Cik Bunga

Salam

Terima kasih untuk semua doa. Aku baru sihat. Sudah keluar hospital, sudah boleh drive, jalan2 tapi masih pantang banyak benda. Dan masih cuti sakit tapi tetap kena pergi hospital selalu hahahhaaaa

Aku happy baca semua kata semangat dari korang semua. Sangat bagus aku terharu.

Btw aku tak dak positif sangat. Aku dah lebih pada redha.
Hati manusia Allah yang pegang bukan aku. Kalau aku merayu parents aku tuk berubah dan jaga aku tapi Allah tak izinkan pun sama gak.

Siapa kata aku tak sedih. Okay macam sekarang. Aku baru berapa minggu kuar hospital tapi parents aku da tiada di Malaysia, dorang ada 2 hari ja kat rumah lepas aku kuar hospital. Tapi aku happy untuk 2 hari tu. 2 hari dorang pantau makan minum aku, tak bagi jalan sangat tapi aku tak stable sangat pun time tuh stills muntah darah dan macam2 lah.
Even dorang hired nurse and maid tuk aku tapi aku happy sebab kurang2 dorang tau aku sakit dan perlukan perhatian.

Tapi pas dorang berangkat, aku pun berangkat ke kl la. Duk rumah sendiri. Ni memang pilihan aku sebab aku malas nak duk rumah ngan maid dan nurse baik aku duk rumah aku. Bosan2 kawan2 leh datang main ps4 bersama. Kurang2 dekat ngan hospital kalau rasa sunyi leh check in hahhahaa.
Dan aku da berhentikan pun maid dan nurse abah hired tuh .
Aku tak perlukan semua tuh. Aku da biasa masak semua sendiri. Setakat rumah bersepah aku leh kemas sendiri.Hahahaa. Aku tak sedih pun . Sebab dah biasa. Orang cakap alah bisa tegal biasa.

Btw abang2 aku ada ja offer duk rumah dorang tapi aku yang tak nak. Dorang da ada family. Tapi aku janji ngan dorang every day aku contact paling kurang miscall hahahahaa.

Btw rumah adik laki aku ngan aku beza block ja tapi tuh pun jarang jumpa. Napa tak share rumah. Sebab duduk studio apartment ja. Dan adik aku kerja dia travel ja.

Eh lupa lak. Ada orang pelik napa aku tak beritahu aku sakit dan macam mana boleh sembunyikan. Family aku memang jarang contact each others. Kalau aku travel kadang aku tak beritahu pun hahahaa. Kitaorang contact bila perlu ja kadang sebulan aku xborak ngan parents ke siblings. Hahahaaaaa. Sekarang baru kitaorang ada komunikasi, dulu salam pun tak, just say hi and morning hahahaaa. Sebab kalau kita nak orang sayang kita , kita kena sayang orang kan. So aku mulakan la text sibling, parents aku start buat dari aku sakit dulu. Ye la kalau tak panjang umur tak dak lak moment sweet among family.

Jadi aku doakan kalian semua bahagia dan sihat doakan aku boleh harung semua ni. Stay cool and strong. Doakan aku dapat suami yang manja ngan mak dia leh aku tumpang mak dia hahahhaaaa. Aku jeles betul tengok laki yang sweet ngan mak dia rasa nak pinjam ja mak dia. Nak suruh masak teringin gak nak makan masakan mak hahahhaaaaaa. Pastu pulang la balik hahahhaaaa

Aku dah sihat dah leh main mobile legend da pun.

Terima kasih banyak

Cik Bunga

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit