Cinta

Assalamualaikum dan hi, saya Ema. Saya tak boleh move on dengan lagu Cinta, nyanyian Marsha Milan Londoh masa AJL. Tiap-tiap malam saya dengar kat youtube dan nyanyi sama, sampai husband tanya, lagu apa tu terjerit-jerit. Hahaha.

Saya nak share what is my opinion and why i love this song. It’s not just jerit-jerit. Lagipun saya ni bukan jenis pandai dan suka lagu sangat.

Sometimes saya suka dengar rock kapak kalau ada konsep ketuhanan, saya tak kisah genre lagu apa, asal yang boleh sentuh jiwa saya.

What’s so special about this Cinta song? Bagi saya lirik lagu ni sangat kena dengan seseorang yang tengah mencari jawapan dalam pelbagai persoalan kehidupan. Dan cara Marsha deliver lagu ni memang sampai ke hati saya.

“Detik berganti, Tak akan kembali sudah, Walau darah air mata”.

Seorang muslim percaya bahawa perjalanan hidup dia di dunia akan ada penamatnya (mati), apa yang sudah berlaku adalah qadar (ketetapan), masa yang berlalu di dunia takkan berputar kembali. Which means dia takkan balik ke dunia ni lagi dah selepas dia mati.

Dalam Quran, ada banyak kisah penyesalan manusia ketika mana hari akhirat, dia meminta untuk dikembalikan ke dunia bagi membetulkan hidup dan perbuatannya dahulu. Tapi dah sia-sia, walau dia merayu.

“Detik berganti. Tak akan melaju masa. Untuk melihat ke sana”

Kita tak boleh push kerja Tuhan. Kita tak boleh lajukan masa. Kita tak boleh predict hari esok atau masa depan. Jadi masa adalah sangat berharga, sampai ada satu surah dlm Quran, Allah bersumpah demi masa.

“Fahami semuanya, Fahamkan segala-gala, Kisah yang sudah, Beningkan raga, Jernihkan jiwa”

Dalam hidup kita banyak peristiwa berlaku seperti kematian orang tersayang, kegagalan perkahwinan, kesusahan hidup miskin, kegusaran masa hadapan dll.

Sometimes kita akan bertanya, why me? why us? Kenapa kita tak dapat macam orang lain dapat? Kenapa susah sangat jalan hidup kita?

People takes so long to digest all those questions, untuk akhirnya berdamai dengan takdir. Untuk memahami sesuatu hikmah di sebalik sesuatu perkara atau sesuatu peristiwa.

Setiap manusia akan ada satu titik dalam hidup dia, yang dia akan sedar dia tak berkuasa untuk menentukan sesuatu benda yang sudah, sedang atau akan berlaku. Dia tak berkuasa pun.

Dia hanya boleh berusaha membaiki dan membuat pilihan yang betul berdasarkan pemerhatian dan penaakulan dia yang sangat limited. Pengetahuan manusia adalah terbatas. Dia tak boleh predict masa depan, dia tak boleh baiki benda dah lepas.

Walaupun banyak filem fiction seperti Back to The Future, yang nak ubah benda dah lepas dalam hidup dia, realitinya dia tak boleh buat.

Apa yang dia ada, adalah masa sekarang, pilihan yang kita boleh buat sekarang.

Masa sedang berjalan. Kalau lambat kita sedar, kita akan rugi. Kita akan sibuk bergelut dgn emosi seperti kesedihan, penyesalan, kekecewaan, kemarahan, dendam etc.

“Apa pun datang. Mudahkan sabar dan tenang.Minta senang kesulitan”

Istimewanya seorang muslim, dia adalah seorang yang tenang kerana dia yakin dan percaya bahawa alam ini diatur, perjalanan hidup ini diatur,

Apa yang dia ada dan dapat, serta apa yang dia tak ada dan dia tak dapat adalah diatur, bila dia mati adalah diatur, bagaimana kehidupan dia adalah diatur.

Dia hanya perlu berusaha dan membuat pilihan yang betul.

Seorang muslim juga tidak mudah sedih dan berputus asa. Tak ada istilah anxiety dan depression jika dia memahami aturan ini. All is well.

Dia berusaha dan bertawakkal (meletak sepenuh pergantungan kepada Allah, Tuhan yang mengatur alam dan kehidupan).

Apapun hasil yang dia dapat selepas dia berusaha, samada baik atau tak baik, itu adalah terbaik untuk dirinya. Itulah aturan Tuhan yang terbaik buat dirinya.

Tak ada sesuatu perkara yang buruk pun untuk dirinya. Jika dalam menjalani takdir, dia merasa sulit dan susah, dia berdoa semoga dipermudahkan.

“Tiap memori. Seakan menghenti masa. Renungkan suka dan duka”.

Ambillah masa sebentar untuk berfikir dan muhasabah apa saja yang berlaku dalam hidup kita. Memori-memori dahulu. Adakah benda yang kita rasa buruk untuk kita, itu sebenarnya adalah buruk?

Atau sebenarnya ada sesuatu benda yang lebih baik kita akan dapat kemudian? Tuhan takkan menganiaya hambaNya.

Sebagai muslim, pengaturan Allah adalah yang terbaik. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana kita akan dapat apa yang kita hajatkan. Kita tak boleh menggesa Allah memakbulkan hajat kita. Kita hanya boleh berdoa dan merayu. Kerana kita tak mampu.

“Inginnya aku berlari. Dan mendekatiMu. Rupa-rupanya Kau. Di depan mata. ”

Bila kita sedar kita tak mampu. Baru kita nak cari Allah. Sedangkan Allah tak jauh, Allah dekat dengan kita. Lebih dekat dari urat leher.

Maka berdoalah pada Allah, minta pada Dia. Berbicara dengan Dia. Bukan waktu solat sahaja. Seorang muslim boleh berdoa di mana-mana sahaja. Sebut nama Allah dalam kita duduk, kita berbaring, kita berlari. Minta tolong dari Dia. Dia ada. Dekat dengan kita.

“Ingin aku terbang tinggi. Teruskan mencari. Ku terlupa untuk Menutup mata.”

We have so many wishes in our lives. Banyak cita-cita dan angan-angan. Kita nak ibu bapa yang baik, kita nak ada zuriat, kita nak kekayaan, kita nak jadi famous, kita nak orang validate dan recognise kita.

Kita nak peperiksaan straight A, nak job dan salary yang best-best. Kita nak rumah besar macam istana. Macam-macam kita nak.

Kita usaha siang dan malam. Kita rasa dengan berusaha, kita pasti dapat apa yang kita nak. Kalau kita dapat, kita yakin apa yang kita dapat adalah hasil daripada usaha kita. Kita lupa usaha kita hanya sikit, keberhasilan itu Allah yang beri.

Ada juga bila kita usaha demi usaha, kita bersengkang mata. Tiba-tiba kita tak dapat apa yang kita nak? Kita jadi tak puas hati.Kenapa kita berusaha tapi kita tak dapat? Kita salahkan Tuhan.

Maka tutuplah mata sebentar, berfikir dan muhasabah. Renungkan balik, adakah cukup dengan kita berusaha sahaja? Kita terlupa sesuatu.

Kita lupa berdoa pada Allah, Tuhan yang maha mengatur alam dan kehidupan. Kita lupa minta pada Allah, semoga apa yang kita impikan itu, adalah sesuatu yang baik untuk kita dunia dan akhirat.

Impian, cita-cita dan angan-angan kita yang tak dapat pada masa tu juga, adalah sesuatu yang terbaik juga buat dunia akhirat kita. Kerana bila kita tak dapat, kita mula sedar kewujudan Tuhan yang mengatur alam dan kehidupan.

Kita mula sedar kita lemah dan mula mengakui kebesaran Allah. Bukanlah itu sesuatu yang lebih baik dan bermakna untuk kita supaya lebih dekat dengan penciptanya?

Jangan berhenti berbicara dengan Dia. Biarlah apa saja cita-cita dan angan-angan kita sesuatu yang diredhai dan diberkatiNya. Biarlah samada kita terbang tinggi atau kita jatuh ke bumi dalam keadaan kita rasa rendah diri sebagai hambaNya.

Whatever happens in our live, yakin dan percaya itulah yang terbaik untuk kita. Sentiasa bersyukur dan menjadi seorang muslim yang taat dan soleh sebagai manifestasi Cinta kita sebagai hambaNya

That is how i relate and understand this song. Tahniah marsya sebab beri an eye opening performance untuk lagu Cinta. Harapnya lebih banyak lagu-lagu yang beri manfaat macam ni.

– Ema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *