Kerjaya guru merupakan kerjaya yang boleh dikatakan biasa-biasa je dan selalu mendapat perhatian netizen. Tataupasaipa kan. Baru-baru ini, iklan pengambilan guru secara one-off akan dikeluarkan 7 Julai ini (Resah dah!).
Maka, penulis akan memberi sedikit ulasan serta panduan kepada pembaca semua (Jemput komen nah!).
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang disebut Guru dibawah KPM ditugaskan memberi perkhidmatan berkaitan pendidikan (pengurusan, pentadbiran, memimpin dan PdP) di institusi pendidikan seperti di :
Sekolah Rendah (SR) dan Menengah (SM) termasuk SABK, Kolej Tingkatan Enam (KTE), Kolej Vokasional (KV), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG), Kolej Matrikulasi (KM), Institut Aminuddin Baki (IAB),
English Language and Teaching Center (ELTC), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pengurusan pusat dan tertinggi di KPM Induk Putrajaya.
Secara bahasanya, apabila individu A berkhidmat di IPG Kampus, jenis gurunya adalah Pensyarah Akademik,
Si minah B pula berkhidmat di Sekolah Berasrama Penuh maka jenisnya ialah Guru Akademik Biasa (GAB) atau Guru Penolong (GP) tetapi pada dasarnya amnya sama sahaja, mereka adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Ini kerana di permulaan lantikan pertama dan laluan kerjaya guru, individu A dan B, mereka berdua telah dilantik oleh SPP sebagai PPP DG41.
Jawatan tertinggi bagi kumpulan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atau Guru adalah sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) manakala, Ketua Setiausaha (KSU) KPM adalah Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Jawatan tertinggi bagi PTD adalah Ketua Setiausaha Negara (KSN). KSN adalah Ketua Perkhidmatan Awam di Malaysia.
Jenis-jenis guru dalam laluan kerjaya PPP adalah Guru Cemerlang, Pengetua, Guru Penolong Kanan, Pengarah Kolej Matrikulasi, Pengarah Bahagian di KPM Putrajaya.
Kesemua guru yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) perlu memiliki ijazah sarjana muda bagi membolehkan mereka menjawat jawatan PPP DG41.
Semua pemegang ijazah muda yang dilantik oleh SPP sebagai PPP akan bermula dengan DG41 dan dibezakan tempat untuk mengajar sahaja.
Semua PPP akan melalui kenaikan pangkat yang setara/sama iaitu berdasarkan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan mengikut Laluan Kerjaya dan jenis-jenis (peranan) guru kelak apabila bertugas. Terdapat dua kelayakan yang diperlukan untuk menjawat jawatan guru.
Kelayakan akademik dan ikhtisas. Kelayakan akademik bermaksud ilmu pengetahuan asas, dan ikhtisas adalah berkaitan pengiktirafan professional sesuatu kerja.
Sekiranya, individu A memegang ISM Pendidikan (Sejarah) USM, maka kelayakan akademik dan ikhtisas adalah sama dan perkara ini terpakai untuk semua graduan lulusan ISM Pendidikan di UA/ IPGM kerana mereka telah mempelajari ilmu pedagogi, pendidikan semasa menuntut di IPGM/ UA.
Tetapi, sekiranya individu B itu memiliki Master Pendidikan, sarjana muda bukan pendidikan, ianya tidak akan diambil kira.
Sama juga bagi individu C yang mempunyai degree bukan pendidikan, mereka perlu mendapatkan kelayakan ikhtisas secara pembiayaan sendiri seperti Diploma Pendidikan Pascasiswazah (DPP) di Universiti Awam atau biasiswa penuh dibawah KPM seperti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan selama satu tahun di IPGM.
Di sekolah, terdapat mata pelajaran teras, wajib dan elektif dan dibezakan pula mengikut peringkat Rendah dan Menengah. Urusan pengambilan guru baharu akan dibuat berdasarkan tiga kategori mata pelajaran ini.
Di peringkat Menengah, mata pelajaran teras ialah BM, BI, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Mata pelajaran wajib seperti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Mata pelajaran elektif contohnya ialah Ekonomi, Biologi, Pertanian, Kimpalan Arka dan Gas, Pendidikan Syariah Islam, Bahasa Perancis.
Semua murid di sekolah menengah wajib belajar semua mata pelajaran teras, wajib belajar mata pelajaran wajib, boleh memilih mata pelajaran elektif mengikut aliran yang mereka minat dan jenis sekolah menengah yang mereka ikuti.
Konsep yang sama bagi murid di peringkat sekolah rendah, mereka wajib belajar semua mata pelajaran dan wajib belajar satu mata pelajaran bahasa tambahan.
Jadi, keperluan yang tinggi akan berlaku bagi guru mata pelajaran teras dan wajib kerana perlu diajar di semua sekolah di Malaysia dan permintaan tinggi guru di sekolah rendah.
Jadi, bagi anda yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, atau memohon jawatan one-off bolehlah mengisi permohonan melibatkan subjek teras dan wajib ini.
Atau ikuti minat anda, tiada masalah bagi penulis. Anda bolehlah menggunapakai panduan ini dan meluaskan bacaan mengenai perkara ini.
Huraianya begini, akibat (1) pembukaan sekolah baharu, (2) pertambahan murid di sesuatu kawasan/ di sekolah bekenaan menyebabkan keperluan guru meningkat.
Pertambahan murid tahun semasa menyebabkan pembukaan dan pertambahan kelas baharu dalam sesuatu darjah dan tingkatan.
Pertambahan kelas akan menyebabkan permintaan dan bilangan guru diperlukan untuk mengajar sesuatu mata pelajaran di semua kelas dalam sesebuah sekolah itu bertambah.
Selain itu, (3) kewujudan Kurikulum Bersepadu Dini dan Thafiz di SMKA/ SMA dikenali sebagai Model Tahfiz Ulul-Albab menyebabkan berlaku permintaan guru demand bagi mata pelajaran dibawah Kurikulum Bersepadu Dini dan Tahfiz (KBDT) dan penawaran bahasa antarabangsa seperti bahasa Korea di sekolah menengah akan menyebakan wujud keperluan Guru Bahasa Antarabangsa di sekolah.
Maka, KPM mengalami kekurangan bekalan guru subjek teras, guru subjek wajib di peringkat Menengah dan guru mata pelajaran di peringkat Rendah dan guru mata pelajaran elektif berpandukan waran penjawatan semasa.
Kekurangan guru menyebabkan guru sedia ada terpaksa mengajar mata pelajaran bukan opsyen terutamanya mata pelajaran teras dan wajib kerana bilangan guru sedia ada di sekolah masing-masing tidak mencukupi.
KPM juga ada menjalankan program tukar opsyen (PITO) bagi guru dalam servis tetapi tidak dapat menampung keperluan guru semasa.
Umumnya, KPM merancang mengikut unjuran dan memperoleh bekalan guru baharu melalui latihan yang mereka sendiri kendalikan antaranya program pendidikan guru 5 tahun PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP Universiti Awam,
Program Pelajar Cemerlang (PPC) di luar negara – Pendidikan Khas, Matrikulasi, Pendidikan Islam, Bahasa Cina, Program Berkembar PPC Bahasa Perancis, Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan di IPGM (PDPP) – Bahasa Jepun, Korea, Jerman, Guru Interim IPGM (Kursus dalam Cuti/ KDC) serta Program Felo Teach For Malaysia (TFM).
KPM juga memperoleh calon guru melalui pengambilan graduan lepasan ISMP tahun semasa di Universiti Awam (UA) dalam pelbagai kategori graduan seperti lulusan Semenanjung, Kelahiran Sabah Sarawak untuk ditempatkan di peringkat menengah dan KV.
Melalui program seperti ini, KPM mengambil calon yang berkelayakan untuk memenuhi unjuran semasa.
Terdapat perbezaan antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan KPM. SPP menjalankan fungsi urusan temuduga, pelantikan, pengesahan jawatan dan pemberian taraf berpencen, kenaikan pangkat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).
KPM akan mengendalikan sepenuhnya urusan penempatan, cuti dan kursus 7 hari dalam setahun. Jadi, harap info yang diberikan, dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang berminat menjadi guru.
– Linda Husin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit