Cikgu Sekolah Rendah Gatal

Hi, saya terpanggil untuk cerita kisah ni sebab saya baca kisah lelaki (bapa) yang kuat melucah.

Tapi kisah ni bukan pasal bapa saya lah. Kisah ni tentang seorang guru sekolah rendah. Saya pun dah nak masuk 40an jadi lama sangat dah kisah ni sekitar tahun 1996-1999 camtu. Umur saya masa tu sekitar darjah 3 ke darjah 6 macam tu.

Saya masih ingat kisah ni sebab ye la, benda ni jadi trauma kat saya. Bila saya recall balik saya rasa bersyukur Allah pelihara maruah saya masa tu.

Ok back to the story.

Kejadian ni berlaku kat sekolah. Cikgu ni merupakan cikgu BM dan juga guru disiplin. Sangat tegas dan dihormati oleh seluruh warga sekolah. Dia juga merupakan penggubal soalan UPSR masa tu. Memang terkenal la kat daerah kami tinggal tu.

Sebelum saya masuk sekolah tu saya bersekolah di utara tanah air. Duduk di tengah bandar yang pesat. Bila ibu bapa saya decide nak pindah kampung, saya pun ditukarkan ke sekolah tersebut.

Masa bersekolah di bandar, saya ni pelajar average je. Kelas pun pelbagai bangsa jadi competition sangat tinggi. Bila pindah kampung, saya jadi pelajar terpintar la dalam kelas sebab kurang competition dan pelajar semua Melayu.

Bila jadi pelajar pandai ni of course la jadi perhatian cikgu-cikgu juga termasuklah cikgu BM ni. Kami jadi rapat sebab saya selalu score A dalam kelas dia, kemudian dilantik sebagai pengawas sekolah dan banyak terlibat dengan aktviti yang mewakili sekolah ke luar daerah.

Cikgu ni dalam kelas memang dia sangat tegas dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan yang malas pun dia garang juga. Cuma dia ada soft spot dengan beberapa pelajar lelaki (yang nakal) dan pelajar perempuan yang pintar dan baik.

1 ketika, dia nak ajar sorang kawan lelaki saya ni menulis sesuatu. Saya tak berapa ingat tentang topik apa, tapi saya ingat apa yang berlaku dalam situasi tersebut sebab pelajar lelaki tersebut duduk betul-betul sebelah meja saya, dipisahkan dengan sedikit ruang untuk cikgu berjalan.

Tangan kanan cikgu tersebut pegang tangan pelajar untuk menulis manakala tangan kiri cikgu meraba bahagian depan dan belakang (kemaluan) pelajar tersebut. Pelajar-pelajar lain nampak tau benda ni berlaku.

Yang lelaki tersengih-sengih kambing sebab kawan mereka dah masuk ‘perangkap’. Sebab bukan dia yang pertama kena benda tu. Yang lain pun dah kena cuma masing-masing seolah-olah mengira giliran siapa pula lepas ni.

Kami yang perempuan pandang sesama sendiri mungkin masa tu masih naif lagi untuk interpret apa yang sedang berlaku.

Perkara ni bukan sekali dua. Malah setiap kali waktu matapelajaran BM, dia mengajar dan ada sesi one-to-one begitu pasti berlaku.

Pelajar yang mulanya nakal, main-main masa dia mengajar automatik jadi ‘kucing’ macam kena pukau. Terus diam dan menurut perintah.

Mungkin juga mereka pun naif dan tak dapat nak digest kenapa orang dewasa, seorang cikgu pulak tu, berani pegang-pegang alat sulit mereka. Perkara ni berlarutan ya sampai kami darjah 6.

Seingat saya, pelajar perempuan tak pernah lagi la mengalami peristiwa begitu. Saya pun tak pasti mungkin ada tapi bukan di depan saya.

Masa keputusan UPSR diumumkan, saya dapat 5A. Orang lain yang dapat 5A semua happy tapi saya seorang menangis teresak-esak masa tu. Saya happy cuma sebak sebab berjaya dapat 5A dan dapat mohon masuk MRSM.

Pengumuman dibuat serentak dengan jamuan kelas tahun 6 masa tu. Jadi saya tak menjamah makanan sebab dok sibuk menangis.

Jadi cikgu BM ni datanglah dekat dan pujuk saya cuba urut-urut bahu saya supaya saya berhenti menangis. Slowly jari dia melurut masuk dalam baju saya dan hampir-hampir nak sampai ke dada saya.

Saya sempat pegang dan stopkan pergerakan jari dia dari pergi lebih jauh. Lama juga keadaan tu dan dia macam berusaha tau nak pegang dada saya.

Saya memang tak selesa keadaan tu tapi sebab saya bersikap keras dan tahan tangan dia, Allah selamatkan saya dari dicabuli oleh cikgu tersebut. Saya berhenti terus menangis. Saya fikir kena cepat-cepat berhenti menangis supaya cikgu tu tak datang lagi dengan alasan nak pujuk saya.

Peristiwa ni lah sampai sekarang saya tak boleh lupa. Saya jadi trauma. Saya rasa kawan-kawan yang lain pun trauma tapi kami cuma pelajar kampung, masih bersekolah rendah dan zaman tu masih belum cukup kesedaran tentang sentuhan selamat dan tidak selamat.

Saya nasihatkan semua ibu bapa untuk ambil tahu dan dengar cerita anak-anak di sekolah. Lagi-lagi budak sekolah rendah. Zaman tu budak-budak tak terdedah lagi dengan internet dan gagjet. Cara kami keluar dari trauma tu hanya dengan bermain dan share dengan kawan-kawan.

Saya pernah juga share benda ni dengan kawan rapat saya tapi itulah, masing-masing naif jadi kami tak dapat nak interpret apa sebenarnya yang berlaku depan mata kami. Cuma ianya benar-benar memalukan.

Pelajar lelaki yang nakal dan selalu tunjuk macho depan pelajar perempuan akan jadi segan nak pandang mata kami. Yelah, malu la kan orang pegang kemaluan dia dan seluruh kelas nampak.

Semoga perkara ni tak terjadi pada anak-anak kita. School should be a safe place for them to learn and explore the world. Bukan tempat yang menakutkan dan traumatic macam ni.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *