Hai semua. Aku ni seorang cikgu & kakitangan awam, dah hampir 1 dekad berkhidmat pun.
Sepanjang berkhidmat, dapat la merasa 2 stesen bertugas. Satu di pedalaman Borneo, sekarang di bandar besar.
Satu pengalaman yang sangat sangat berharga bagi aku, memberi aku peluang untuk menilai dan melihat bermacam perkara.
Pengalaman berkhidmat di dua jabatan berbeza juga memberi aku sudut pandang yang membenarkan aku membuat perbandingan dengan lebih baik lagi.
Ok terus kepada apa yang aku nak sampaikan, kebelakangan ni kalau kau orang tengok di media sosial, galak orang orang memberi pendapat tentang dunia pendidikan.
Ada yang cikgu, ada yang pensyarah, ada yang bukan. Pada aku, terpulang la. Malaysia ni bebas bersuara, asalkan dalam batasnya. Juga kalau boleh biarlah hujah dan teguran tu ada isi, dan bukan lebih kepada membebel.
Aku sendiri, sedari mula posting sampai sekarang, dah berubah dari seorang idealistik kepada seorang yang realistik – kadang kadang kau kena terima hakikat la ada kesalahan berlaku.
Aku sebagai cikgu pun, kalau ada orang tegur kesalahan rakan sejawat aku, aku taknak pertahankan dia. Kalau kau guru novis bawah 5 tahun, aku faham la perlu bimbingan, perlu masa, perlu mentor.
Ini sebelum kau hantar permohonan DG44 kat epangkat pun kau dah melemau, malas, kerja hakiki pun tak seberapa memang tak la aku nak back up kau.
Bagus kau kena buang kerja je dari menjatuhkan nama baik profesion pendidik ni. Ramai lagi kat luar sana yang bagus dan berkualiti nak jadi cikgu dan layak jadi cikgu.
Ok balik pada perkara individu bagi pendapat tadi, dalam kesibukan kita semua dengan IDME ni, dalam proses penutupan sekolah, ada yang bertugas jaga SPM….
Aku pun jadi rajin la tengok media sosial dan baca baca bermacam pendapat.
Aku cuba la baca semua pandangan, tentang macam macam perkara. Saja nak fahamkan situasi orang, cuba nak neutral.
Tapi apa aku nampak, buat aku rasa jijik dengan perangai sesetengah cikgu ni.
Aku rasa menyampah dan mual bila aku nampak geng geng cikgu ni, lagi lagi yang nama besar di medial sosial ni mula buat perangai buruk kat medial sosial.
Bila diorang tak sebulu dengan pendapat orang lain, lagi lagi kalau orang tu bukan guru la senang cakap, bukan main lagi menyerang berjemaah.
Siap ada yang screenshot tempek kat wall sendiri lagi, dengan ayat yang macam nak gaduh. Aku terkejut baca. Macam ni ke level cikgu?
Hanya kerana kau tak sependapat dengan orang, kau rasa kau boleh menyerang macam tu sekali? Ayat pun boleh tahan, ada yang tak padan dengan usia, langsung tak ada adab.
Lepas tu membawang sesama mereka di bahagian komen. Hodohnya perangai… macam ini ke guru yang diharap nak mendidik anak bangsa?
Jangan angkuh sangat, bimbang nanti sampai buku bertemu ruas, baru belajar nak menunduk. kelak orang ketawakan kamu.
Dari pertimbangan aku, aku merasakan cikgu cikgu yang buat perangai macam ni dah satu taraf dengan cikgu yang pakai ketat ketat lepas tu bergelek goyang punggung dekat tiktok. Sama sama perasan lebih.
Hanya kerana setiap post kau, ramai orang like, share, komen setuju, puji dan sokong, kau rasa kau boleh buat apa kau suka.
Dah sampai macam tak boleh kena tegur dah. Sebab kau perasan semua orang kat Malaysia ni SUKA dan SOKONG kau. Maaf, tolonglah berhenti jadi perasan ya.
Banyak isu sebenarnya ramai guru guru tak sependapat dengan mereka ini, tapi ramai ambil sikap silent majority – lagipun cikgu-cikgu yang buat kerja bukan ada banyak masa sangat nak post banyak-banyak dalam media sosial, bagi pendapat sana sini.
Orang sibuk oii, balik nak urus family lagi.
Walaupun ada antara cikgu cikgu ni, aku pernah share dan setuju dengan pendapat mereka dan apa mereka buat, pada aku diorang ni masih jauhh lagi kalau nak dikata dan dijadikan pakar rujukan.
Ada yang followers banyak tapi baru beberapa tahun posting.
Ada yang baru post mereka viral dalam setahun dua ni, dan ada juga yang nama gah bertahun tahun. Tu tak bermakna kamu boleh buat sesuka hati kamu, ingat lah sikit tatacara sebagai pegawai kerajaan.
Jaga perangai kamu, jangan mencemar imej seorang guru dan seorang penjawat awam. Dah kena tatatertib dihadap ke Lembaga Disiplin nanti. share, like yang beribu ribu tu bukan boleh buat tebus kesalahan.
Pengalaman aku sendiri, syukur sepanjang perkhidmatan, aku diberi rezeki bertemu dengan guru guru yang hebat, mereka ini bukan jaguh di media sosial, tapi bila ditilik sumbangan mereka, sampai peringkat antarabangsa! tapi merendah diri sangat,
Bahkan aku yang malu kerana mereka mengaku nak belajar dengan aku, sedangkan aku yang patut belajar dengan mereka. orang orang ini, mereka dimuliakan dengan ilmu dan adab, hati mereka baik, cakap pun lembut merendah diri.
Tak pernah ambil kredit seorang, semuanya bersyukur dan berterima kasih pada orang yang membantu. Hati pun jadi tenang dan sejuk melihat mereka, berdamping dengan mereka.
Nak pesan juga pada semua, dunia media sosial ini banyak yang tipu tipu…jangan lah terpedaya sangat tengok je seseorang tu macam bagus dan sempurna, mesti sebenarnya di macam tu.
Kita sendiri pun mana pernah post yang tak cantik, tak elok kan? Macam tu la personaliti media sosial ni.
Setakat ni jela dulu aku nak luahkan, aku jangka tulisan aku ni bila dah publish nanti mesti akan dikecam hebat, terutama dari penyokong geng2 ni.
Tapi ikutlah, pada aku sampai masa kot pihak dipertanggungjawabkan check and balance balik isu ni. Yang penting, jangan sampai mencemar imej selaku kakitangan awam dan warga pendidikan yang lain.
Thanks,
– Alias (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit