Salam.
Time aku taip ni aku di hospital. Nampak cam seram kan. Hahaha.
Btw nama aku bunga. Aku dari kecil sakit, rumah sakit rumah ke2. Umur 6tahun kena ulser perut bedah perut segala.
Dan nak dijadikan cerita, umur aku 18tahun, aku rasa ada benda pelik kat breast aku. Aku memang dari kecil paranoid tau sebab kesihatan. So aku pergi check doc. Dan aku diberitahu aku mungkin kena cancer breast. Tapi kena pergi cek segala. Umur aku 18tahun dan aku pergi sorang ke hospital.
Owh. Aku dari educated family, abah engineer, mak lecturer. 2 2 lulusab oversea. Tapi mereka sangat la ortodoks bila melibatkan cancer ni.
Bila aku balik rumah dan beritahu, aku kena tunggu parents aku balik rumah sebab abah kerja kat oversea. Mak ja ada tapi mak busy sangat. Jumpa weekend. Adik beradik aku boleh tahan ramai ada 5orang dan aku anak no4.Aku ank perempuan tunggal. Aku ngan siblings masa tu tak rapat. Majoriti balik rumah sebab nak duit. Sebab abah mak akan letak duit dalam envelope letak bawah lapik meja. Setiap envelope ada nama masing-masing.
Aku paling ingat bila aku beritahu parents aku yang aku cancer breast dan benda pertama aku dapat dari mak.
Doctor tu tipu nanti kita jumpa ustaz. Kawan mak ada contact ustaz boleh ubat cancer.
Aku senyap aku harap mak aku peluk aku dan cakap its okay. Kita sama sama hadap k. Malangnya tidak. Peluk tidak apa tidak.
Aku tany abah pulak. Jawapan abah. Impossible , you are too young. Kalau you operate your breast whos want to marry you?
No. Abah tak percaya.
Dan mereka tak nak percaya. Mereka bawa aku jumpa ustaz. Ustaz guna telur la nak buang cancer tu. Pindah sakit kat ayam dan macam2 lagi.
Aku sedih sangat waktu itu. Parents aku memang tak bagi aku pergi hospital dan buat rawatan. Dan aku pernah pergi sorang ke hospital waktu tu agak teruk dan doctor marah aku. Aku ingat ayat dia. Guna rawatan kampung la ni. Ingat boleh sihat? Muka ja cantik tapi xguna.
Aku punya dendam ngan doctor tu. Seminggu aku ngan cousin aku usha kereta dia. Doctor tu baru beli kereta . Kitaorang calarkan kereta doc tu. Calar kiri kanan depan belakang. Maap doc ajmal lainkali mulut jaga k. Kami darah muda time tu hahahaaa.
Tapi sebab aku da biasa berdikari dan aku tiada masalah wang dan memang ada insurance perubatan dan waktu itu umur aku 18tahun.
Aku pergi sendiri hospital dan buat rawatan sendiri.
Aku letak nama waris nama kawan aku. Bertahun aku bertapa kat hkl dari cancer breast aku kimo aku sihat pastu aku dapat tahu aku dapat breast lump.
Time breast lump aku pindah hospital
Aku buat kat hospital ampang. 2x aku operate lump aku rahsia dari sesiapa. Yang tau housemates aku ja.
Aku bawak kereta sendiri check in sendiri balik sendiri. Hahahaaaa.
Tapi tahun 2012, segala nya berubah. Aku pergi check up dan aku pengsan. Dan doctor telefon waris aku. Time ni aku baru tukar nama waris. Aku letak nama abang aku no2. Abang aku no2 ni tahun 2010 dia putus cinta teruk jadi dia banyak lepak mancing main band ngan aku. So aku da rapat la ngana dia.
Sebab aku tak sedar diri 1hari. Aku penah ada breast cancer, dan aku juga hypoglecimia ( kurang gula dalam darah).
Aku bangun2 semua dah ada dalam bilik aku. Abah tukar bilik aku ambik bilik elok sikit.
Aku ingatkan semua orang nak marah aku. Tapi tak pun. Semua tak tanya aku macam mana cuma cakap lain kali bagitau. Hahahahaa. Penat ja takut.
Tapi paling aku ingat doctor aku cakap kat abah aku. Selama ni I ingat anak u tiada family. Dulu dia kimo mula2 dia pengsan dia letak semua details lengkap tentang ubat apa alergic apa kat planner dia tapi nama parents siblings alamat semua blank. Dulu dia letak nama warus kawan baik dia. Bila I tanya jawapan dia abang sepupu. Dan I penah buka fon dia nak cari tentang parents dia tak jumpa.
tahun 2008 ke atas mana ada telefon canggih lagi kan. Aku letak nama parents aku nama penuh hahaha kalau mak aku (prof aminah) abah aku (ir husaini) nama adik beradik aku semua nama penuh tak de letak abang ke angah ke hahahaaaaa.
Tapi tahun 2014 aku bebas dari segala penyakit . Alhamdullillah., so aku tak payah nak sorok- sorok dah.
Tapi hidup tak selalu indah kan.
Akhir 2017 aku collapse kat tempat kerja. Rupanya aku nye cancer datang balik. Dan aku memang dah sedia . Aku masuk hospital balik.
Tapi kalini aku share ngan semua family aku. Dan famili aku sudah unite jugak. Walaupun tak serapat orang lain tapi okay la. Family pun da besar majoriti dah kawen aku ja tak kawen even dah nak andartu dah. Sebab aku takut tak da orang nak jaga aku. Hahahaha. Aku penah tunang tahun 2013 tapi bila mak ex tunang aku tau aku sakit dia tak nak dia takut anak dia jadi duda awal kot. Hahahaa.
Tapi sebenarnya parents aku masih percaya dengan rawatan kampung jumpa ustaz aku akan sihat
Dab mereka tak lawat aku di hospital sebab sibuk ambil air penawar untuk aku. Aku tak tau nak gambarkan camna.
Tapi dalam minggu ni aku gembira sangat. 1st time dalam hidup aku dah bertahun aku sakit parents aku datang lawat aku. Even mereka tak ada pun time aku operate, aku buang 1 breast aku sebab merebak teruk. Tapi aku gembira mereka ada datang selepas operate. Even yang tunggu aku dekat ot kawan2 aku tapi aku gembira dekat 10tahun weh aku tunggu parents aku datang tanya khabar ambik berat lawat aku. Kurang3 kalau aku ada kenangan manis tuk aku kenang bila2 aku masuk hospital lagi . Atau bila aku tak da aku tak ralat. Tu ja
Serious aku gembira . Tu ja nak share .
P/s: Nama diatas bukan nama sebenar
– Cik bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit