Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi siarkan confession saya lagi sekali.
Berkenaan confession hari tu, terima kasih atas semua komen negatif & positif. Memang saya expect akan ada percanggahan pendapat. Tapi saya terima dengan hati yang terbuka sebab saya faham lain orang lain pengalaman. Lain orang lain buah fikiran.
Saya mintak maaf kalau ada yang tersinggung dengan confession saya hari tu. Saya rasa ramai salah faham dengan mesej saya nak sampaikan. Tapi tak apa saya take it as lesson untuk lebih hati2 bila berhujah. Meby cara saya sampaikan tu agak extreme. Maafkan saya.
Saya bukan nak kutuk bangsa sendiri dan bukan nak megahkan bangsa lain tapi saya cakap dari segi pengalaman bergaul dengan orang-orang cina sejak dari matrikulasi 15 tahun lepas.
Saya akui tak semua cina ok & tak semua melayu tak ok. Instead of ada segelintir kawan melayu yang agak racist, ada jugak yang baik & boleh bergaul dengan semua kaum.
Mungkin betul cakap korang saya perlu lebih bergaul dengan orang cina atau kaum lain. Mungkin pengalaman saya 15 tahun bergaul dengan diorang belum cukup point untuk saya bagi pendapat tapi saya cuba bagi pendapat sari sudut pandangan saya sendiri.
Tapi pengalaman saya hampir 9 tahun berdepan dengan patient pelbagai bangsa saya boleh tengok macam2 sikap diorang. Yang cina nampak agak cerewet bab kesihatan tapi diorang amat menghormati pekerja kesihatan. Jarang sekali yang kurang ajar. Diorang akan layan elok bila kita layan diorang mereka elok. Diorang suka kita explain satu persatu apa masalah yang dihadapi kadang2 buat saya jenuh nak menjawab. Tapi saya layan semua patient sama, patient memang ada hak nak tahu details pasal penyakit mereka.
Tapi yang tak bestnya bila perayaan tahun baru cina, patient yang dah tua akan ditinggalkan di wad kerana katanya untuk elak nasib malang. Ini menyebabkan katil-katil preoccupied dengan patient yang dah siha. Saya tak sure betul ke macam tu? Tapi apapun saya hormati kepercayaan diorang.
Melayu pun sama, ada yang ok ada yang tak ok. Kaum melayu sangat mudah nak deal atau treat sebab diorang bagi kerjasama agak baik dalam rawatan. Cuma ada satu golongan yang agak cerewet & kurang ajar dengan staff kesihatan & selalu potong que. Tak puas hati sikit, memang diorang terus jumpa pengarah hospital buat aduan pasal kami walaupun terang-terangan salah dia. Yang lebih menyedihkan orang melayu sendiri nak menjatuhkan melayu lagi2 kalau yang terlibat itu adalah nurses.
Saya setuju semua kaum ada kelebihan dan kekurangan masing2. Saya tak cakap saya puji melangit cina tapi memburukkan kaum sendiri. Saya tahu nobody perfect. Tapi mesej utama saya supaya kita stop budaya racist baik cina atau melayu atau india kerana budaya tak sihat ni boleh memecah belahkan rakyat malaysia. Kalau boleh tak nak la peristiwa 13 mei berlaku lagi. We are all malaysian. Kita semua sama.
Saya pun baca berita dari both side melalui page majotiti melayu & Page majoriti kaum lain in english. Saya tengok page lain semangat patriotik sangat tinggi cuma ada segelintir yang komen agak extreme tapi tak semua. Page melayu pun sama, ada komen berbaur racist tapi ada komen yang positif. Tapi saya sedih tengok kaum saya bergaduh sesama sendiri hanya kerana perbezaan ideologi politik dan pendapat. Tak salah berbeza pendapat tapi nak mencaci atau kata orang bodoh, gila bagai rasanya tak patut. Boleh bangkang tapi jagalah sikit kata-kata, just respect other’s opinion.
Bagi saya semua orang boleh bagi pendapat tapi budaya racist & condemn orang ni perlu dikurangkan. Mungkin benar sebelum ni kita banyak diapi-apikan dengan sentimen perkauman menyebabkan kita membenci sesama sendiri tapi Tun M dah berusaha nak menyatukan semua bangsa hingga terbentuk kerajaan baru hari ni. Kerana apa, sebab beliau tahu negara Malaysia susah nak membangun kalau satu kaum je yang monopoli. So hormatilah usaha pejuang-pejuang tanah air kita dengan bagi sokongan penuh kepada kerajaan semasa. Hormat hormatilah antara satu sama lain sesungguhnya itulah budaya nenek moyang kita yang sebenar.
Maaf lagi sekali atas ketelanjuran kata-kata. Saya terima apa pun komen anda. Chills . =)
Terima kasih
– Anak Malaysia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit