Cikgu Tadika

Assalamualaikum hi semua. Terima kasih admin kalau approved dan siarkan confession saya ni.

Seperti tajuk kat atas, saya seorang guru tadika yang bergaji kecil dan berusia 30an. Saya ada degree lulusan IPTA tapi macam tak function je degree saya untuk cari kerja diusia ni. Hahaha.

Alhamdulillah walaupun gaji kecil tapi cukup je untuk perbelanjaan saya, yuran sekolah anak & belanja dapur sikit². Selebihnya ditanggung oleh suami saya. Hehehe.

Confession ni sekadar untuk meluah sebab saya dah mula terfikir untuk berhenti kerja sebab saya dah mula menyampah dengan seorang guru kat tempat kerja saya ni.

Saya baru setahun lebih kerja kat tadika ni. Sebelum ni saya berniaga dengan husband. Tapi lepas PKP bisnes kami drop habis, terpaksa tutup bisnes.

Husband pun terpaksa kerja lain tapi still dalam bidang sales. Saya pun cari la kerja tapi tak dapat sebab banyak syarikat tak nak ambil wanita yang dah ada anak. Diaorang nak yang fresh graduate atau masih bujang je.

Dipendekkan cerita saya apply la cikgu tadika kat kawasan perumahan saya ni alhamdulillah dapat. Lagipun ni la antara kerja yang paling senang dan saya suka. Sebab masa bujang saya memang guru tadika. Tapi tu la gaji dia kecil, kerja halfday je. Jam 1 balik la.

Apa yang saya suka dengan tadika kat perumahan saya ni. Kerja dia 5 hari je, cuti sekolah cuti. Gaji jalan je macam biasa. Lepas tu tak stress sangat sebab Ketua Guru dia jenis tak tekan guru² untuk buat itu ini.

Saya balik kerja pun tak stress, habis kerja habis la. Saya selalu ingatkan diri sendiri, “gaji aku ni kecik je tak berbaloi nak stress²”.

Tak macam tadika saya yang dulu. Sabtu kerja half day, cuti sekola still kena kerja sebab ada pelajar transit. Banyak kerja pengurusan kena settlekan.

Apa²pun saya tetap berterima kasih kat ex-bos saya sebab banyak sangat benda berharga yang saya pelajari kat situ. Tq ticer su.

Saya memang suka mengajar. Bila pelajar tu dapat dan faham apa yang saya ajar, saya rasa happy sangat. Dari tak kenal huruf, akhir tahun dia dah pandai membaca.

Uish rasa kepuasan tu tak yah cakap la kan. Hahaha. Lepas tu syok main dengan budak² ni. Saya pulak jenis suka je buat ABM (alat bantu mengajar) untuk budak² ni.

Rasa macam therapist untuk diri sendiri. Syok sikit nak ajar diaorang kan, diaorang pun boleh main sambil belajar. Tapi saya suka ambil pelajar 6 tahun la. Sebab diaorang ni dah pandai urus diri sendiri. 4 atau 5 tahun ni bagi saya renyah sikit la nak urus.

Kanak² ni, hatikan masih bersih. Kita tegur/marah dia pagi tu, tengah hari tu dia baik balik dengan kita. Kalau dengan orang dewasa mau makan hari nak berbaik tu. Hehehe

Senang citer saya enjoy je dengan kerja saya as “guru”. Stress sikit² dengan student tu biasa. Tapi lebih banyak happy dengan student dari stress la.

Apa yang membuatkan saya mula dah tak berapa nak best kerja kat situ ada sorang cikgu ni ada saja benda dia tegur² saya. Nama dia Amirah.

Pada mata dia itu adalah kesalahan, mungkin la kot. Awal sesi persekolah (2023) hari tu.. dia tegur supaya saya perlu bagi arahan pada murid² dalam Bahasa Melayu sahaja. Tak boleh speak in English.

Padahal saya cuma cakap, “ok everyone can sit down”. Saya pun persoalkan la siyes la tak boleh cakap english sikit pun, dia kata tak boleh.

Sebab arahan dari pihak atasan kena cakap bahasa melayu je. Niat saya cuma nak bagi pendedahan English sikit² je kat pelajar.

Saya minta pelajar panggil saya Ticer Noor pun menjadi kesalahan kat situ. Tapi saya follow je, its not a big issue pun. Padahal tadika cawangan lain ada je yang panggil ticer.

Cikgu tu saja la tu. Dalam kelas tak boleh tampal poster banyak² kalau nak jugak, kena cerai² gambar tu. Waktu tu baru nak tampal poster dalam 4 poster, end up saya tampal 1 je poster. Nanti penaziran tolak markah la.

Tiba2 kat kelas dia 6 poster gitu je dia tampal. Nah! Malas la tu nak hias kelas. Kita tak boleh, dia boleh pulak. Tudung kena pakai tudung bulat yang labuh tu je. Kalau tak, kena denda bayar RM10 katanya.

Sebab saya pernah pakai tudung bidang 50 tu. Padahal tadika cawangan lain ada je cikgu² dia pakai tudung pendek. Bidang 45 lagi. Cg Amirah ni yang annoying sangat.

Tapi saya still follow dah rules dia gitu. Korang boleh teka kot tadika apa, sebab tadika ni banyak cawangan kat Malaysia ni. Cikgu² ni pun tudung labuh ada uniform dia sendiri.

Pada awal2 saya masuk tadika ni, Cg Amirah ni ok je, saya pun enjoy la kerja sebab tak de toksid kan. Semuanya smooth je.

Biasa la, mesti ada teguran sebab saya pun baru, so terima je la dengan hati terbuka. Cewah konon² nak belajar la suasana kerja kat tempat baru. Tapi dah masuk tahun ke 2 ni..macam harey la pulak.

Paling latest ni, saya maklumkan yang saya tak boleh attend kalau ada program waktu weekend. Sebab saya ada buat part time.

Saya memang la kne cari income lebih sebab saya ada komitmen. Huish marah betul Cg Amirah tu. Dia kata tak boleh macam tu, kalau ada kursus atau program kena la join.

Sama ada aktiviti sekolah atau parti. Saya cakap ler kalau penting saya join la, macam kursus ke. Kalau aktiviti parti saya tak join ler.

Saya faham, bukan setiap minggu pun ada program. Saya pun cuma maklumkan awal² sebab weekend saya ada kerja part time. Guru kanan pun ada tegur kena join, sebab tadika P ni tak macam tadika lain..

Ada aktiviti kena join, tapi GK tu tak de la paksa. Masalahnya, klo join pun bukan dia bayar elaun pun semua lillahitaala!!! At least bayar duit minyak ke, saya pergi naik kreta laki saya kot. Minyak tol lagi. Aduhai..

Korang rasa macam mane. Dari ikhlas jadi terpaksa. Pernah gak saya minta jugak duit minyak semua tu.

Dah ketuk baru nak bagi. Kalau tak minta tak bagi. Tu yang malas nak join tu. Dah ler paksa² join itu ini. Sebelum² ni saya banyak tak join ler.

Tu yang diaorang bengang kot. Of course la saya lebih memilih kerja yang dibayar dari tak dibayar. Bill² saya Cg Amirah & GK tu nak tolong bayarkan ke? Adoi semak la budak ni. Oh ye, kalau bab² ABM ke, alat tulis bagai semua saya boleh claim la..

Cg Amirah ni merupakan anak sedara Guru Kanan. Saya tengok tadika ni cikgu² dia selalu bertukar sebelum ni.

Mungkin sebab faktor gaji la kot, mungkin juga sebab ada yang nak sambung study or nak kahwin. Tapi faktor terbesar pada pemerhatian saya, cikgu² tu berhanti sebab tak selesa dengan Cg Amirah tu atau GK tu sendiri.

Sebab saya tengok tadika makcik saya kerja. Guru² dia semua bertahan lama. Gaji diorang antara RM550-RM800 je. Tadika pun under Masjid.

Saya tak join tadika tu sebab dia offer saya RM550. Ater sikit bebenor. Saya apply tadika yang saya kerja sekarang ni. Lebih sikit la dia bagi.

Tahun lepas kan musim PRU memang banyak la program dia. Saya, 1 program PRU pun saya tak join.

Saya cakap laki tak bagi. Tapi memang pun. Semua cg penat, ada masa terlalu letih diorang selamba dalam kelas tidur. Saya pernah jugak suruh budak² semua tidur(letak kepala atas meja) sebab semua latihan fah siap.

Waktu tu jam 12.00, lagi 30min nak balik. Sepatutnya ada perhimpunan balik. Tapi saya tengok diaorang tak keluar kelas pun. Eh saya pun tertidur sekali, hadoi silap besar. Memang kena perli.

Saya cakap balik, “eh korang tu.. aku tengok pernah ternganga² lagi tidur sandar dekat dinding tu”.

Biar budak² buat aktiviti sendiri. Diorang selamba je gelak cakap penat sangat.

Tahun lepas paling worst sekali saya rasa. Sebab musim PRU kan.. cikgu2 busy, silibus tak terkejar. Ada pertandingan itu la ini la. Student pun ada yang attendance corot sangat. So paham² la hasilnya macam mana.

Saya pulak ajar subjek jawi,math, bahasa arab & sains. BM, Eng tu GK tu yang ajar utk kls saya. Giler ko kelas saya ramai giler tak siap latihan BM & English.

Saya pun pulun suruh budak² tu siapkan. Sebab saya tanya GK dan Cg Amirah tu, latihan diorang ni kena habiskan sebelum tamat sekolah kan?

Beriye diorang suruh habiskan nanti ada parent complain. Saya spot check student Cg Amirah punya buku.

Nah! Half buku budak² tak siap, dia bagi alasan ape.. “dah budak tu selalu tak datang” fuh gitu je dia lepas tanggungjawab dia. Bukan sorang dua tau, ramai ye!

Sesi 2022 ramai student 5 tahun(kls cg amirah tu) tak continue kat tadika kteorang. Yang stay 6 orang dari 14orang. 3 orang dah chaw dulu sebab parent gaduh dengan dia.

Seriously memalukan. Sempat lagi tuduh parent tu yang problem. Kalau sorang boleh la terima ni 3 orang kot.

Huhuhu.Now student 6 tahun memang ramai yang baru2 la.

Sebab tu bila ada anak buah yang nak sekolah kat tempat saya. Saya cakap, eh cari sekolah P yang lain. Sebab utama saya tak suka stail Cg Amirah mengajar..jerit2, jerkah budak & ada sedikit bias, yang comel atau parent dia kaya layan elok².

Student yang muka dia biasa² je or parent dia naik kreta biasa cakap pun kasar dengan student tu. Tak selalu tapi pernah ea. Walaupun dia tak pernah pukul or cubit budak. Tapi saya still tak suka.

Saya pernah tegur, tapi dia “cakap jangan bagi muka sangat kat budak ni, mak dia pun bukan elok sangat” astaga tepuk dahi weyh.

So saya dah mula rasa nak quit. Tapi saya suka jadi cikgu, saya dah mula sayang student2 kelas saya sekarang ni, walaupun baru 2 bulan diaorang dengan saya.

Selain tu, ni je kerja yang sesuai dengan saya. Sebab lain saya malas nak cari kerja dah. Nak buat bisnes balik macam dah tak semangat.

Saya ni pun bukan cekal sangat nak berbisnes. Actually kerja ni tak stress mana pun. RPH ABM semua saya boleh settled ontime. Just Cg Amirah tu je yang spoiled.

Cikgu2 yang lain saya ok je. Ke saya kena ignore je dia. 1 hal lagi kena join2 program tu.. Tapi tu saya rasa, diaorang pun bukan boleh buat ape kalau saya dah tak nak join kan.

Oh ye, Cg Amirah tu pernah kutuk Cg² sekolah cawangan lain yang tak join program yang langgar peraturan itu ini. Better berenti je la katanya.

Actually saya terasa gak, masuk telingan kanan keluar telinga kanan gak tak lalu otak. Konon la. Hahaha. Tapi saya kentalkan hati, kena kerja gak sebab saya kena tolong suami back up ekonomi kami.

Sikit pun jadi la, lagi pun saya suka mengajar. Saya tak plan nak kerja sampai mati kat situ. Tunggu income suami stabil sikit, saya resign la. Paling lama 3 tahun, plannya sebelum ni. Tapi macam tak sampai 3 tahun, sebab dah mula meluat dengan Cg.Amirah tu.

Actually Cg Amirah tu bukan teruk sangat, ada banyak je kebaikan dia. Mungkin saya dah mula meluat kot. Tu yang citer benda tak best je pasal dia. Astagfirullah…

Ok tu je la luahan saya… bye.

– Noor (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *