Cikgu dan Pembentukan Jiwa

Persepsi aku terhadap kerjaya guru ni sebenarnya tidaklah seelok setinggi mana. Sabar. Jangan triggered cikgu-cikgu semua. Aku pun ramai kawan cikgu.

Bukanlah hina or nak maki cikgu, cuma nak cerita pengalaman aku dan macam mana persepsi ni boleh terbentuk dalam diri aku. Macam mana aku boleh jadi sangat kecewa dengan cikgu-cikgu dan macam mana cikgu aku gagal dalam pembentukan jiwa muridnya yang satu ini.

Aku sekarang dah berusia 30tahun. Masa aku sekolah rendah darjah empat, aku dilantik menjadi pengawas dan aku dan kawan-kawan berempat di lantik menjaga koperasi atau kita panggil kedai buku sekolah.

Selepas beberapa ketika, aku selalu dapat hadiah dari salah sorang kawan aku ni. Tapi dia ni memang baik orangnya.

Pada suatu hari, cikgu disiplin merangkap cikgu pengawas dan juga koperasi sekolah panggil kami berempat. Kami disoal siasat sebab berlaku kecurian. Cikgu check takut ada barang-barang atau duit yang diambil.

Cikgu dah catatkan nombor series duit sekeping RM50, dan duit tersebut dijumpai dalam poket kawan aku yang seorang ni, kita panggil dia A. Tapi mati-mati kawan aku cakap nenek dia yang bagi. Aku tak tahu, mungkin betul nenek dia yang bagi.

Dan kemudian cikgu tanya segala barang barang yang aku dapat. Aku jawab kawan yang seorang lagi, kita panggil dia B la, yang bagi. Cikgu tanya B, B mengaku. B kata dia bayar semua yang dia ambil dan hadiahkan pada kami.

Cuma yang terakhir, which is sebuah buku lukisan, dia akan bayar nanti. Itu yang dia katalah. Aku again tak tahu betul atau tidak. Tapi B selalu bagi kami hadiah. Alah yang simple simple je tanda persahabatan budak perempuan ni.

Lepas tu cikgu mula mengugut. Mula menyoal macam CIA. Dah memang cikgu nak cari siapa pencuri kot. Cikgu bilang, “Mengaku cepat! Kalau tak saya rotan! Mengaku cepat! Kalau tak saya bagitau mak dan ayah awak!”.

Dan bila aku dengar nak bagitau mak ayah, aku dah panik, sebab? Mak dan ayah aku garang naudzubillah. Kena pukul dengan mak dan ayah aku adalah paling ngeri. Aku tanya cikgu betul ke kalau mengaku cikgu tak bagitau mak dan ayah saya? Cikgu cakap ya dan aku pun mengaku atas sesuatu yang aku tak pernah buat.

Sebab aku tak nak benda ni sampai ke mak dan ayah aku. Mesti aku kena pukul teruk sampai demam. Macam biasa. Tapi cikgu tipu. Mak dan ayah aku akhirnya tahu juga. Ada orang akan cakap siapa suruh kau mengaku, tapi come on guys, aku umur 10 tahun kot.

Lepas daripada tu, aku dilucutkan jawatan sebagai pengawas. Seluruh sekolah tahu. Malu dan sedih aku tak siapa nak ambil tahu. Cikgu? Cikgu dah tak pandang aku lagi. Bila berselisih dia akan mendongakkan kepala dan bila dibagi salam, matanya cuma menjeling ke atas.

Hina sangat rasanya bila cikgu dah benci melihat muridnya yang satu ni. Bukan satu dua guru. Hampir semua. Cuma cikgu cikgu Bahasa Inggeris aku yang masih sayang pada aku. Cikgu berdua ni lah yang banyak push aku masuk one act play, public speaking, story telling dan sebagainya.

UPSR aku dapat straight A. Impian aku ke asrama penuh sebab dengan cara itu lebih senang untuk aku dapatkan biasiswa ke luar negara. Tapi tak dapat, sebab aku bukan seorang pengawas. Ada cikgu cikgu semua bertanyakan soal itu?

Masa disekolah aku dikerah main bola jaring sebab pemain terbaik, dikerah macam macam sukan dan aktiviti lain. Dikerah projek-projek sains dan juga komputer. Hanya kerana nama sekolah. Tak ada yang bertanya tentang “aku”.

Di sekolah menengah, cikgu pernah soal siasat aku sebab aku keluarkan biasiswa RM300. Aku bagitahu aku bagi pada ayah, tapi cikgu gelakkan. Ada cikgu tahu, dengan RM300 tu la adik-adik dapat makan sedap sikit selain telur? Ada cikgu tahu dengan RM300 tu la ayah bayar elektrik yang dah nak kena potong?

Dengan RM300 tu la aku dapat bayar yuran PIBG sekolah yang cikgu asyik mintak dalam kelas. Cikgu malukan aku. Cikgu cakap di depan semua pelajar “kamu ni orang susah kan!”. Ada cikgu tanya atau dengar? Tak, cikgu tanya bukan nak dengar jawapan aku tapi cikgu tanya sebab nak menyindir aku yang serba kekurangan ni.

Jiwa aku pecah. Keyakinan aku zero. Percaya diri aku hilang. Sedih aku tiada yang paham. Ini permulaan aku meluahkan bagi mendapat kesihatan mental yang lebih baik. Aku bukan benci pada semua guru.

Aku bukan dendam, dah lama dimaafkan, tapi hampir setiap malam bermimpi benda yang sama. Aku pun bukannya tak redha, cuma nak cari ketenangan.

Pesanan kepada cikgu cikgu semua. Hormatilah anak murid kamu sepertimana kamu nak orang hormati kamu. Kami murid murid ni juga punya hati, sepertimana kamu guru juga punya salah.

Aku top fan My Learning Journey by Ustaz Hasrizal. Suka tulisan beliau tentang peranan guru dan sistem pendidikan. Dan aku adalah salah seorang “mangsa” sistem pendidikan kita.

Sekian.

– Nadia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *