Tolong ajar aku cara untuk memaafkan dengan redha agar aku tenang menghadapi hari- hari mendatang.

Namaku A. Cerita ni mungkin dah lama sangat berlaku tetapi tak pernah sekali pun hilang di ingatanku.

Semasa di sekolah rendah, aku seorang pelajar yang aktif, cemerlang walaupun bukan yang paling cemerlang dan juga seorang yang extrovert. Aku suka untuk menonjol jadi aku selalu volunteer untuk masuk dalam apa apa pertandingan anjuran sekolah.

Mungkin itu yang buat seorang guru yang aku gelar cikgu Z (bukan nama sebenar) sangat tidak menyukaiku. Jika kalian boleh berfikir, apa lah sangat perangai seorang budak yang berumur bawah 12 tahun boleh buat sampai seorang guru tidak menyukainya.

Cikgu Z merupakan guru kelasku dari darjah 1 sampai darjah 6 rasanya. Aku tidak ingat. Sekolahku juga cuma sekolah kampung yang kecil.

Oh ya, dan dia juga merangkap guru bahasa inggeris ku. Pengalaman2 pahit semasa di sekolah rendah sangat meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hidupku.

1) Betapa cikgu Z sangat tidak menyukaiku sampaikan dalam setiap ujian, markah peperiksaan ku tak pernah A. Setiap kali dia jadi guru untuk subjek tu dikelasku, maka pasti setahun tu keputusan peperiksaan aku untuk subjek dia so – so je.

Kadang2 ada juga aku bandingkan karangan aku dan kawan2 sebaya. Walaupun aku rasa karangan aku sangat cukup baik berbanding mereka, tapi markahku tidak secemerlang mereka. Sampai satu masa, aku fikir, mungkin aku takkan pernah lulus dalam subjek ni.

Tapi Allah maha adil, aku merasa juga dapat A dalam keputusan UPSR untuk subjek ni bila orang lain yang tanda kertas peperiksaan. Huhu.

2) Seperti yang aku bagitahu, aku agak aktif sewaktu di sekolah dan sangat cemerlang dalam olahraga dan sukan.

Jadi, semua tahu, semasa darjah 6, kita akan kumpul sebanyak mana points untuk jadi pengerusi persatuan, kelab mahupun sukan untuk membantu dalam mendapat sekolah berasrama penuh nanti.

Masa tu, aku masih ingat lagi, sewaktu memilih pengerusi untuk persatuan, aku antara orang yang di vote ramai oleh murid2 lain. Masih aku ingat ketika itu, cikgu Z stop kan sekejap undian tu dan berbincang dengan guru2 lain.

Jadi, seperti dijangka, undian dirombak semula dan pemilihan adalah berdasarkan keputusan guru. Sudah tentu aku tidak dipilih. Huhu.

Sama juga sewaktu pemilihan untuk kelab dan sukan. Kan sudah ku beritahu, sekolah ku kecil sahaja. Jadi guru2 pun muka yang sama jugak lah. Huhu.

Btw, cikgu Z sangat rapat dengan beberapa guru lain. So seperti biasa, guru guru tersebut juga tidak menyukaiku. Huhu.

Ada banyak je perkara2 yang cikgu Z buat untuk cuba memalukan aku sewaktu kokurikulum. Malas aku nak cerita. Sebab tu aku benci setiap hari rabu petang, kena pergi koko. Huhu.

3) Yang paling tidak boleh dilupakan, di sekolahku ada sebuah stor sukan. Dalam stor sukan tu, ada tv. Masih aku ingat, masa tu aku darjah 4 atau 5 macam tu, aku dan kawan2 yang lain sedang bermain di perkarangan sekolah berdekatan stor tu sementara nak tunggu kafa petang.

Sedang syok kiteorang berlari lari bermain macam2 permainan, tiba2 cikgu Z panggil dan ajak untuk tengok cerita bawang merah bawang putih di dalam stor tu.

Bayangkan, masa tu aku bermain dengan kawan kawan mungkin seramai 6,7 orang. Cikgu Z sebut nama seorang demi seorang untuk ajak menonton cerita tu. Hanya nama aku tidak disebut.

Kawan- kawan aku yang lain semua berlari lah sebab nk tengok cerita tu. Seorang kawan aku ajak aku tengok sekali. Tapi aku cakap, takpelah, pergi tengok dulu sbb aku nak ke tandas. Padahal hati aku sangat sedih sebab semua orang nama dipanggil kecuali aku.

Agak lama aku bermain sorang2 dekat luar, jadi aku nekad, aku nak tengok jugak cerita tu. Tak tahu lah apa aku fikirkan masa tu, aku pun lalu depan bilik sukan tu then aku pura2 ada orang tolak aku dari luar so aku jatuh macam terbang ke dalam bilik stor tu, boleh imagine tak? Hahaha.

Pastu aku pun pura2 cakap ‘ish apa tolak2 ni’ padahal tak de sape tolak pun. Masa tu semua toleh kat aku termasuk cikgu Z, tapi bila aku tengok muka dia macam menyinga, aku pun bangun slow2 dari jatuh tu then keluar dari bilik tu.

Masa tu macam2 cara aku fikir macam mana nak tengok jugak cerita tu, so aku pun pergi belakang sekolah, then slow2 aku tinjau dari tingkap belakang bilik tu. Nasib aku baik sebab dorang menghadap tv membelankangkan tingkap. Dapat lah aku berdiri dan tengok dari tingkap tu sorang2.

Dah nak sampai je waktu kafa, aku pun berlari balik pergi depan sekolah sebelum dorang semua keluar. Haha. Bila ingat balik, rasa macam bodohnya aku masa tu. Tapi aku still kanak kanak, sama macam yang lain2.

Sebenarnya, banyak je lagi perkara2 yang tak indah yang aku lalui di sekolah rendah dulu. Contoh macam pertandingan2 ke tarian ke, mesti aku selalu tidak dipilih.

Pernah aku dipilih masuk debat itupun sebab takde yang layak lagi untuk dipilih, jadi terpaksa lah kawan cikgu Z tu pilih aku last minute. Alhamdulillah menang juga walaupun aku diberi skrip very the last minute. Haha.

Jadi, perkara2 yang berlaku ni semua tak pernah aku lupakan. Aku jadi susah nak masuk asrama penuh sebab points kurang walaupun result cemerlang, and sepanjang zaman persekolahan, selalu rasa macam semua guru tak suka kita.

Setiap kali masuk tahun baru atau exam, aku ada pergi minta maaf dengan guru2, tapi macam biasa, cikgu Z palaukan aku. Haha. Agaknya, kenapa lah dia benci aku sangat.

Jadi, aku belajar dengan cemerlang dan dapatkan kerja yang bagus sebab aku pernah terfikir, satu hari nanti aku nak sangat jumpa dia dan tanya dia, apa salah aku pada dia supaya aku boleh maafkan dia andai betul aku yang bersalah.

Alhamdulillah, untuk sekarang, aku bersyukur dapat bekerja dalam bidang professional tapi belum sempat aku nak lunaskan impian aku untuk berjumpa dia, dia telah terlebih dahulu pergi menghadap ilahi.

Mayat cikgu Z dijumpai di dalam rumah dia setelah beberapa hari dia meninggal dunia. Dia hidup sendirian dan masa tu takde sape sedar kehilangan dia. Tahu2, jiran terbau busuk dan report polis. Takde unsur jenayah pun cuma mungkin dah ajalnya.

Semua orang yang tahu cerita ni terutama ibuku, sudah berulangkali nasihatkan aku untuk memaafkan dia. Tapi entahlah… Mungkin satu hari nanti aku dapat lupakan segalanya dan memaafkan, tapi entah bila…

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Cikgu Z dah takde, tapi kawan2 almarhum masih ada. Ushakan cepat pergi cari kawan2 seangkatan dia dulu dan tanya mereka supaya ada closure dan awak boleh move on. Rasa yang awak tanggung tu bukan dendam, tapi kecil hati. Pergi cari, insyaallag awak akan jumpa. Selepas tu maafkan semuanya. Nak lupakan tu susah tapi bila dah mula berdamai insyaallah segalanya akan lebih mudah. Good luck dalam pencarian!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *