Salam. Hai semua. terima kasih admin kerana siarkan.
Harini aku nak cerita sikit pasal kerja yang aku pilih ni. haaa kerjanya sebagai pembantu guru merangkap tukang masak di tadika.
baiklah aku pun taksangka aku boleh terjebak dengan pekerjaan di tadika ni. tu la namanya jodoh kerja. haaa. sebab Allah tau aku ni tak suka kerja2 yang lain. Mungkin kerja ni sesuai dengan jiwa aku.
Sebab sebelum aku di tadika aku pernah cuba bekerja di kedai gubahan pengantin. Ingatkan senang takda masalah dari segi solat dan rehat sebagainya. Rupanya tiada waktu untuk solat okeyyyy. Dari pukul 10 pagi sampai 10 dia bagi satu jam je untuk rehat/makan itupun dalam pukul 3 macamtu. Haa aku pun apalagi,masa tu jugak aku mengundurkan diri dapatlah Rm5.. Hahahaha pengalaman betul.
Ok lepastu, aku fikir-fikir kerja apa lah aku nak buat ni. Belek punye belek kat surat khabar. pap! nampak jawatan kosong pembantu guru di tadika. Aku call untuk temuduga jap lagi, dekat dengan rumah jee. seberang jalan sana. Aku diterima. Ok hari pertama je aku macam jakun laa sebab ramai budak2 kecik kot. Aku ni rajin melayan. haaa kena la tu. pastu, rupa-rupanya jawatan tu aku kena masak sekali untuk sarapan,makan tengahari dan minum petang untuk budak2. oooh maiii gelabah aku masatu, hahah dah la kena masak banyak2.haha tapi nasib akak cikgu tu ajar aku kuantiti nak masak ape semua lah. Akak tu lama jugak la kerja situ. Lama kelamaan aku dah pro sikit. Bukan tu je, aku kene mandikan budak lagi, kena jemput masuk, tunggu van ambik budak. memula jenoh jugak la nak ingat nama budak2 tu. ramai kot. tapi aku selalu tolong cikgu diorang tanda kedatangan lama2 dah boleh ingat.
Yang paling best nak cerita, kerja di tadika ni pasal solat takde masalah langsung. waktu sangat flexible. Masok waktu je terus solat. waktu zohor pon masa diorang tidur.
Walaupun semua okay tetapi part paling sedih waktu kerja aku la, pergi kerja matahari tak timbul, balik kerja matahari dah tenggelam. haaa kau rasa. 12 jam kot sehari. dengan gaji aku masatu rm550 je uoollsss. kadang2 balik kerja nangis sebab orang semua dah sedap lepak depan tv aku baru nak balik. hahaha. biasa lepas isyak terus tidur. tapi bila difikir2 aku boleh senang solat kat tempat kerja. aku teruskan dengan kerja di tadika walaupun ada yang memandang rendah dengan kerja yang ku pilih ini yang rata-ratanya gaji basic hanya rm700-rm900.
Alhamdulillah. Diam-diam dah 4 tahun aku berkhidmat sebagai jawatan pembantu guru di tadika. Gaji pun ada penambahan. Kepuasan aku bila budak2 boleh menelan masakan aku dan mereka makan menambah2.haha. hilang penat sekejap. Asal lepas diri sara diri, dapat lah aku bagi sikit duit kat mak. Takde hutang dengan orang, dapat menabung, shopping sikit. hahaha. Aku tak menyesal kerana inilah yang aku pilih dan aku suka kerja aku! :)
buat cikgu2 dapur diluar sana! high five sikit!heeee
-cikgudapur
– cikgudapur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit