Cikgu Makan Gaji Buta Ke?

Rasa sesak dada bila tengok “perdebatan” guru yang dikatakan makan gaji buta musim-musim PKPB ni. Maka saya terpanggil untuk meluahkan rasa yang terbuku di dada ini. Haa mai sini baca elok-elok.

Ok first of all, saya bukan guru. Saya parents kepada anak darjah 4 dan 2. Bila KPM kata belajar secara online, apa sebenarnya maksud belajar secara online ni?

Ini pengalaman saya berdepan dengan guru-guru yang konon nya menjalankan pembelajaran secara online.

1. Cikgu A – send worksheets pdf atau snap picture mana-mana latihan, suruh buat, tampal dalam buku atau salin semula. Kadang-kadang bagi rujukan muka surat kat buku teks untuk cari jawapan.

Bila anak saya dah siap buat, saya pun snap kerja anak, hantar balik kepada cikgu secara whatsapp personal, dengan anggapan ianya akan disemak/ diberi penilaian.

Tapi apa reply yang saya dapat? “Tak perlu snap gambar send pada saya ye, tak perlu. Tampal je dalam buku.”

WOW. Ini menunjukkan apa? One sided learning ye tuan-tuan, puan-puan. Cikgu ni tak kesah pun betul ke tak murid aku ni jawap, murid2 aku buat ke tak?

Tak kesah pun weh. Dah sah sah benda tu akan bertampal macam tu je sampai la ke tahun depan jadi tukun.

2. Cikgu B – method yang sama sebijik, cuma dia berinisiatif maklumkan di group whatsapp supaya mana-mana kerja yang siap, kena snap gambar dan hantar secara personal whatsapp.

Sangat teratur. Siap kalau murid jawap salah, cikgu B ni akan minta buat pembetulan dan snap gambar semula.

Anak pun teruja nampak Cikgu B ni send balik gambar kerja nya dengan tanda betul atau salah. Cikgu ni saya bagi thumbs up! Dia tak malas nak buat semakan/ penilaian dan dia sangat pentingkan komunikasi 2 hala.

3. Cikgu C – yang jenis main forward google doc link dari mana-mana guru/ sekolah, which is fine.

Tapi korang tau tak? Bila dia forward google link latihan-latihan yang bukan dia buat sendiri, kemungkinan dia tak tau pun anak korang jawab ke tak, jawab betul ke salah.

Sebab jawapan tu pegi kat creator google doc tu, bukan kat dorang. Dorang main forward link je. Kalau dorang ni bijak, sepatutnya bijak la kan, dah kau cikgu kot… Create la google doc sendiri, nak copy paste soalan tu tak kisah pun.

At least, at the end of the day, bila murid buat latihan dan klik submit jawapan, semua jawapan tu pergi kat cikgu dan cikgu sendiri ada rekod!

Senang la buat semakan dan penilaian. Laaa tak kan ini pun nak kena ajar weh. Murid dah buat effort nak jawab soalan yang korang bagi, mana effort korang untuk bagi penilaian atau semakan??

Sejujurnya, cikgu kepada anak saya ada tiga jenis ni je, dan sekolah anak saya ni kat bandar ye, bukan ceruk-ceruk hulu. Yang ada inisiatif buat online learning melalui Zoom, etc? Nan hado. Tiada. Zero.

Pernah ibubapa tanya kat group, kenapa tak buat google classroom atau Zoom, sebab anak-anak akan teruja nak explore benda-benda baru ni.

Hello, dah tahun 2020 kot. Jawapan dari cikgu…. Tiada. No response. Anggap je pertanyaan ibu tadi tak valid, tak wujud bagaikan angin lalu yang bertiup sepi, tak payah layan.

Ye begitu lah attitude segelintir guru. Jadi jangan salahkan sistem pendidikan negara, kalau perangai guru pun macam… (isi tempat kosong)…..

Jadi kepada guru yang ‘segelintir’ ini, terutamanya jenis A dan C tu, bila ada netizen cakap pasal guru makan gaji buta, yes u are the one. Tepat ciri2 ni kat korang kan.

Tak kesah la kau nak cakap, “ingat cikgu kat rumah goyang kaki kee?” “ingat cikgu tak kena buat this and that ke…?“ oh please.

Simpan lah segala crappy excuses itu ye cikgu. Apa pulak excuse cikgu mengabaikan online learning ni? Kalau buat pun, sekadar melepaskan batuk ditangga.

Dari sini je parents boleh dapat gambaran, awak ni guru yang macamana. Yang buat online learning lengkap dengan penilaian, tak yah la korang sibuk terasa.

Cikgu tak setuju ke apa yang saya luahkan ni?

Baik lah cikgu, awak je selalu betul kan. Ye lah, kan ramai orang dengki kat profesion korang ni. Rolling eyes Play victim lah as always. Tapi kan, nak tanya, korang A ke, B ke atau C? Haa masukkk!

Benda PKP ni dari awal tahun lagi, ye lah mungkin nak kena hantar pergi kursus dulu ye tak, baru lah tahu macamana nak wujudkan ‘online learning’ yang sebetulnya kan.

Kepada parents yang berhadapan dengan segelintir guru ni terpaksa lah bersabar banyak-banyak ye. Nak komplen mesti korang tak berani kan? Kang anak kena pandang slack, kena boikot pulak kat sekolah tu haa. Gituuu lah concern nyeee.

Ok done. Sila lah kecam. Hahaha. Cikgu yang nak kecam dipersilakan, tapi jawab korang A, B atau C. Tu jerr.

– BUKAN CIKGU (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit