahkamah, keluarkan penyata gaji dia. Listkan kesemua keperluan anak-anak. Dari sekolah sehinggalah keperluan harian. TUNTUT. Kalau si ayah tak bagi? So apa guna emak nya ada? Takkan dengan anak darah daging sendiri nak berkira? si suami biarkan dia. JAWAB lah nanti di hadapan ALLAH.

Sebab ramai yang komen DAH JADI BINI NANTI TAHU LA APA YANG KAU RASA BILA SUAMI KAU PILIH UNTUK PERGI DEKAT PEREMPUAN LAIN. Nope. Sebab saya sudah terdidik untuk tidak menjadi seorang yang insecure. DIA NAK PEREMUAN lain? SO nak buat apa BUNUH SUAMI? OR BUNUH ORANG KETIGA? Wake up la. IKUT ISLAM. HIDUP NI TAK MATI PUN SUAMI KAHWIN LAIN. Biar kan je, just wait and see. ISLAM TAK AJAR isteri pertama jadi macam ni. DAH MACAM SAMSENG. No wonder, my non-Muslim friend siap cakap, “I can see, few cases Isteri-isteri orang islam sangat samseng” Saya just reply, you jangan tengok contoh orang melayu malaysia tapi beli buku kisah-kisah Nabi Muhammad. Sebab hanya Nabi Muhammad yang layak dan sebetulnya boleh dijadikan contoh terbaik. A to Z. everything’s there.

So saya?

Saya pilih untuk menjadi seorang yang CONFIDENT instead of INSECURE. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Berbalik lah kepada ISLAM. ISLAM itu INDAH.

-Siti Saleha-

– Siti Saleha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit