Assalamualaikum. Thanks admin approved confession aku. Aku perempuan dan bukan ex-student UIA.
Aku nak cerita pasal the power of doas. So I used to be a nerd. As a nerd i was, aku bukannya jenis yg kisah sgt apa yg aku pakai. Dulu aku jenis yg suka pakai three quarter pants yg jenis baggy, t-shirt and tudung bawal selempang. Mmg selekeh lah. Dgn spec bulat, crooked teeth but not so critical lah. So there was one this time when i was 14 aku pergi beli sayur dekat pasar malam and aku bwk lah adik aku, boleh pulak abg sayur tu kata adik aku tu anak aku. Maybe sebab aku matured cepat sgt tapi sedihlah jugak sbb aku rasa aku ni macam tua sgt dah padahal baru 14 tahun, baru nak belajar hidup tapi org pandang aku mcm kubur kata mari muahaha
…
Budak 14 tahun dulu bukan mcm budak 14 tahun skg weyh, ktrg comot mana tahu nak make up bagai ni. Plus mungkin life circumstances aku yg buatkan aku cepat matured, mother had cancer, adik adik aku kecik lagi and as a big sister in the family, aku start belajar galas tanggungjawab. Umur 12 tahun dh boleh kemas rumah and dah start belajar masak. There goes my childhood. Penuh dgn tanggungjawab, tak mcm kebanyakan kwn kwn aku yang lain. Tapi apa yg membuatkan aku rasa mcm lagi sedih since aku ni nerd and lurus bendul, tak ramai sgt yg nak kwn kenal and nak kwn dengan aku tapi kwn kwn yg sanggup kwn dengan aku dulu mmg bertahanlah sampai skg friendship ktrg.
…
So budak spesies nerd mcm aku ni even if org kenal aku pun dekat sekolah pun mainly sbb aku ketua kelas and pengawas sekolah. Kwn kwn aku pulak kebanyakannya jenis yg cantik and comel so ramai jelah peminat drg. So kecik kecik lagi aku dh belajar rasa insecurity tambah tambah pulak bila ada dlm kalangan family aku sendiri ada yg ejek aku especially part gigi,kata jongang lah, gigi kedepan lah walaupun tak obvious sgt tapi disebabkan drg saja saja ejek aku so aku mcm dah set dlm mind aku apa benda yg drg kata tu betul. Jadi aku pun menggila gila nak pakai braces walaupun aku sendiri admit yg gigi aku okay je, tak lah jongang teruk cuma kedepan sikit je. Kesian ayah aku tapi sebab kasihnya ayah hehehe dia ikut jelah apa yg aku nak. Tapi kan seriously jgn lah buat mcm tu dekat budak budak, ejek drg gemok, hitam lah sbb they will develop inferiority complex, low self esteem and they wouldnt have the courage to face the crowd.
…
Dari sini lah aku start berdoa bersungguh sungguh semoga Allah kurniakan aku kecantikan melebihi kwn kwn aku hahahaha. Tapi seriously nak menunjukkan the power of doa apa yg aku doa tu mmg betul betul makbul, other than the factor puberty hits me lah hahaha so from ugly duckling jadi lah beautiful swan hahaha bila aku masuk sekolah menengah je, berderet peminat entah apa yg drg nampak pada aku sebab aku masih rasa aku ni biasa je. Krg mungkin tak faham tapi bila allah makbulkan doa aku, aku rasa macam tertebus lah balik zaman kanak-kanak aku, aku happy sgt seriously! Sebenarnya tanpa aku sedar ni ujian allah utk aku. It is just that mcm mana aku handle apa yg allah bagi pada aku. This temporary so called fame. Zaman yang aku rasa semua org tak suka aku dah berlalu sebab nya tiba tiba semua org admire aku.
…
Yg kwn kwn perempuan aku pulak ada yg jealous (melayu dan hasad dengki berpisah tiada ) dengan aku so ada lah drg nak buat pakatan palaukan aku, tak cukup dgn tu drg jual number aku dekat budak laki. Kalau ye pun nak jual, jual lah mahal sikit hahahaha tapi aku pun susah nak percaya sebab firstly aku beat one of the most beautiful girls in my batch, she’s a mix (im a mix too but i always have this one perception yg kalau mixed mat salleh mmg akan lawa habis lah eventhough beauty lies in the eyes of beholder heheeh, aku pulak jenis mix yg mcm caucasians) and bapak dia mat salleh so aku rasa sepatutnya mmg dia lagi lawa lah but nope. I was voted by the seniors hahaha and those who voted me not even malays and at that time admirer aku bukan setakat melayu je cina and india semua ada tapi sbb kan aku dah developed low self esteem aku still rasa aku ni still buruk and susah nak percaya dekat org.
…
Im trapped in my old self but ada baik nya lah jugak sbb kalau aku sedar potential beauty aku, aku mungkin akan screwed. Aku belajar to appreciate people. Kalau yg confessed dekat aku tu budak gemuk or tak handsome, aku reject baik-baik dan bagi tahu bukan sebab physical appearance drg aku reject tapi sebab aku sendiri yang tak nak. Since aku sendiri pernah ada dalam situasi mcm tu, aku faham mcm mana that feeling of rejection. Aku tak nak drg fikir aku reject drg sebab physical appearance sebab bg aku semua org cantik. Aku siap pernah kena dgn srg budak yg aku minat ni, budak yg aku minat tu siap cakap depan depan aku nasib baik aku tak suka dia. Dalam hati aku jijik sgt ke aku ni. Hodoh sgt ke sampai dia rasa aku ni tak layak nak suka sesiapa. So kalau kau nak reject org, reject lah elok elok sbb yg kau tgh reject tu manusia yg ada hati, ada perasaan. Btw sampai skg selama aku hidup i can proudly say i’ve never dated anyone because why? I value myself. Kalau kta sendiri tak hargai diri sendiri, kau rasa ada org ke nak value kau.
…
Here comes the scarry part, bila aku dh dapat apa aku nak which is to be noticed sebab aku ni cantik yada yada, datang lah pulak bentuk dugaan lain. Aku rasa semua yg nak kenal tu semuanya sbb rupa aku and not because who i am. Ada yg cuba nak buat guna-guna, ada tu yg siap cakap depan depan bukan susah nak tundukkan org, dapat tahu nama bapak mmg senang je nak buat tapi allah masih nak lindung. Aku pergi berubat dgn srg ustaz ni, alhamdulilllah allah izinkan utk baik. Aku hampir quit studies, 3 tahun belajar weyh and masih berbaki 2 tahun kalau aku berhenti mmg suka lah org yang dengki kan aku tu, my late mother was by biggest supporter alongside with ayah and siblings, drg lah yg naikkan semangat aku, they believed in me when majority didnt. Pada yg tak kenal aku they might have a perception that im living a perfect life, cantik, bijak, ramai admirer but thats not it. Believe me!
…
Ada sekali tu, ada lah srg mamat ni nak test market dia dengan aku and aku pun buatlah solat istikharah minta petunjuk (TOLONGLAH KALAU NAK BUAT BIG DECISIONS IN YOUR LIFE, PLEASE DO ISTIKHARAH! Mmg sgt sgt powerful). Kalau dia orgnya kau mudahkan, kalau tak kau tunjukkanlah jalan keluar. Mmg allah sayang sgt dekat aku, sepatutnya aku jumpa laki (first time nak jumpa in person) tu esoknya, jadi malam sebelum tu, tiba tiba ada saudara jauh aku dtg rumah, padahal langsung tak ada angin ribut pun nak datang rumah aku. Godek punya godek, rupanya dia satu tempat kerja dengan mamat tu, dia bg tahu aku yg laki tu dah kawin and dah ada anak dah pun. Aku pun terus lah blocked laki tu. Ni mmg aku sgt terharu dgn allah. Mmg time ni aku rasa nak nangis sbb banyaknya dosa aku dgn allah tapi Dia masih lindungi aku. Nasihat aku perempuan jgn desperate sgt nak runtuhkan rumah tangga org unless kalau laki tu mmg jodoh kau dan lelaki, kau hargailah perempuan yg sanggup terima kau, especially spesies yg baik-baik ni. Drg baik tak bermaksud kau boleh ambil kesempatan. Kau sibuk nak berpoligami dan yakin mampu berlaku adil, sedangkan seorang ibu yang sangat sayangkan anak anak dia pun kadang memang takkan mampu berlaku untuk berlaku adil pada anak-anak apatah lagi kau seorang lelaki.
…
Btw aku pernah je cuba nak buat IG konon konon nak jadi instafamous lah tapi bila buat je IG malam tu aku tak boleh nak tidur, rasa resah semacam je. Tak tenang, aku rasa mcm aku tgh jual diri aku, nak bagi semua org tgk, aku rasa aku biarkan lelaki yg entah mana mana ambil gambar aku dan simpan, God knows what they do! Setiap kali aku bukak FB atau newspaper mesti ada berita pasal, sexual harassment, raped, molest, sihir dan santau melalui gambar, jadi aku rasa takut. Ni cara allah nak bg tahu apa yg aku buat tu tak betul. Niat aku tak betul, siapa tahu aku mungkin akan jadi riak, takabbur, ujub dgn apa yg aku ada and most importantly allah nak lindungi aku sebabnya kalau aku tak upload gambar pun org dh dengki apatah lagi kalau aku saja saja nak post gambar. Kalau aku teruskan dgn niat aku, it is as if im inviting rapists or even murderers to come and get me easily! In fact im offering myself freely to them. Sekarang baru aku nampak the relevancy kenapa Nabi Muhammad kata kenapa neraka tu ramai perempuan. Nauzubillah, moga allah melindungi kita semua.
…
Makin lama kebergantungan aku dekat Allah makin kuat. Sebab apa apa yg aku mintak dekat allah semuanya allah bagi. Nampak tak sayangnya allah dekat aku, dekat kita semua. So no matter how hard your situation is, pray and make doas to Him. Dont ever stop. Allah tak pernah tinggalkan kita. Kau doa lah macam mana oun, minta lah apa pun. In shaa allah, allah akan makbulkan, allah akan tunjukkan jalan keluar. It is just a matter of time. Kadang apa yg kita minta tu kta rasa elok walhal allah lagi tahu apa yg terbaik. Cerita aku mungkin nampak remeh but the impact to my life is big. Nasihat aku pada korang stop lah budaya ejek mengejek ni sbb it is a form of verbal abuse actually. Benda tu lama lama akan makan diri si mangsa because that person could be psycological distorted. Aku pernah berdoa nak jadi cinderella dan allah makbulkan tapi ternyata cinderella bukan yg terbaik utk aku. Be yourself. Appreciate yourself because at the end of the day exterior beauty, without the depth of a kind soul is merely decoration. Sekarang aku appreciate apa yg aku ada. World is indeed a place to test your imaan.
– Lady
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit