Cikgu Lelaki Pedo

Assalamualaikum pembaca semua. Baru2 ni viral di sosmed hal cikgu tuisyen menyuruh panggil ‘daddy’

Which aku tak nak sentuh cerita tu, sebaliknya aku teringat hal yang berlaku pada adik perempuan aku ketika dia masih bersekolah rendah dulu.

Aku namakan adik perempuan aku Jay. Umur kami hanya beza 3 tahun. Kami bersekolah rendah di sekolah yang sama SKTN,

Dan cikgu2 kenal kami sebab nama ayah kami unik dan kami masing2 merupakan pelajar harapan. Ada seorang cikgu lelaki, aku namakan KA.

KA mengajar subjek Sains dan PJ, pernah mengajar kelas aku dan juga kelas adik aku.

KA ni boleh kata cikgu yang dikenali sebab suka buat lawak dan gaya ‘cool’, suka ambil berat hal pelajar dan kononnya ‘suka kanak2’,

Tapi ada sisi cikgu KA yang aku perasan hanya selepas aku dah habis sekolah rendah tersebut.

Aku pernah buka phone Jay dan lihat mesej dia dengan cikgu KA seperti sepasang kekasih. Siap ada ayat ‘I love you’ ‘sayang awak’.

Aku pernah beritahu hal ni pada mak tapi mak tak percaya. Lagipula dalam keluarga aku memang ada konflik antara aku dan mak dan Jay.

Mak sangat sayangkan Jay, dan sering bandingkan aku dengan Jay. Yang ni kalau aku cerita memang panjang lebar.

Tapi point nya, disebabkan mak tak percaya aku dan kata aku bohong, ditambah pula Jay berbohong dan delete semua mesej tersebut, jadi mak tak pernah tahu hal ni sehingga sekarang.

Jay di sekolah memang seorang yang lantang dan aktif sukan. Mungkin disebabkan tu juga dia mula rapat dengan cikgu KA. Cikgu KA memang selalu dikelilingi pelajar perempuan yang ‘gedik’.

Sorry to say, tapi memang ada pelajar perempuan yang sedari sekolah rendah ada sikap begini, mungkin kerana kurang kasih sayang di rumah. Sama seperti Jay.

Jay bukan tak cukup kasih sayang tapi terlalu dimanjakan, which is why ketika sekolah rendah pun sudah dibelikan sebuah telefon bimbit khas.

Sedangkan aku waktu itu masih meminjam telefon mak untuk apa2 urusan sekolah. Ayah pula memang tak rapat dengan anak2 sebab sibuk bekerja.

Cikgu KA pernah juga memanggil-manggil nama aku dulu, tapi disebabkan aku pendiam, aku sering lari bila ada cikgu yang memanggil setakat nak cakap ‘comelnya awak hari ni’.

Ya sikap cikgu KA disukai ramai pelajar perempuan sebab dia suka puji2 pelajar perempuan, dan setiap masa mesti ada pelajar perempuan keliling dia, itu apa yang aku ingat.

Dia juga suka tumpangkan pelajar2 balik ke rumah. Dia rasa diri dia hebat bila pelajar2 ni dok panggil2 nama dia di setiap penjuru sekolah.

Tapi aku tak pernah suka cikgu KA sebab bagi aku lagak dia poyo dan jelik.

Tapi tu la, tak sangka bila dah habis sekolah, adik aku sendiri yang kena.

Malah selepas dari tu aku pernah baca lagi mesej2 cikgu KA pada adik aku, siap suruh Jay delete sebab takut kakak (which is aku) terbaca mesej tu, like woww cikgu apa ni eh.

Persepsi aku terhadap cikgu lelaki lepas dari tu memang berubah habis.

Dalam 3 tahun lepas juga di mana aku mula kerja part time di sebuah kedai serbaneka dalam mall,

Adik lelaki bongsu aku yang juga masih bersekolah di sekolah rendah yang sama kata, cikgu (bukan cikgu KA) tanya aku sekarang kerja di mana.

Dan surprisingly 2-3 hari lepas tu cikgu KA muncul dengan anak2 dan bini dia dan dia tegur aku kat kaunter cashier,

Tapi sorry not sorry la aku langsung tak jawab semula dan aku buat2 tak dengar, nasib baik aku tak pakai nametag dan aku harap dia fikir tu bukan aku.

Bila dia dah keluar kedai, masih membuak-buak rasa jijik dan jelik aku pada dia sebab mesej2 dia dulu pada Jay.

Aku pasti bukan hanya pada adik aku, malah mungkin ramai lagi pelajar perempuan lain pernah kena.

To take note also, pada tahun 2018 sekolah tu pernah gempar sebab ada kes cabul pelajar, nama cikgu K juga tapi bukan cikgu KA.

Hal-hal begini makin buat aku rasa gerun dengan nasib anak2 nanti, sedangkan sekolah sepatutnya tempat untuk menimba ilmu, bukan gudang penuh jenayah.

Kes adik aku mungkin tak seteruk kes yang pernah berlaku di tempat lain, tapi aku harap mak bapak peka hal ni, jangan fikir disebabkan masih budak diorang ni tak akan faham. Kesannya mungkin melarat hingga dewasa.

Sekian luahan.

– Reen (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *