Cikgu, Kenapa?

Assalammualaikum. Saya suri rumah, ibu kepada 4 orang anak. Alhamdulillah, dikurniakan anak anak yang baik dan bijak adalah rezeki yang sangat nikmat.

Straight forward, ini luahan seorang ibu kepada anak yang kecewa dengan sekolah.

1) Nilam.

Para pelajar yang mempunyai rekod membaca yang banyak diberi anugerah NILAM, tujuannya untuk menggalakkan pelajar membaca.

Anak saya J suka membaca, hampir semua buku di rumah, rumah nenek, J akan rekod. Saya ingat lagi rekod bacaan J waktu tu lebih kurang 600 lebih.

Suatu hari, guru BM mintak buku rekod J dan minta beberapa pelajar ‘copy and paste’. J tak faham, J pelik.

Selang beberapa minggu, salah seorang pelajar yang disuruh ‘copy and paste’ diangkat menjadi tokoh NILAM dan mendapat anugerah NILAM berupa hadiah RM1000.

J bertambah pelik. J balik sekolah dengan muka kecewa. Kenapa cikgu buat macam tu mama?

J rasa ditipu cikgu sendiri. J dah tak isi rekod NILAM. Saya cuba pujuk, baca je untuk diri sendiri. Dia suka membaca, tapi dah tak isi rekod. Sampai sekarang dia dah tak kisah. Langsung tak nak isi.

Sekarang ni giliran adik² lagi lah pelik, sekejap kena isi rekod dalam sistem, bila pelajar dah isi beratus-ratus tiba² kena isi dalam buku. Semua rekod yang dalam sistem dan jadi 0.

Lepas tu tahun ni kena isi dalam sistem pulak tapi tetap kena beli buku rekod bacaan. Tak paham apa tujuan. Sekolah anak² saya je ke??

2) Wakil pertandingan.

J menjadi wakil sekolah dalam pertandingan hafazan, menang peringkat zon, boleh ke peringkat daerah dan seterusnya je peringkat negeri. Berlatih sendiri, menghafal sendiri. Tak pernah cikgu ajak berlatih.

Saya lah yang bertanya khabar cikgu bila tarikh, tempat pertandingan. Saya saksi dia menghafal sendiri di rumah. Bila menjadi johan, nama guru yang diangkat. J cakap, aik?? Bukan mama ke yang ajar? Cikgu tu tak pernah sekali pun.

Mama cakap takpe, asbab masuk pertandingan ni alhamdulillah awak berjaya hafaz juz amma. J tanya lagi, kenapa cikgu macam ni? Pertandingan ni untuk siapa?

3) J sekarang dilantik ketua pengawas sekolah. Rakan sekelas J seorang pelajar perempuan, anak cikgu Z, menjadi pesaing dalam akademik.

Suatu hari, semasa naik tangga ke kelas, J bertembung dengan cikgu Z. J tunduk hormat dan beri salam. Tiba- tiba cikgu Z herdik, awak ni.. perangai macam ni macam mana boleh jadi ketua pengawas?

J terkejut tapi dia senyap. J balik rumah dan tanya saya, mama.. perangai saya macam mana? Cikgu tu tak pernah ajar saya. Saya tak faham kenapa. Saya tak suka sekolah.

Hmmm.. Cikgu.. kalau ada perangai anak saya yang tak elok, baiklah cikgu direct report pada saya. Ataupun, cikgu panggil anak saya bersemuka dan jelaskan kenapa.

Saya tanya J, nak saya tanya cikgu Z ke? J jawab jangan, nanti cikgu² yang lain pun akan tak suka saya.

Kenapa mehhhh? Sekarang anak saya dah tak suka sekolah. Asyik mengeluh kalau nak pergi sekolah, bukan sebab kawan² tapi sebab guru.

Kenapa??

– Mak mak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Ni macam sekolah2 SBT je.. sampai mementingkan nama sekolah berbanding usaha murid tu sendiri.. soalan kenapa cikgu2 kat situ macam tu, mungkin ingin mencari kedudukan yg stabil di kalangan cikgu2, pentingkan air muka sendiri.. anak awak cemerlang, rugi sekolah tu tak hargai pelajar camni..

    apa2 pun semoga anak awak diberi semangat semula pergi ke sekolah.. suh dia carilah mana2 cikgu yg dia selesa, berborak lah dgn cikgu tu.. kkdg dorg ni perlukan perhatian juga..

  2. Minta maaf, tp ank puan tidak dpt ‘keadilan’ walau pon mngkin dia dpt ‘ilmu’ yg berkaitan usahanya itu.. dalam perkara ini ada segelintir guru yg tidak ada ‘integriti’ dan sebahagian yg lain pula terlalu ‘selfish’ dgn diri sendiri, malah sanggup mengambil ‘credit’ (nama), tanpa ada usaha yg setimpal.. saya teringat mse zaman persekolahan dlu, tidak dinafikan, mmg ada murid2 yg agak ‘nakal’ d sekolah, tp guru2 spt mngetepikan murid2 yg sebegini, dan lebih fokus kpd mereka yg bijak utk mencapai keputusan yg baik utk sekolah.. spatutnya mereka juga diberi peluang, malah patut mendapat lbh perhatian utk maju dlm pelajaran, atau setidak2nya ada keseimbangan supaya x terus ketinggalan dlm pelajaran.. akibatnya, mereka menjadi terus ‘nakal’ dan ada kes yg dibuang skolah kerana ponteng dsb.. bila ibubapa murid memohon surat berhenti skolah, (utk cuba memohon sambung belajar di sekolah lain), cikgu2 buat xtahu shj.. (malah bole sindir2 lg, yg ank mereka mmg xminat belajar, klaw dpt sambung blajar pon akn jadi begitu jugak..) so bayangkn, jika perkara ini jadi antara punca ramai murid2 yg tercicir disebabkn sikap guru itu sendiri.. alhamdulillah skrg dah ada program “TVET”, so mereka yg x minat pelajaran yg jenis ‘membaca’ bole sambung d bidang kemahiran.. sikap guru haruslah telus dan berintegriti, tidak ‘memilih kasuh’ dan sentiasa berusaha utk mendidik murid di samping pencapaian yg ‘seimbang’ antara murid yg maju dan sebaliknya.. tengok menteri dah ok dah, tp d peringkat akar umbi, para guru kna tanya lah diri sendiri, kerana keikhlasan tu hanya dia dan Allah sahaja yg tahu.. wallahu a’lam

  3. nilam ni peliklh,terjadi juga pada anak2 saya…dia tiap malam isi nilam samp dpt perigkat negeri ke 16..tup2 cikgu bg kertas pd murid2 lain isi nilam pada kertas..abis tu yg slma ni ank saya buat untk ap? smp ank saya merajuk..saya pesan pada dia..buat kerana Allah bukn kerana cikgu..cikgu2 skg lain,byk plih bulu..makbpak yg byk duit lh cikgu2 tu akan jaga rapat2

  4. pernah dengar yang cikgu2 di sekolah sekarang pakai term “student adalah client”. Macam2 saya interpret drpd term tu. like what? client? jadi cikgu2 ni apa? kenapa nak terapkan term mcm tu pada student? cara layan client dengan murid berbeza. Client = kena bodek, ikut apa yg client nak, their preference. Meanwhile murid tak boleh kena layan mcm tu. I mean what happend to pendidikan jaman now?

  5. Jawapan senang,, KPM suruh.. kami digesa untuk cukupkan kuota Nilam,, guru kelas kene isi dalam sistem untuk pelajar. Tak cukup,, cg kene marah. Client betul la. Kami tak boleh tegur walaupun pelajar berambut panjang,, cuma boleh panggil parents bawa balik potong rambut. Anak cg selalu dapat,, bukan anak cg jer pelajar kelas depan pun selalu dapat ekslusif,, yg kelas belakang cukup lulus pun ok. Knp semua nie adalah berpunca dari dasar KPM. Bila tukar menteri,, tukar dasar baru tapi masalah tak pernah selesai.

    • Seorg cikgu
      Jgn salahkan dasar kpm. Yg basic tu perangai cikgu. Akhlaq cikgu. Integrity x de. Seronok ambik gaji ya

  6. Saya pun dulu masa SRK, Cikgu tu kecam sebab tak kuat lari. Beza ngan sepupu. Pastu masa SMK, kawan kawan sekelas lak heran nape saya tak lawa. Sepupu saya hensem. Ustazah pun bias, lebih suka pelajar lelaki. Bila saya becking kengkawan kata yang buat onar tu bukan kami, saya dituduh melawan. Kena tindakan disiplin. Anugerah pelajar terbaik matapelajaran yang saya dapat tiga tahun berturut-turut dan antara 30 terbaik dari 120(layak masuk kelas pertama), kira biasa je. Walhal saya anak orang kampung mana boleh disamakan dengan anak anak guru, pegawai yang SRK mereka di bandar. Jadi wakil sekolah untuk syarahan agama, kena sabotaj juga. Sebelum tu masa form 4, saya memang dah putus asa tak nak sekolah. Macam macam lah jadi. Dengan cikgu. Dengan kawan kawan seasrama. Tapi saya nak balas jasa mak. Nak bagi mak duit. Kesian mak susah payah amik upah jahit baju, buat kuih tradisional sebab nak anak anak pakai baju cantik masa raya. Dan mesti lebih sepasang. Mak dulu tak dapat sekolah sebab tak de rumah saudara di bandar. Jiran sebelah rumah pun pujuk suruh belajar supaya tak jadi macam dia.
    Ye memang betul senang pegang duit sendiri tak harap duit orang. Harap Puan boleh suntik inspirasi ini. Sarankan dia baca surah Ad- dhuha dan Alam Nasyrah bawa dalam solat. Baca 4 Qul pagi petang/malam. Kita berhadapan dengan pelbagai golongan manusia kan di dunia ini. Kulit Islam tapi hati hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Bismillahirrahmanirrahim pun bagus untuk diwirid. Puan doalah seperti ayat 74, surah Al Furqan usai solat fardhu. Harapnya membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *