Cuti sekolah dah nak bermula menandakan sesi persekolahan dah berakhir.
Sepatutnya budak-budak akan happy la kan… tapi lain pulak dengan anak saya.
Semalam dia cakap kat ayah dia, boleh tak tahun depan adik tak nak sekolah tu lagi.
Ayah dia tanya kenapa. Dia cakap sebab cikgu dia penipu. Tak tunaikan janji.
Dia tak mau lagi pergi sekolah tu. Dan macam-macam lagi la dia melontarkan kekesalan pada cikgu dia sambil tiba-tiba dia beremosi dan menangis.
Selalu yang kita dengar cikgu pilih kasih, yang ada bakat diketepikan dan lain-lain.
Tapi kisah anak saya lain sikit. Sekolah dia ada bagi penghargaan pada murid yang hadir 100%.
Bila anak saya dengar ada penghargaan macam tu, dia excited la nak pergi sekolah.
Budak-budak kan, memang suka dengan reward. Demam pun dia berkeras nak pergi kerana tak nak miss peluang tu…
Dia kata cikgu dia kata, kalau tak datang sehari pun dikira kehadiran tu tak penuh. Nanti tak dapat hadiah.
So dia memang tak nak ponteng. Saya pun happy la sebab anak rajin nak pergi sekolah. Tak perlu la nak pujuk nak berdrama setiap pagi.
Alhamdulillah pada tahun itu memang anak saya hadir 100%.
Boleh nampak la betapa anak saya happy. Setiap hari dia tanda kat kalender.
Dia cakap dalam kelas dia, dia dan dua orang rakan lagi hadir 100%.
Punya nak kata tak sabar dia nak tunggu reward dia. Setiap hari dia sangat ceria dan bercerita pasal tu je.
“Adik kena sekolah lagi 40 hari, 30 hari…” macam tu la setiap hari celoteh dia.
Sejak tahu ada reward tu, memang ada perubahan positif pada anak saya.
Fokus dia bertambah, dia tahu ada target yang dia perlu achieve. Ada rutin yang dia buat tanpa disuruh.
Jujurnya sebagai ibu, saya sangat happy dengan perubahan anak.
Tapi tu la, langit tak selalunya cerah. Tiba hari majlis tu, nama anak saya tak dipanggil pun.
Dari kelas dia dua orang, dan lain-lain tu dari kelas lain. Tapi sampai kesudah tak panggil nama anak saya. Kami pun tercengang-tercengang jugak la masa tu.
Sebab hari majlis tu sibuk. Cikgu dia pun tak nampak batang hidung… takkan nak buat kecoh pada hari majlis pulak kan. Kami diamkan dulu la.
Saya cakap dengan anak. Nanti ibu akan tanya. Masa tu dia dah start nangis.
Sebab kawan-kawan dia beriya tunjuk hadiah… budak-budak kan, mesti dia rasa kenapa dia tak dapat. Sedangkan dia pun mesti nak benda yang sama.
Apabila saya tanya cikgu kelas dia, cikgu dia minta maaf. Katanya terlepas pandang dan tak teringat langsung.
Sebab katanya kan selalu MC. So cikgu dia memang lupa yang tahun tu anak saya datang penuh.
Macam tu sekali ye nilai anak saya. Tapi takpe la… saya malas nak panjangkan isu.
Dah cikgu dia bagi solution. Dia kata tahun ni dia akan masukkan nama anak saya. Kira yang tahun lepas tu punya la.
Lepas tu tahun ni kalau kehadiran penuh, akan dapat dua hadiah.
Cuma anak saya macam sedih jugak la. Budak-budak kan, takkan nak tunggu lagi setahun. Kami-kami pujuk la.
Tapi dia kata kawan-kawan dia asyik cakap pasal tu je. Tahun sekolah baru bermula, anak mula buat perangai tak nak pergi sekolah.
Start balik la drama selalu. Cumanya ye, memang anak ada ponteng. Demam dan sebagainya.
Kira tahun ni tak penuh la kan… tapi cikgu dah janji, yang dia hadir penuh sesi last tu akan diberi reward tahun ni.
Tapi still tak ada. Tiba-tiba cikgu dia cakap tahun ni anak hadir tak penuh sebab tu tak ada hadiah.
Memang la. Tahun ni anak hadir tak penuh.
Tapi mana janji dia kata nak raikan anak untuk kedatangan penuh tahun 23 tu.
Lepas tu cikgu dia diam… dan bagi 10 ringgit dekat anak saya. Katanya ni cikgu bagi hadiah dekat awak sebab datang full hari tu.
Tapi anak saya macam tak happy jugak la. Dia kata kenapa kawan-kawan dia naik pentas, dapat hadiah besar. Semua orang tepuk tangan.
Tapi dia seolah-olah tak diraikan. Ikutkan emosi saya memang nak panjangkan isu ni.
Tapi suami saya halang. Dia kata biarlah. Tak nak cikgu-cikgu dok aim anak pulak.
Suami kata biar la kalau sekolah tak raikan, tapi kita as a family raikan…
Tapi saya masih sedih dengan sikap cikgu tu. Budak-budak jenis berharap kalau dah janji.
Tapi bagi cikgu tu ok je bila tak tunaikan. Macam mana anak-anak nak percaya kat cikgu.
Lagi satu kita ajar anak yang cikgu orang baik-baik, kena dengar cakap cikgu dan sebagainya.
Tapi anak sendiri sampai boleh cakap cikgu dia menipu. Saya dah tak tahu nak cakap apa dah.
Sebab tu saya cakap, cikgu sepatutnya tunjuk contoh yang baik.
Boleh je pada majlis-majlis lain cikgu selitkan untuk bagi hadiah khas untuk anak saya.
Walaupun terlepas pandang, tapi kena ambil tanggungjawab atas kesilapan kita. Saya faham cikgu banyak kerja.
Tapi jalan penyelesaian tu ada je. Cuma cikgu nak dengan tak nak je.
Akhir kata, saya harap apa yang berlaku pada anak saya tak berulang lagi pada sapa-sapa.
Sebab kanak-kanak ni lain, time umur ni la kita nak bentuk dia, nak tunjuk benda yang baik… jangan la rosakkan dengan benda-benda macam ni.
Sebab kekecewaan tu sakit sangat untuk ditanggung tambah-tambah bagi budak-budak.
Saya tahu anak saya sangat kecewa sampai tak nak pergi sekolah tu lagi.
Pasti kesan ni ada dalam hati dia sampai bila-bila.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit