Cinta 2 Darjat

Hi, nama aku Mal, sekarang berumur pertengahan 30an, mempunyai pekerjaan tetap dan lepasan degree.

Walaupun aku lepasan degree aku tetap merasa rendah diri bila ada seseorang yang pelajaran jauh lebih tinggi suka aku. Mungkin sebab aku terlampau berpegang kepada ayat “kalau nak cari pasangan, cari yang sekufu..”

Dulu masa aku dihujung 20an, aku masih lagi single, takde bercinta dengan sapa sapa. Yang anehnya perasaan nak bercinta tu pun takde dalam diri aku. Mungkin sebab terlalu sibuk bekerja. Kerja aku tak menentu. Orang lain kerja ada offday tetap tapi aku tak. Ada masa cuti, ada masa tak cuti.

Tiap kali aku cuti, aku memang akan duduk dirumah ataupun balik kampung je. Padahal diumur aku tu boleh dikata semua kawan aku dah kahwin, dah ada anak. Tinggal aku je yang bujang. Tapi aku tak pernah pun mengeluh dengan kehidupan bujang aku.

Ada je kawan2 yang kenalkan aku dengan orang lain tapi tak tahu la hati aku memang tak tertarik sampai aku ni pernah kena cop gay tau. Aduiii la, lucu pula kalau ingat balik. Tapi tula, orang cakap jangan happy sangat nanti ada dukanya. Dan bermula episod duka aku.

Aku ingat lagi, malam tu macam biasa, sebelum tido aku akan scroll aku punya sosial media. Scroll punya scroll tiba2 lalu satu gambar perempuan ni. Aku cam pelik, aku tak kenal siapa perempuan ni, setahu aku disosial media ni aku memang berkawan dengan orang yang ak kenal je. Perempuan ni memang ak tak kenal.

Then aku stalk la acc dia, mana la tahu kot kawan lama aku yang dah glow up. Tapi bila aku stalk memang aku tak kenal n tak pernah jumpa perempuan ni. Macam mana aku boleh berkawan dengn dia. Aku ada nampak la yang perempuan ni ada berkawan dengan beberapa orang kwan aku yang lain. Mungkin dari situ kot.

Tanpa sedar sambil aku tengah stalk permpuan ni, aku tersenyum tengok gambar2 dia. Cantik. Kulit cerah kuning, pandai bergaya, nampak macam orang kaya sebab berdasarkan gambar yang dia post mostly berada diluar negara, makan kedai mahal, barangan branded. Tapi aku tak boleh berhenti dari stalk gambar dia.

Bila aku tengok gambar dia, hati aku berdebar, senyum bukan main lebar lagi kalau aku tengok gambar dia yang tersenyum, ibaratkan perempuan tu tengah senyum dekat aku. Ahh sudah, takkan la. Aku tak kenal dia. Takkan la boleh suka dengan hanya tngok gambar kan. Aku stop dari stalk dia. Pergi tido. Tapi dalam kepala aku masih teringat muka dia. Ya Allah petanda apakah ini.

Seminggu berlalu, aku elakkan diri aku daripda untuk buka sosial media tu, tapi tula tak betah aku dibuat, asyik duk teringat je muka perempuan tu. Siapa dia? Kenapa aku jadi macam ni? Takkan aku nak chat dia? Kan terkejut dia ada mamat tak kenal chat dia. Aku ni dah lama tak bercinta, tak pandai nak buat first move orang kata. Jadi aku biarkan perasaan aku macam tu je.

Then satu hari ni kawan aku ada jemput datang rumah dia, katanya orang rumah dia ada buat makan lebih sikit, niat bersedekah katanya. So kawan aku ni jemput la aku then beberapa orang kawan tempat kerja.

Sampai kat rumah tu macam biasa je, kami makan berbual pasal kerja sikit, then tiba2 kawan aku bagitahu yang dia tengah tunggu kawan dia datang, aku masa tu tak pikir apa la kan. Tahu nak makan je.

Sekali dengar orang bagi salam. Suara perempuan. Cam biasa ah kawan kawan yang lain ni lelaki, bujang pulak, bila bunyi suara perempuan, bukan main meliar lagi mata semua. Tak cakap orang, aku pun sama, sibuk ikut nak tengok juga muka yang bagi salam tu.

Sekali bila tuan punya badan masuk, nahh ini perempuan yang dalam sosial media tu. Terkejut dan berdebar aku masa tu… aku namakan perempuan tu sebagai Nisya. Rupanya Nisya ni berkawan baik dengan kawan aku dan wife dia. Diorang berkawan sejak dari zaman sekolah menengah lagi.

Tengok dalam gambar pun dah cantik, apa lagi kalau tengok depan2. MasyaAllah, cantik sangat. Sangat sopan, cakap lemah lembut. Aku terpesona. Aku sangat suka tengok muka dia, bila tengok muka dia tu, sejuk je hati aku. Haah, memang aku dah jatuh cinta dengan dia.

Tapi bila aku tengok dia, aku tahu dia bukan orang biasa2. Segala apa yang berada ditubuhnya, takde satu pun yang pasar malam punya. Tengok jam dia pakai, cartier weh, gelang emas yang di tangan dia je ada mau 20-30k, design pulak bukan design yang biasa, design gelang yang elegant. Nampak classy, belum masuk handbag, kereta dia. Memang jauh dengan aku yang hanya pakai perodua.

Mal ohh Mal, silap orang kau nak jatuh cinta pun. Mana la dia nak pandang kau yang kerja makan gaji je ni.

So sepanjang kat rumah kawan aku tu, aku just dengar je diorang berbual, aku banyak mendiamkan diri. Lebih kepada malu sebenarnya. Ada la juga si Nisya ni tegur tanya aku sepatah dua. Aku jawab walaupun dalam keadaan malu dan si Nisya ni ada juga la bergurau dengan aku. Apa yang aku boleh cakap, dia ni tak sombong, sangat humble.

Sepanjang aku dengar dia berbual dengan kawan aku ni, tak pernah lagi aku dengar dia flexing pasal kehidupan dia. Mostly yang related dengn kehidupan b40 kita, like pergi pasar, pergi mamak. Sangat humble.

Lepas je si Nisya ni balik, aku terus tanya kawan aku siapa si Nisya ni. Kawan aku pun cerita la siapa si Nisya ni dan betul la sangkaan aku. Dia ni bukan calang calang orang. Nisya ni kerja doktor, tengah sambung master kat UK sebab nak jadi specialist. Family dia memang orang berada.

Kawan aku cerita lagi, yang si Nisya ni memang cantik, dari zaman sekolah sampai belajar memang ramai yang gilakan dia. Yela, cantik lagi, pandai lagi, anak orang kaya. Package cukup lengkap la. Orang cakap lahir dalam lombong emas.

Aku lagi terkejut bila kawan aku bgthu yang Nisya ni act suka aku, kawan aku yang suruh Nisya ni berkawan dengan aku dekat social media. Katanya Nisya suka aku sejak jumpa aku masa majlis kahwin diorang. Masatu aku jadi pengapit kawan aku dan Nisya jadi pengapit wife dia.

So nak dipendekkan cerita, selepas dari makan dirumah kawan aku ni, Nisya ada chat aku, dan aku pun layan la, then ada satu hari ni si Nisya confess dekat aku pasal perasaan dia. Aku suka sangat, happy sebab aku pun suka dia tapi aku takut. Takut dengan masa depan.

Aku dengan Nisya sangat berbeza, Nisya yang serba lengkap dan aku hAnya insan biasa. Gaji Nisya sahaja sebulan cecah 30-40k tapi aku kadang 5k je dapat. Macam mana aku nak bahagia kan dia, sanggup ke Nisya tu hidup susah dengan aku.

3 malam aku murung, sampai kerja pun aku mc. Tak pernah aku macam ni. Aku suka, sangat suka kan si Nisya. Tapi kami tak sepadan, si Nisya punya level kaya tu tiap tiap bulan flight dari UK to malaysia. Orang lain study luar negara balik setahun sekali. Kenapa la Allah uji aku macam ni.

Setelah lama fikir, aku ambil keputusan untuk tolak lamaran cinta Nisya sebab aku sedar diri. Aku tak layak untuk dia. Lepas je aku reject dia, Nisya balik dari UK semata mata untuk jumpa aku. Menangis dia depan aku.

Katanya dia tak perlukan lelaki kaya dia cuma perlukan lelaki yang mampu bagi dia kasih sayang, yang sudi jaga dia tapi aku tepis semua tu, zaman sekarang duit ada segalanya. Mana ada perempuan yang sanggup tinggalkan kehidupan mewah semata demi bersama lelaki yang dia cintai.

Bila aku tengok dia menangis sebab aku, terus terdetik dihati aku, belum kahwin lagi aku dah buat kau sedih macam ni, macam mana kalau dah kahwin nanti. Aku takkan buat kau derita dengan aku. Maafkan aku Nisya bukan aku tak cintakan kau tapi aku tak mampu. Aku sedar diri aku macam mana.

Aku ingat lagi malam tu, Nisya ada bagi ayat dekat yang sampai sekarang buat aku tersentak. “awak tak boleh nak nilai semua dengan duit Mal, kalau betul saya nak yang kaya, saya mampu cari yang kaya, tapi saya taknak semua tu, kenapa awak buta nak nilai semua tu Mal?”

Lepas je aku dengar ayat tu, aku diam, terus Nisya berlalu pergi dan kami tak pernah lagi berhubung selepas tuh.

Setahun dah berlalu dan kami masih lagi berkawan di media social, aku nampak yang Nisya post dia dah pun graduate from master, Dia pun dah berjaya gelarkan diri dia sebagai Specialist.

Aku bangga walaupun aku takde kaitan dengan dia tapi aku tetap bangga. Aku happy bila nampak dia graduate. Walaupun setahun dah berlalu perasaan aku dekat Nisya masih tak berubah. Aku still ingtkan dia hari hari.

Hari demi hari berlalu. Aku bertembung dengan Nisya di kedai makan. Aku tegur dia dan kami duduk meja yang sama makan sekali. Kami bercerita dengan santai. Nampak la betapa bijak nya si Nisya ni kawal perasaan, langsung takde kekoknya bila berbual dengan dia, yela orang bijak kan. Pandai profesional kan diri dalam situasi.

Sepanjang berbual tu tak lepas mata aku tngok si Nisya ni, makin cantik orang nya. Kalau jadi model, takkan kalah la si Nisya ni. Agak lama yer kami berbual macam macam topik kami bersembang dan akhirnya diakhiri dengan soalan maut dari Nisya. “adakah saya masih ada peluang..??”

Ahhh Nisya, kenapa kau buat aku terseksa Nisya, seksa mencintai kau. Aku buntu sangat buntu. Setelah fikir, aku ambik keputusan untuk pergi umrah, aku cari petunjuk dan jawapan disana. Aku serahkan segalanya kepadaNya. Aku niat apa saja jawapan yang aku dapat, aku terima dengan hati yang redha.

Alhamdulillah, sekarang perkahwinan kami dah hampir 2 tahun. Hasil aku menunaikan umrah aku terima jawapan kepada persoalan aku. Dan ini adalah keputusan yang terbaik aku lakukan.

Sepanjang perkahwinan kami, isteri aku tak pernah mengeluh atau sekali pun mempertikaikan tentang kewangan aku. Alhamdulillah walaupun gaji aku lagi kecil dari dia tapi aku masih lagi mampu memberi nafkah, membayar segala bil rumah dan keperluan, termasuk keperluan isteri aku dan isteri aku pun sangat memahami aku.

Aku bersyukur sangat bersyukur. Walaupun baru baru ni ada isu tentang artis yang cerai sebab isteri lebih kaya dari suami, tipu la kalau aku tak goyah tapi aku percayakan isteri aku, aku percaya takdir Allah. Ada je mulut2 celupar yang cakap aku ni kahwin sebab nak tumpang harta isteri tapi aku tak kisah. Janji semua mende tu tak berlaku.

Aku ikhlas kerana Allah bukan kerana harta. Pasal keluarga, alhamdulillah penerimaan keluarga nisya terhadap aku sangat baik. Diorang terima aku dengan baikny dan tak pernah sekali pun meremehkan aku.

Doakan semoga perkahwinan kami sentiasa diberkati dan dijauhkan dari segala anasir jahat. Kami masih belum dikurniakan cahaya mata maybe sebab LDR. Apa pun semoga korang enjoy dengar cerita aku. Maaflah aku tak pandai karang ayat sangat. Mungkin agak terabur.

Sekian cerita daripada saya,

– Mal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *