Cikgu & Role Model

Salam semua. Sedih kan tajuk saya tapi bukan semua cikgu. Ditujukan kepada beberapa cikgu anak2 saya. Saya hanya ibu, tak ada hak nak tegur cikgu depan2.

1. Kuku.

Anak saya darjah 6 mula nak simpan kuku. Siap suruh saya beli serum kuku. Bila saya kata tak elok kuku panjang, nanti banyak kuman melekat, takut najis melekat, kotor dan sebagainya.

Anak saya balas dengan kata cikgu dia kat sekolah kuku panjang, cantik dan kemas. Tak tahu nak kata apa. Setiap pagi saya hantar anak sekolah, saya pesan hormat cikgu & dengar kata cikgu tapi benda lain pula jadinya.

2. Tudung singkat.

Anak yang sama dengan topik kuku tadi. Anak saya tunjuk social media sorang cikgu (cikgu lain, bukan cikgu kuku panjang tadi) sambil berkata cantik kan mama, adik pun nak pakai shawl style macam ni.

Sekali pandang memang cantik, kemas, terurus, dan teratur shawl cikgu tu. Dua kali pandang singkat, nampak dada, dan jenis fabric jarang.

Anak saya siap cakap cikgu yang pakai tudung labuh nampak kurang kemas. Hampir nak cili mulut anak tapi saya masih waras la. Susahnya nak didik anak bila mereka dah separa di dunia luar.

3. Sarung kaki / stokin.

Anak sulung pula, setiap kali ke kelas tambahan dalam sekolah (tak strict macam waktu sekolah) suami saya tegur suruh anak pakai sarung kaki tapi anak balas, cikgu kat sekolah pun tak pakai kenapa kakak nak pakai.

Susah saya nak tegur anak2 bila saya sendiri suruh hormat cikgu & dengar kata cikgu tapi role model tu sendiri tak berapa betul.

Ye tahu mana ada manusia yang perfect tapi basic aurat kita patut jaga. Belum masuk bab baju ketat.

Saya tekankan bab aurat sebab anak2 sekarang ramai dah matang (period, baligh) awal. Ada yang seawal darjah 2 dah period. Anak2 saya pula darjah 5 dah period berbanding saya dulu tingkatan 2.

Ibubapa ni dah didik anak elok2 dalam rumah tapi bila luar rumah, pengaruh luar tu kadang2 lagi kuat. Apatah lagi pengaruh tu cikgu mereka yang memang mengajar mereka.

– NHAH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *