Cikgu Pengotor

Assalamualaikum

Saya pertama kali nak tulis confession. Dulu ada baca banyak kisah roomate pengotor, macam2. saya tertanya kenapa boleh jadi pengotor macam tu.

Sebuah kisah saya kongsikan. Berkenaan kawan saya. Maknya seorang cikgu, bukan sebarang cikgu, agak disegani lah juga. Maknya juga seorang yg peramah dan bermulut manis, cikgu lah katakan.Saya ingat cikgu biasa akan ajar benda baik2 pd anak murid, apa lagi anak sendiri kan. Tapi tinggal beberapa hari di rumahnya buat saya geleng kepala. Dapur maknya dah macam sarang tikus, lumut ada lah 1 cm, sampah yg dah berhari2 dan berair2 dibiar berbukit. Bukan itu saja, kebersihan makanan tu sendiri tak dijaga, makanan yg dah rosak, dah expired, yg dah dimakan lipas, dimakan semut, masih lagi guna utk dimasak. Serius saya tak lalu makan, tapi sebab saya tetamu, saya gagahkan juga hati suap makanan dalam mulut dan menolong apa yg mampu. Debu dalam rumah dah seinci, pokok dan rumput luar rumah tak dipotong, kalau orang tengok mesti tak tahu rumah tu bertuan. Sebab asyik komen kata kerja cikgu ni sibuk,memang betul sibuk agaknya saya rasa sampai tak ada masa urus rumah.

Sekarang saya faham bagaimana kawan saya ni membesar. Memang beza sangat dengan rumah saya, sebab tu dia malu bila datang rumah mak saya. Makanan mak saya masak bersih2, rumah saya tak berdebu, bilik air boleh buat tidur. Saya dengan kawan ni agak rapat. Satu hari, dia ajak teman tidur kat rumah dia sebab kitorang ada projek nak kena siapkan. Kali ni kali kedua saya bermalam di rumahnya. Masa ni adik beradik dia cuti semester, dan cuti sekolah. Kakak dia pun yg dah kahwin balik sekali. Semua berkumpul kat rumah. Saya tengok plastik sampah depan mata dah, bila seorang buang, tak masuk pun bakul sampah. Datang seorang lagi buang sampah, tak masuk jugak. Akhirnya sampah berselerak kat luar. Maknya ada kat situ, tapi tak menegur langsung.

Saya tak boleh tengok sampah macam tu, saya jenis kalau tengok sampah atas lantai, saya akan kutip. Adik saya bukan tak ada jenis buang sampah luar dari tong sampah lepas tu biarkan. Tapi mak saya akan tegur berulang kali. Sampai semua orang buang sampah dengan betul. Maknya bukan saja tak menegur pasal buang sampah, serba serbi tak menegur. Pad, pampers anak dibiar dalam bilik air, tilam dan bantal atas lantai dipijak semua orang, siap kencing anak, air oren jatuh, tapi tak ada orang angkat dan simpankan tilam dan bantal tu. Masa tu rindu betul dengan bebelan mak saya kat rumah. Adik beradik perempuan kawan saya ni pemalas, saya nak rekemen kat abang saya pun terus tak jadi. Huhuhu. Beberapa hari saya kat situ, tak pernah tengok sape2 pegang batang penyapu. Masing2 main laptop, main hp. Berhias no.1, setengah jam depan cermin. Tapi yg peliknya, mak kawan saya ni langsung tak menegur.

Kawan saya pernah menangis, stress sebab rasa tak boleh tinggal dalam rumah tu lagi. Awal2 dulu, dia ada cerita, dia tak tahu tentang toharah, kebersihan diri apa lagi, bulu ari2 kena potong at least dalam 40hari pun dia tak tahu. Seolah tak ada siapa yg mengajar dia. Ayah dia selalu keluar outstation. Kalau ayah dia ada sekalipun, dia jarang tengok ayahnya bercakap. Tak ada orang tegur pun, nak solat hujung waktu ke, combine 2 waktu solat ke. Atas inisiatif sendiri nak solat ke tak. Sedih rasaya bila tak ada orang peduli.

Sikap tidak ambil peduli, tidak menegur dan mentaliti ‘takpe tak buat, ada orang lain akan buatkan utk kita’ ni, saya rasa makan diri kita sendiri. Lihatlah hari ni ada macam2 masalah sosial, yg sebenarnya masalah tu boleh dicegah dan diselesaikan dengan mengubah sikap kita sendiri. Kita sampai perlukan berjuta2 pekerja asing utk buat kerja2 yg sebenarnya kita boleh buat sendiri dan sebenarnya tak makan tenaga sangat pun.

Segala2nya bermula dari rumah. Jadilah ibu bapa yg ‘functioning’. Walau ada masalah rumah tangga sekalipun, ingatlah keluarga ibarat sebuah kapal yg berlayar, yg perlukan nakhoda untuk melayarinya. Di rumah, kita adalah perdana menteri, kita adalah menteri kewangan, kita adalah guru, kita adalah pemilik restoran, kita adalah ceo syarikat.

Berubahlah sikap daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. Sekarang dah 2017.

Sekian.

——
disclaimer; pekerjaan cikgu adalah pekerjaan mulia, sila jangan kecam cikgu

– Faz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit