Assalamualaikum. Aku berusia 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di IPTA. Aku nak share kisah masa sekolah rendah dulu yg aku tak boleh nak lupa.
Masa tu nak UPSR. Lagi berapa bulan je lagi. Jadi cikgu2 dgn pelajar2 semua bertungkus lumus buat persiapan utk kukuhkan lagi ilmu yg kitorang ade. Aku ni sememangnya lemah math. Aku mengaku, aku memang agak susah untuk lulus dalam subjek ni.
Semua pelajar dipecahkan jadi beberapa kumpulan.Kumpulan dr pelajar yg cerdik pandai,yg sederhana pandai sampailah yg tak berapa nak bijak iaitu aku.Aku tak kecewa sebab aku tahu aku boleh lulus.Masa tengah belajar tu,aku tanya sorang cikgu aku ni.Nama die cikgu A.Aku lupa soalan apa aku tanya dekat die,tapi yg aku ingat sampai sekarang ni,ayat yg die lontarkan dekat aku. “Allah,rendahnya level awak ni.” Aku terdiam,dia pandang aku dan ahli kumpulan aku yg lain,lepastu die terus pergi.Aku rasa malu pun ada.Last2,aku tanya cikgu lain je.
Cikgu A ni die guru kelas aku dan juga guru maths aku.Kadang2,die suka malukan aku.Walaupun aku dapat markah yg baik utk subjek yg lain,die mesti akan merendah rendahkan aku dgn ayat yg “alah,awak cemerlangla macam mana pun subjek lain tu,kalau matematik gagal,gagal jugak hidup awak.”
Aku mula takut,gagal maths bermaksud gagal dalam kehidupankah?Balik rumah aku tanya mak,betul ke gagal matematik,gagal dalam kehidupan,mak aku cakap, “tak adelah,salah tu.”
Mak tahu betapa slownye aku dalam maths.Tapi mak tak pernah lupa bagi ayat semangat dekat aku.
Mak aku cakap,ikhlas kan diri dalam belajar,inshaaAllah ilmu mudah masuk.Aku cuba utk belajar sehabis baik.Aku cuba juga nak tanya dekat cikgu A soalam bile aku tak faham,tapi die tak pedulikan aku pun.Dia akan jawab hanya dari pelajar2 pandai yg lain.Aku sedikit kecewa.Masa ujian percubaan UPSR aku gagal maths.Cikgu A cakap aku ni ade masalah keturunan.Ajarlah macam mana pun tetap tak akan lulus.Die pernah cakap,kalau maths sekolah rendah aku tak lepas,macam mana nak hadap math masa sekolah menengah nanti.
Cikgu A buat aku jadi bencikan subjek matematik.Buat aku fikir,kalau aku gagal matematik pun tak apelah,asalkan aku lepas naik tingkatan 1.Tapi sekali lagi satu nasihat dari ustazah buat aku terdiam.”Dalam kite belajar ni,kita kenalah ikhlas walau kita rasa tak gemar dgn subjek tu.Jangan sampai hilang rasa ikhlas dan digantikan dgn perasaan benci dalam hati,susah ilmu nak lekat.”Allahu,betul apa yg dikatakan ustazah.
Buang perasaan negatif,ambil yg positif.Aku usaha belajar math dgn jiran sebelah rumah aku.Alhamdulillah,die dengan sukarela bagi tuisyen free.Dekat sekolah,aku berusaha utk belajar betul2.Walaupun dalam kelas aku memang akan disisihkan dari kawan2 lain yg memang bijak dalam math,aku cuba lawan utk buat tak peduli.Semua kerana kata2 dari ayat cikgu A, “jangan berkawan dgn orang kurang bijak,nanti dgn kite2 sekali terikut kurang bijak”.
Sehari sebelum UPSR,majlis restu ilmu diadakan.Aku berharap aku dapat lulus subjek Matematik dan juga lain2.Tak tinggi yg aku harapkan.Alhamdullilah,aku berjaya dapat 4A,1C.Sungguh aku gembira.Matematik yg selalu aku dapat E akhirnya berjaya aku dapatkan C.
Cikgu A tengok result aku dan berkata, “nasib baik dapat C,kalau E tak taula nak cakap ape”.
Dekat sini,aku nak pesan,gagal math bukan bermaksud gagal dalam kehidupan.Aku berjaya ubah perspektif cikgu A dekat aku.Masa sekolah menengah,aku berjaya buktikan aku boleh buat dgn baik dalam subjek matematik.Ubah mindset kita dalam sesuatu perkara.Jangan kita panggil kawan bodoh kalau die agak slow dalam subjek pengiraan.Masing2 ade minat dan kemampuan tersendiri.Berkongsi lah ilmu yg kita ade dgn orang lain.Dan sebagai seorang cikgu pulak,tak sepatutnya rendah2kan student yg agak slow dalam sesuatu subject.Tapi jangan salah anggap,tak semua cikgu macamtu ye.
Maaf kalau gaya penulisan aku tak berapa baik.Bukan niat aku utk membuka aib cikgu dan bukan niat aku juga utk membangga diri.Sekadar pesanan dan pengajaran.
– H
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit