Cincin Kahwin dan Cerai

Assalamualaikum wbt… Salam hormat… Salam akhir Ramadan…

Semoga semua dapat melakukan amal ibadah dengan baik, semakin baik dalam semua urusan…

Terdetik untuk menulis kisah hidupku bila merasakan teruknya kisah aku kenapa aku mampu bertahan… Allah yang Maha Pengasih memberi kemampuan untukku bertahan sehingga anak empat…

Sehingga bila aku sudah dilepaskan aku baru menghitung banyaknya kisah kami yang tidak serasi, sedih yang jika orang tahu akan rasa malangnya nasib…

Bermula saat kami bertunang, ada beberapa perangai dia yang tidak disenangi tapi aku tetap mahu teruskan kerana merasakan inilah jodoh yang ditentukan… Aku juga bukanlah baik dan lawa mana jadi aku cuba teruskan…

Kerana dia tidak teruja langsung untuk membuat majlis kenduri… Segala persiapan aku buat seorang… Waktu nak nikah aku mesej supaya dia pakai jubah putih… Sebab aku pakai baju pengantin putih…

Hari nikah, juru nikah dan tetamu lagi segak bergaya… Dia datang dengan jubah besar sebab pinjam dan kopiah lusuh ada bintat tahi lalat dan selipar lama tak berbasuh..

Aku malu gila, apa ni… Nak kahwin macam tak ada persiapan langsung… Saat akad nikah tersasul nama aku banyak kali macam sengaja…

Duit mas kahwin dua puluh dua ringgit lima puluh sen letak dalam poket, duit lusuh… Kita nak bagi duit raya pun cari yang baru…

Ramai yang mengalirkan air mata sebab kecewa melihatnya tapi aku… Tak terkeluar air mata sebab tak sangka…

Baik, kami kononya tak mahu jumpa sebelum nikah… Adalah jumpa masa bertunang selebihnya mesej.. salah aku juga jenis pemalu. Niat aku baik sebab suka baca novel cinta islamik, contoh tautan hati..

Maka sahlah aku jadi isteri.. bab cincin tu macam ni… Kami kan tak nak jumpa jadi aku kata aku beli sendirilah cincin kahwin… Duit sendiri…

Ada dia bagi sikit duit hantaran, habis buat hias bilik je, pelamin dan hantaran tak ada, kenduri belah dia pun tak ada, jimat.

Tapi sebenarnya bagai tak dihargai… Aku macam nak salahkan keluarga dia tak tolong bantu ke siapkan gubahan mas kahwin macam orang lain cantik je, kreatif…

Rupanya sikap dia pun pelik, nak kahwin kawan dan jiran pun tak tahu… Keluarga tahu tapi buat tak tahu sebab tak ajar dia jadi pengantin.

Takkan dia tak pernah tengok pengantin atau majlis kahwin…

Yang buat terasa… Bila adik adik nya kahwin… Malas cerita hantaran dan majlis cantik pandai rupanya keluarga dia ni… Ternyata aku menantu yang tak disukai lah sebab sederhana dalam banyak hal…

Aku juga tak selera nak tunjuk gambar suami di media sosial, sebab muka dia teruk… Dia tukang rumah tak minat bersiap elok…

Aku kerja kerani kenalah cantik sikit… Jika beli baju sedondon dia tak pakai, dia bagi orang… Banyak kali akhirnya aku malas nak tolong siapkan pakaian dia…

Masa aku bersalin anak sulung… Waktu dia datang melawat dengan baju kotor busuk dan kasut kerja koyak… Aku malu lah juga sebab kenapa lah dia tak tahu nak elok sikit tahulah baru balik kerja…

Bukan apa sebelah aku suaminya polis datang pun baju kerja uniform kasut kilat… Sebelah lain, suami kerja bagus datang pakai kasut jenama, jam tangan mahal… Jadi aku rasa macam hina je..

Waktu tu nurse suruh buat bayaran keluar wad. Dia tak bawa duit dan IC, penat aku kena fikirkan sikap sambil lewa dia ni.. sampaikan suruh tanam uri pun dia boleh simpan dalam kereta tiga hari…

Sampailah bila anak nak masuk sekolah, nak salinan IC, kad pengenalan dia jenis lama tak tukar muka dah lain aku cuma suruh dia buat IC baru sahaja tapi tak mahu.

Susah hidup dengan lelaki begini… Jadi keputusan untuk aku keluar dari kemelut masalah sikap dan serasi ini betul…

Lama aku bersabar… Sampai benda yang aku rasa malu dan hina bila dengan dia tu aku hadap je… Mungkin sebab ada juga baik dia ni tapi aku tak cerita di sini… Buka sisi buruk je nak tunjuk aku pun diuji dengan hal yang kurang menyenangkan…

Aku juga pernah terdesak duit… Maka aku jual cincin kahwin dan loket emas pemberi ibuku… Bukan tak sayang tapi terdesak… Berharap suatu masa mampu beli lain…

Bab nafkah tu agak agaklah apa aku dapat kalau naik mahkamah.. aku terpaksa mohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat… Malu kot masa minta, sudahlah ada pegawainya kawan sekelas dulu..

Begitulah kisah cincin kahwin ku… Yang aku sendiri beli dan jual… Tak minatlah nak pakai cincin…

Sebenarnya banyak lagi kisah tak baik kalau nak cerita, tak baiklah nak cerita semua, benda ni bukan nak buka aib sesiapa, sekadar nak meluah..

Syukur aku dapat bercerai dengan baik tanpa perlukan peguam. Ada juga kelebihan aku bab ni… Aku tak fikir pun nak kahwin lain, fikir nak besarkan anak dengan baik…

Aku harap dia mampu berubah lebih elok sebab kasihan anak kalau ayahnya tak tahu jaga diri… Sudahlah kawan rapat dia budak dadah…

Kita agak seseorang tu dikenal dari siapa kawan rapatnya… Kasihan nasib begini tapi dari apa yang diceritakan dia ni banyak tekanan hidup susah dari kecil…

Bahaya tekanan hidup ni jika tak mampu dikawal… Orang terdekat bantulah sebelum terlambat… Sangat takut dengan kes suami bunuh isteri, anak… Atau bunuh diri… Nauzubillah. Benda ni antara yang aku fikir dan risau, moga Allah jaga dan bantu.

Aku harap… Kisah ini ada pengajaran… Ada keinsafan… Jika rasa hidup banyak masalah dan teruk, jujurnya kerana kurang usaha dan solat…

Jadi, antara punca perceraian adalah tidak menjaga solat… Namun setiap takdir ada hikmah dan rahmah nya… Alhamdulillah.

Ya Allah, jadikan aku dan zuriat keturunanku menjaga solat dan selawat, ya Allah kabulkan doaku.

Ya Allah ampuni aku dan ibu bapaku serta orang beriman pada hari pembalasan… Masukkan kami ke dalam Syurga dan dijauhkan dari api Neraka… Aamiin.

– XxXvV (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *