Cinderella Di Rumah Mertua

Hai. Nama aku Awin. Aku sudah berkahwin. Belum sampai 8 tahun usia perkahwinan aku.

Perkenalan aku singkat dengan suami since suami aku pun satu daerah je dengan aku. Kenal tapi tak mengenali dengan sangat2 dalam.

Usia kami yang semakin meningkat buat kan kami tak fikir panjang.

Lagipun mak mertua aku terlalu tergesa2 suruh kami cepat kan perkahwinan. Sampai aku tak sempat nak kenal betul2. Even aku sendiri pun tak suke nak kahwin lambat.

Selepas berkahwin, suami buat keputusan untuk duduk tinggal serumah dengan ibunya.

Aku? Mula nya aku tak kisah even harus tinggal kan ibu aku sendirian. Di sebabkan satu daerah, boleh la tidur gilir2.

Tapi 1-2 bulan okey lah. Lama2? Ibu mertua ku buat keputusan minta kami tidur rumah die isnin hingga jumaat.. Sabtu ahad aku stay umah mak aku.

Aku? Ikot kan sebab bagi aku tak de masalah pun. Kami bekerja. Dari awal kahwin aku turut kan kehendak belah suami.

Suami aku sangat2 baik, selalu dengar luahan aku. Kami sering berbual jika apa2 je berlaku dalam rumah tangga. Ibu mertua ku? Haha..

Sebijik macam ibu tiri dalam cerita cinderella… Entah kenapa, lebih suke lihat aku buat semua kerja. Di mata dia, ada sahaja yang aku buat tak kena.

Di sebabkan kami tinggal di rumah nya, ibu mertua ku lebih suke mencampuri urusan kami berdua.

Suami ambil aku pulang kerja pun kata nya aku susahkan suami, aku tak masak katanya aku tak fikir kebajikan suami, nak tidur rumah mak sendiri pun kena bagi alasan munasabah.

Lama2 aku tahu, sikap ibu mertua yang ingin “memunyai” kami.

Aku? Aku bukan lah jenis yang ikot sahaja. Aku bekerja. Tapi masa aku lebih di rumah berbanding di tempat kerja. Yang hadap perangai ibu mertua ialah aku.

Yang kena layan semua ini, aku. Sampai kadang2 aku rasa give up dengan semua nie.. Sikap ibu mertua yang very2 diktator buat aku rasa nak keluar dari rumah ini.

Malangnya, aku kesian kan suami. Aku tak suka dia perlu buat pilihan antara dua. Ibu mertua aku sakit. Alasan itu di guna kan supaya semua kerja aku perlu buat. Aku tak kisah.

Alasan itu di guna kan agar anak2 tak jauh dari dia. Aku sabar. Tapi di belakang anak2 nya, dia tidak menjaga hati aku, bangun tidur hinggar tidur semula hanya di depan TV atau telephone melayan Youtube dan Netflix. Kelakar kan?

Aku tak kesah ibu mertua ku sikap nya begitu, tapi aku harap ada keajaiban ibu mertuaku lebih memandang dengan kasih sayang terhadap aku..

Jujur aku katakan, sejak masuk dalam family suami, aku rasakan ibu mertuaku lebih memandang ku sebagai pesaing berbanding sebagai anak menantu nya. Sedangkan dia yang bersetuju dengan perkahwinan ini.

Aku? Sehingga kini hanya mampu bersabar, bersabar dan terus bersabar dengan sikap dingin nya terhadap aku walau aku tidak tahu apa salah ku.

Aku tunggu satu waktu aku akan bersemuka depan2 dengan ibu mertua ku untuk aku tanya kenapa dia berkelakuan begitu.

Jika jawapan yang di beri tidak munasabah dan hanya kepentingan sikap egonya semata-mata, aku lebih memilih keluar dari rumah ini.

Aku bukan perfect dalam menguruskan rumah tangga aku, tapi lebih baik dari di awasi oleh orang lain tiap hari.

Kadangkala aku jeles dengan orang lain, punyai ibu mertua seperti kawan, boleh bergurau senda, boleh berbual seperti biasa, boleh pergi ke mana saja, tapi aku? Buat apa semua tak kena. Kenapa ya?

Oh lupa.. Aku hanya cinderella di rumah ini. Bukan menantunya.

– Awin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *