Cikgu Dari Neraka

Salam semua. Maaf jika tajuk terlalu kasar.

Saya K. Berasal dari utara tanah air. Maaf sekali lagi kerana saya tidaklah pandai mengarang dengan ayat dan tatabahasa yang betul.

Hanya ingin meluahkan beberapa perkara tentang isu di sekolah yang dilalui sendiri oleh “adik-adik” saya.

Alhamdulillah, saya dilahirkan didalam keluarga yang sempurna. Tidak berharta tapi cukup. Punya mak dan ayah yang penyayang.

Tetapi tidak bagi adik-adik saya. Mak ayah bercerai. Ibu sakit terlantar sedari kecil. Jadi sukar menyalahkan mereka sendiri jika sukar fokus dan memberontak.

M, adik saya yang masih bersekolah rendah, bagi saya merupakan seorang murid yang tidak banyak karenah walaupun akademik tidaklah sebegitu membanggakan.

Adik kesayangan buat kakak dan abang walaupun berbeza darah. Bayangkan adik yang dijaga sepenuh hati di rumah, diherdik oleh guru.

“Kamu tu jangan nak buat perangai sangat, ingat sikit kamu tu orang bela ja”. Bayangkan betapa malu dan sedihnya perasaan adik ketika itu.

Kami dirumah tak pernah sekali membezakan adik-adik kami. Cikgu yang dianggap ibu bapa kedua anak-anak murid tidak patut sama sekali mengeluarkan kata-kata begitu.

Berulangkali adik diherdik walaupun kami berdiam diri tidak bermakna kami lemah, hanya kerana kami masih hormat terhadap guru.

J, adik saya yang sekarang berada di sekolah menengah. Beroleh keputusan peperiksaan yang agak membanggakan namun kecundang semasa sekolah menengah.

Mungkin memberontak. Mungkin juga pengaruh buruk media sosial. Tapi, cikgu juga memberi impak besar dalam kehidupannya.

Ponteng sekolah, keputusan merosot. Hanya kerana seorang guru yang tak punya perasaan dan hati perut.

Anda adalah seorang guru. Patutnya anda memberi teguran, nasihat dan hukuman jika pelajar melakukan kesalahan bukan setiap masa memerli pelajar. Anak murid juga punya perasaan. Malu. Takut. Marah.

Di sosial media kini, kita banyak disajikan dengan video-video cikgu penyayang dan baik hati. Tapi tahukah anda semua yang CIKGU DARI NERAKA juga wujud.

Saya sendiri tidak tahu wujudnya cikgu-cikgu toksik seperti ini. Alangkah bertuahnya saya, rezeki dapat bersekolah di sekolah kluster dan sekolah agama yang mana cikgunya baik-baik dan sangat membina.

Ini merupakan pengalama pertama saya dengan cikgu-cikgu dari sekolah menengah luar bandar yang biasa. Murid-murid yang sederhana dalam akademik.

(Mungkin inilah punca yang menjadikan sekolah tercorot makin teruk dek perangai cikgu-cikgunya. Kasihan pelajar-pelajar tersebut) Agak terkejut apabila adik saya J bercerita bagaimana dia dilayan oleh cikgunya.

J, cuba memulakan hidup yang baru di sekolah yang baru. Terpaksa meninggalkan ibu dan ayah jauh di selatan untuk bersekolah di utara. Emosi anak yang masih muda sukar untuk ditebak.

Kami dirumah seboleh mungkin menjaga kata-kata dan perbuatan dengan harapan J akan kembali bersemangat untuk belajar seperti sebelumnya.

Hari kedua di sekolah baru, J dipanggil guru ke mejanya, di hadapan kelas, DIHADAPAN SEMUA MURID, dan mula bertanyakan soalan-soalan yang kurang sensitiviti.

“Kamu kenapa pindah sini? Kamu dulu suka ponteng kelas ke? Ingat cikgu tak tau ke apa yang kamu buat di sekolah lama?

Kenapa tak tinggal dengan mak ayah? Kamu ni ANAK TAK GUNA ke? Kalau ikutkan saya, nak je saya letak kamu kelas belakang sekali”.

Dan banyak lagi kata-kata hinaan daripada seorang guru yang tidak sepatutnya dituturkan. Cikgu L!!! Cikgu sebagai guru kelas sepatutnya melindungi anak-anak murid kamu.

Bukannya menghina murid dan menambah beban emosi anak-anak.

Ingat Cikgu L!!! Sebagus mana pun anda, anda tidak berada dalam situasi anak-anak murid anda. Latarbelakang mereka tidak sama dengan anda. Cikgu mungkin rasa cikgu yang paling bagus. Anak yang paling taat dengan ibu bapa.

Tetapi jangan hairan jika timbangan anda lebih berat ke kiri kerana mulut anda yang seperti tempayan tidak ditutup.

Anda adalah guru. Profesion yang sangat mulia. Jangan cemarkan gelaran tersebut dengan perangai buruk anda!!!!!

Harapan saya, kepada guru-guru diseluruh Malaysia, jadilah guru yang baik dan mulia sentiasa dihati pelajar anda. Anda adalah ibu bapa kedua anak-anak murid dan akan sentiasa dikenang pelajar hingga hujung nafas.

Maaf buat guru-guru jika bahasa saya terlalu kasar. Tetapi inilah realiti yang dihadapi anak-anak pelajar.

Saya yakin, ramai lagi yang mengalami nasib yang sama dengan adik-adik saya. Sama-sama kita perbaiki diri sendiri.

Sayang diri, sayang semua. InsyaAllah.

– K (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *