Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan luahan confession ni. Hai warga iium confession. Saya nak berkongsikan.. bercerita.. mengadu? mengenai adik kami ni. Yang mana saya syak, dia ni ada Cinderella Complex.
Adik-beradik, 7 orang. Abang kakak dah kahwin. Sekarang, yang tinggal bersama di rumah ini, mak ayah, dan kami 5 orang adik beradik lain. 2 orang adik kami student U, tapi sebab covid, sekarang ni online classes di rumah saja.
Saya, no 3, umur 29 tahun. bujang, belum berkahwin. dan sangat memalukan, juga penganggur (pencari kerja). Hilang pekerjaan dek kerana pandemik ini tempoh hari. Jadi saya balik kampung.
Adik saya, no 4, juga menerima nasib sama. Dari selatan tanah air, dia pulang ke kampung setelah di pujuk keluarga. Katanya kemurungan seorang diri di rumah sewanya, hilang kerja juga.
Adik no 5, setelah tamat belajar Ijazah Sarjana Muda beberapa tahun lepas, memutuskan untuk tinggal bersama mak ayah jadi peneman.
Dia perempuan, itu pilihan dia, tak kisahlah. Hati kami pun senang dulu, ada orang tolong jaga, dan dia juga paling rajin antara adik-adik lain. Ringan tulang membantu hal rumah.
Yang saya risaukan, adik no 4 kami ni. Saya namakan dia Rini la mudah. Dia ni macam diva sikit dalam adik-beradik kami. Dari kecik macam tu. Dia sukakan perhatian, nak jadi paling cantik, nak jadi paling baik, nak jadi yang segalanya ter ter ter la.
Kalau zaman sekolah dulu, susah nak control dia ni. Dia menggeletis, ada sahaja teman lelaki, boyfriend. Tapi kami memang tak benarkan dia keluar berdating tu apa semua.
Budak sekolah lagi kan. Ditegur tak nak dengar, di marah melawan. Bila degil macam tu, terpaksa kita tangan kan.. Tapi tak lut pun, dia lagi marah sebab orang sentuh dia. Jentik pun tak boleh, sebab dia perempuan.
Masalahnya, dia tu adik saya, kalau biadap, tegur tak dengar, saya tampar. Semua adik2 dah makan penampar saya. Kalau diorang melampau la. Alhamdulillah, yang lain membesar takde masalah. Tapi si Rini, semakin pelik perangai dia.
2020 ni.. Rini 25 tahun. Dia dah dewasa sepenuhnya. Dia ada pengalaman kerja dan berdikari. Dia ada kereta sendiri. (Aku sendiri duk weng weng naik motor ke hulu ke hilir).
Bukan apa, kadang2 aku kecil hati. Makan hati. Sepanjang dia belajar dulu, bila dia takde duit, mak akan mengadu kat aku, dan aku transfer la segala duit dalam poket, pecah tabung ayam, seluk bawah tilam, semua bagi kat dia, dan adik-adik lain yang sambung belajar kat U.
Alih-alih, dah keluar, ilmu ada, tapi adab takde. Sapa tak terkilan? Cuba cakap? Apa guna ilmu tanpa adab? Dapat kerja pun, tapi mendabik dada, riak, ujub, takbur? Orang lain aku tak kisah, tapi bila adik sendiri jadi macam tu, sedih wei..
Dan bila kami kembali duduk serumah, sekeluarga. Aku mula perasan perangai diva dia, dah menjadi lagak sang Puteri. Princess la sangat.
Peti sejuk rumah kami penuh dengan produk kecantikan dia. Setiap minggu, ada sahaja barang dia pesan, posmen hantar ke rumah. Aku tau, barang2 macam ni bukan murah, mahal tu. Dia berduit, itu hak dia. Tapi sekarang ni zaman covid, pandemik.
Kami makan pun bercatu, berjimat-jimat. Bil elektrik dah beberapa kali tertunggak, begitu juga bil air. Dengan yuran adik-adik di universiti lagi.
Sekarang, kena keluar duit beli mask lagi setiap minggu. Tapi dia tak pernah pun tolong bayarkan bil, beli makanan, bahan basah atau barang kering. Kami yang lain, tong-tong duit yang ada sama-sama bayar.
Masa dia balik, dia demand, nak satu bilik untuk dia sahaja, tak mau berkongsi dengan adik-adik lain. Adik kami mengalah, mereka bagi bilik mereka untuk dia, dan mereka berkongsi bilik. Hormat kakak kan. Siang dia tidur, malam dia berjaga, main game pubg.
Dia berkurung sahaja dalam bilik tidur tak keluar-keluar. Bila dia lapar, dia keluar makan, lepas tu masuk bilik semula, main phone.
Kerja rumah, tak pernah dibuatnya. Menyapu tak pernah, masak tak pernah, mop tak pernah, basuh baju, lipat baju, semua tak dibuatnya la. Berat budak ni..
Kami yang lain buat sama-sama, even aku lelaki, tapi tak pernah berkira buat kerja rumah. Sapu, vacuum, mop, sental, masak, buat air, layan tetamu, siram pokok, beli barang, basuh, sidai baju.
Mandikan kucing pun aku jugak. Tapi kadang2, adik bongsu mandikan kalau dia geram kucing kami si Tom tu comot.
Aku pernah tegur, tolong la buat kerja rumah sikit-sikit. Jangan bagi mak ayah buat, mereka dah tua. Aku pun bukannya sentiasa sihat nak bergerak.
Tau apa jawapan dia? Tak boleh. Perempuan tak boleh buat kerja rumah, itu semua tanggungjawab lelaki.
Habis tu adik-adik dia yang lain tu ape? Geng susu sejat? Lembu sapi? Diorang elok je perempuan, takde masalah pun tolong buat kerja rumah.
Aku tak tau mazhab facebook ke, mazhab twitter ke, mazhab instagram dia ikut. Mak kami, besarkan 7 anak tu ape? Ayah pegi keje, mak jaga anak. Mak pegi keje, ayah jaga anak. Aku tak tau apa silap aku salah jaga adik, dah besar jadi macam ni.
Dia memang tak buat apa. Kalau kami beli makanan luar bawa balik rumah, dia tunggu dah siap hidang, terus je dia duduk kat meja makan, dengan pinggan dia. Tolong hidang pun tak.
Pernah aku beli roti manis, dengan coklat. Roti manis tu aku beli 2 buku, belanja untuk semua orang makan. Tapi coklat tu, aku punya la. Duit aku, aku pegi kedai beli, suka aku lah.
Dia nampak, dia mintak. Aku tak bagi. Itupun jadi drama, family dera dia tak bagi dia makan. Daripada saya, terus jadi aku kau confession ni. Nampak tak punya marah tu.
Cinderella Complex si Rini ni, dia perempuan yang lemah. Dia tak boleh buat kerja rumah. Orang kena respek dia. Apa yang dia minta, kena tunaikan.
Yang jadi drama murahan melayu ni, yang buat aku marah maksima. Ialah bila, boyfriend dia, merangkap bakal adik ipar aku, call, minta sabar. Jangan lah marah-marah dia, pukul-pukul dia lagi.
Aku macam???????? marah? pukul?? apa?? bila??? Aku minta adik ipar cerita, aku tak paham apa dia cakap.
Si Rini, menangis mengadu, tak tahan family dia layan macam tu. Dia banyak berkorban untuk family, buat kerja rumah, tapi kena marah, kena pukul. Semua orang benci dia kenapa?
Aku : ??????
Sah.. Rini yang kami keluarga kami kenal. dan Rini yang bakal adik ipar kami kenal, orang lain. Adik aku ni lidah bercabang. Penipu. Dia berlakon jadi mangsa.
Bila aku tanya dia elok-elok malam tu, kenapa burukkan keluarga, conteng arang kat muka mak ayah ni. Dia start menangis dan minta kami pukul dia kalau dia buat salah. Pukul la! Pukul la! Rini ni jahat kan, malukan mak ayah!
Bila aku cakap, dia potong, bila aku cakap, dia mencelah, meroyan. Panas la aku, kita nak settle elok-elok, selesaikan salah faham. Tapi jadi macam ni, aku pun dah naik tangan, melampau sangat, tapi tak hinggap pun tangan aku kat dia.
Dia ugut, kalau aku pukul dia, dia report polis. Dan tak akan balik ke rumah ni lagi. Mak ayah dengar, terus marah aku pulak. Takut anak dia tak balik rumah. Dia memang sengaja tau, sengaja buat macam tu, cakap macam tu. Kaki belit.
Lepas tu dia kembali berkurung, dan besoknya, macam takde apa-apa berlaku semalam. Dia keluar bila nak makan sahaja. Atau bila dia nak pergi dating dengan balak dia, waktu tu pakai punya la cantik.
Mekap tebal bukan main. Tapi percayalah, bilik macam tongkang pecah. Itupun aku masuk sebab nak amik hanger sidai baju.
Aku tak tau la kenapa dia jadi macam tu.. Aku tak tau nak buat apa. Doa je ke yang aku mampu? Kesian kat mak ayah kami. Abang kakak yang dah kawen, mampu bagi nasihat dari jauh je. Itupun dia tak nak terima.
Kalau dia nak kawen pun, entah la. RM20 je la. tak payah RM20,000. Malu je jadi bini orang macam tu. Buat kerja rumah tak pernah langsung. Nanti suami jadi kuli dia pulak. Dengan keluarga sendiri bermusuh.
Kami yang 6 orang ni rilek je, takde apa. Sampai kat dia, siap cakap, ada orang batu api dalam rumah ni. Dia nak pecah belahkan kami pulak. Sedih tau adik sendiri jadi macam ni.
Kalau tengok tv, ada watak macam tu pun kita jadi tak selesa, atau jadi benci, bila keluarga sendiri jadi macam tu, jadi sedih teramat sangat. itu aku, sebagai abang, mak ayah aku, wallahualam entah apa diorang rasa.
Kadang-kadang, ayah cakap macam ni je, “Biasa la, dalam setandan pisang, mesti ada satu tak jadi.. Mak ayah dah tua, tak larat nak marah-marah. Biar lah..”
Sungguh.. aku rasa sungguh tak berdaya sebagai seorang abang. Aku berdoa untuk dia berubah. Tapi itu sahaja ke yang aku mampu? Aku sedih tengok adik aku jadi macam ni. Apa nasihat korang untuk aku? untuk adik Cinderella ni?
– Koko (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit