Cinderella Melayu

Terima kasih kepada admin kalau cerita aku dapat disiarkan.

Ini bukan kisah sweet. Ni kisah hidup aku yang ada lah nak sama 1% dengan Cinderella minus ibu peri dengan kereta kuda.

Aku lahir daripada family yang mengalamalkan poligami. Aah abah aku berpoligami and aku ada tiga mak. Tiga ye bukan dua. Kat sini aku just nak share macam mana kisah aku sebagai anak kepada isteri kedua tapi both abah &ibu aku masih ada.

1.Aku lahir2 dah ada musuh abadi.

Siapa? Korang boleh teka lah kot. Tapi ni applied untuk para isteri yang tak restu suami diorang kahwin la kan? Yang okay aku rasa takde masalah. Drp pengalaman aku, aku paling malu bilamana depan orang ramai salam aku tak bersambut. Yelah sapelah aku kan? Anak madu kau, yang rampas suami kau, which merangkap abah aku? Takpe aku faham. Wait, apa salah aku again? Salah sebab lahir kat dunia ni eh? Sukahati lah korang nak bash aku ke nak kata apa. Benda ni aku yang rasa and apa korang rasa bila abah korang bwk korang pergi rumah mak tiri korang and takde orang pun layan korang? Takde orang pun cakap dengan korang? Daripada aku darjah 1 weh diorang treat aku macam ni! Kau ingat tak trauma ke tiap2 tahun kalau raya abah aku bawak pergi rumah diorang untuk hopefuly diorang lembut hati dengan aku. Okaylah tu effort abah aku tapi aku yang tanggung and aku simpan sorang jelah. *oh ofcourse ibu aku tak ikutlah nanti perang Armageddon

2.Kebanyakan jiran2 baik depan

Yang ni aku sakit hati dan sedih. Kenapa jadi macam tu? Oh sebab ibu aku asal orang miskin and kahwin dengan abah aku yang agak berkerjaya lah, tapi kahwin dengan suami orang. So kebanyakan jiran2 memang anti-ibu aku. One time tu aku ingat lagi aku dengan ibu pergi kenduri, and okaylah tuan rumah sambut muka hepi je senyum senyum and takde apa jadi,,, sampailah part nak balik rumah tu, kitorang salam2 nak balik baru je nak melangkah keluar rumah tu aku dengar

“tulah perempuan tak tau malu dengan anak dia tu”

I’m like woi makcik mulut puaka, nak masuk neraka ke? Ya Allah kalau ibu aku tak tarik tarik tangan aku nak balik, memang dah lama aku sound balik. Tak sayang mulut betul. Takpelah Allah tu Maha Adil kan, takpe takpe.

3.Perit lagi hidup aku, lagi perit hidup ibu aku

Membesar dalam family yang macam ni aku tak nafikan memang susah. Susah in term of emotion la bagi aku. Tapi, walaumacamana susah pun, ibu aku tak pernah menangis depan aku. Ada satu masa tu mak tiri aku yang ketiga terserempak dengan kitorang dekat mall and depan public dia sumpah seranah ibu aku weh! Depan public!! Aku kecik lagi masa tu tapi of course sampai mati pun aku akan ingat sape yang hina ibu aku! Ibu diam je haritu. Tapi kadang2 aku nampak dia menangis sorang2 dalam bilik, aku dengar rintihan dia dalam doa dia. Aku sedih . Aku sedih gila. Ibu aku akan selalu senyum je depan aku .Aku tak tau kenapa dia tak pernah marah balik ke nak pertahan diri dia ke sebab reaksi dia bila berdepan dengan mak2 tiri aku is diam je. Ya Allah kalau aku lah kat tempat ibu, memang tak kuat lah, rasa macam nak maki balik je sang mulut puaka adoi memang aku bukan orang yang sabar.

Aku paling sedih bilamana adik-beradik tiri aku yang lain tak hormat pun ibu aku . I mean, okaylah kau nak cakap ibu aku perampas ke apa kau tu lagi muda takde manners ke wei? Ibu aku tak ajar pun aku untuk jadi kurang ajar kat mak2 tiri aku.
Idk , senang kata they never consider you as a family. Family aku (tak termasuk lah abah aku) is consider macam parasit, bagai melukut di tepi gantang, or Nothing.

3.Family belah abah aku pun tak suka aku.
Aku paling sedih jugak bila mak sedara belah abah aku pun macam tak iktiraf pun aku ni anak sedara dia. Oh yelah, sebab dia anggap mak tua aku as mangsa and yang jahatnya family aku, kena ignore kena sindir tu norma hidup aku dah .Tapi of course la kan bukan depan abah aku, depan abah kemain puji aku melambung. Manusia. Suka pakai topeng. Aku takdelah cakap semua org jahat tapi mostly tak suka aku sebab yelah aku sepatutnya tak wujud pun kalau abah aku tak kahwin dgn ibu aku. So mostly memang orang akan pandang kecik kecik macam kuman je.

Kenapa aku tulis confession ni again? Sebab aku nak korang tengok stigma masyarakat terhadap kami, oh ‘keluarga perampas’ ? Aku tak nafikan tak semua yg berpoligami jadi macam family aku tapi yang aku cakap kat atas memang jadi kat
aku. Ni mungkin sharing aku macam ni, ada yg lagi teruk ke, tak taulah, tapi yang elok tu baguslah.

Cara aku cakap and share story maybe korang nampak macam aku salahkan parent aku yg besarkan aku ke apa, okay aku tak salahkan diorang dah namanya takdir kalau tak aku pun tak lahir. And aku sebenarnya harap para lelaki sebelum kahwin lain make sure isteri izinkan and kalau tak , better tak payah, bukan setakat isteri muda sengsara, aku sebagai anak ni pun still trauma kena layan teruk daripada aku kecil lagi. So impak dia besar. So please fikir masak2 sebelum bertindak.

Aku try to forgive, tapi aku masih aku. Aku tak cukup sabar dan iman aku masih tak kuat untuk sekarang. Tolong doakan aku kental bertahan depan diorang and mudah-mudahan aku dapat maafkan diorang one day.

– Cakerawala

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit