Cinta Agung Lelaki Yang Terusir

Setiap manusia mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Ada yang berjaya miliki apa yang diingini. Ada yang tak berjaya miliki apa yang diimpikan. Ceritaku ini bukanlah untuk perdagangkan nasib sesiapa. Ceritaku ini bukanlah memburukkan sesiapa. Aku hanya ini berkongsi mengenai betapa agungnya cinta manusia yang tidak dihargai.

Aku berharap agar nukilanku ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran yang berguna untuk kalian di luar sana. Mungkin hari ini, ramai feminis sering beranggapan bahawa semua lelaki adalah sama, sampah, suka permainan hati kaum hawa, menindas mereka. Tapi tidak bagi ceritaku ini. Bukan aku bersikap bias. Tetapi masih ada lagi sekelompok lelaki yang berhati mulia yang menyayangi seorang wanita sepenuh hati mereka malah lebih dari itu.

Cerita bermula pada 7 tahun lepas. Aku punyai seorang sahabat yang bernama Adam. Kami berdua berkenalan sewaktu menuntut di IPGM di Pulau Pinang. Adam berasal dari Sungai Petani. Ayahnya merupakan seorang pesawah. Ibunya pula seorang penjaja kuih. Sepanjang perkenalan aku dengan Adam. Dia seorang yang mementingkan keluarga. Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke kampung bagi membantu bapanya mengusahakan sawah.

Pada mulanya, aku bagaikan tidak percaya Adam ini anak orang susah. Ya la kan. Sepanjang perkenalan kami, dia langsung tak berkongsi cerita mengenai keluarganya. Di bawah, ada beberapa orang adiknya yang masih bersekolah. Satu hari aku Nampak Adam termenung di tingkap. Aku terus menyapanya, “awat Adam, kau ada masalah ke?” Adam membalas, “Aku nak pakai duit lah Faris, nak bantu abah aku, adik-adik banyak nak pakai duit nak pi sekolah”. Aku tersentak. “Aku rasa nak buat tuisyen la, takpun aku buat personal class, pi ghumah depa, boleh dapat duit lebih sedikit” balas Adam. “Kalau macam tu aku tolong kau buat poster, nanti kita edar sama-sama” tambah aku.

Maka bermulalah kehidupan baharu Adam yang serba serbi sibuk. Apa yang aku respect pada Adam ini. Walaupun setiap malam buat tuisyen, tapi tak pernah langsung skip atau tak hadir ke kuliah atau toturial. Kadang-kadang aku yang malam tak buat apa-apa ni pun akan skip kelas. Setiap bulan aku sering lihat Adam ke mesin ATM. Selepas ke mesin ATM, aku lihat dia akan menelefon maknya di kampung. Rupa-rupanya dalam diam-diam tanpa pengetahuan semua Adam sering memberi duit perbelanjaan untuk ibu bapanya di kampung. Sungguh bertuah mak Adam kerana memiliki anak sebaik Adam.

Walaupun belum bekerja, Adam dah pikul tanggungjawab sebagai pelindung untuk keluarganya.
Semasa tahun 2, Adam telah terpaut hati pada rakan sekelasnya, Yuhaira. Yuhaira rakan sekelasnya kami yang berasal daripada Johor. Bagi aku mereka berdua secocok, bagai pinang dibelah dua. Yela kan Adam ni walaupun budak kampung, tetapi ada rupa yang menarik. Sama juga dengan Yuhaira dengan cantik dan lemah lembut. Memang dambaan setiap penuntut di IPG. Adam pada mulanya malu untuk mulakan perkenalan. Mana taknya, Adam ini orang kampung, Yuhaira pula budak bandar, bapa dan ibu bekerja sebagai guru.

Namun atas nasihat aku, Adam berani diri untuk berkenalan dengan Yuhaira. Meraka pun berkawan dan masing-masing telah menyimpan rasa. Kalau dengan ibu bapa dan orang tua, Adam ini dah serba serbi bagus. Dengan Yuhaira apatah lagi. Hampir setiap malam, dinner Yuhaira akan dibeli oleh Adam. Ada kala nya membuat Yuhaira rasa macam serba salah. Tapi itulah Adam, dengan orang yang dia sayang bukan main dia punya sweet. Orang kata bersemut kalau istilah sekarang. Bagi Adam setakat nasi bujang dengan milo ais itu apalah sangat.

Bukan itu saja, Yuhaira ini dikatakan wanita paling bertuah la. Adam ini memang famous di IPG. Maklumlah YDP MPP di sana. Ramai lah lecturer yang kenal dan baik dengan Adam. Apabila mereka kenal Adam secara automatik mereka akan kenal Yuhaira. Kebiasaannya, kalau ada couple ini mesti lecturer tak suka. Tetapi tidak bagi Adam dan Yuhaira, sebab kebanyakkan lecturer tahu Adam dan Yuhaira ini bukan jenis yang suka berfoya-foya. Iya kan. Setiap kali tugasan mereka berdua ini mesti akan dapat A, kalau naik pentas untuk dekan boleh dikatakan senang sangat.

Kadang-kadang aku yang suam-suam kuku ini malu dengan mereka. Cuma kawan-kawan la banyak bunyi. Usik-usik dan membawang kadang-kadang. Tapi Adam abaikan saja. Hubungan mereka berlanjutan sehingga 4 tahun apabila keluarga masing-masing mengenali antara satu sama lain. Keluarga Yuhaira bukan calang-calang, kuat ilmu agama mereka sehingga membuatkan Adam sendiri yang berasa segan. Adam juga memberanikan diri untuk menceritakan latar belakangnya kepada family Yuhaira. Family Yuhaira sangat menerima Adam. Sungguh bertuah Adam rasa.

Nak dipendekkan cerita, 2 bulan sebelum bergraduasi. Adam menjejaki kaki buat kali pertama ke rumah Yuhaira dengan menaiki pengangkutan awam. Tujuan Adam pergi ini adalah disebabkan ingin bertemu dengan mak dan ayah Yuhaira sempena Hari Raya Aidilfitri. Kedatangan Adam disambut oleh keluarga Yuhaira walaupun pada mulanya Yuhaira tidak benarkan melawatnya. Adam berasa curiga disebabkan hubungan mereka baik sahaja, tidak berlangsung sebarang pergaduhan.

Dua minggu selepas itu, Adam telah mendapat satu panggilan daripada ibunya. Ibunya memberitahu bahawa ada dua Ah Long dapat ke rumah untuk menjelaskan bayaran hutang yang dilakukan oleh abang kepada Adam. Adam dengan terkejut dan tak sangka apabila nama dia diletakkan sebagai penjamin. Adam buntu. Mak dan ayahnya turut buntu dan sering kali menangis di tikar sejadah.

Selepas fikir masak-masak Adam terus ke bank untuk mengeluarkan simpanannya sebanyak RM 10 ribu. Duit Adam ini adalah simpanannya untuk dijadikan hantaran buat Yuhaira dan Yuhaira sendiri tidak tahu tentang hal ini. Dengan hati yang sedih dan hiba, Adam membayar hutang abangnya itu kepada Ah Long. Adam menceritakan semua ini kepada Yuhaira dalam satu panggilan telefon Yuhaira turut bersimpati atas nasib yang menimpa Adam sekeluarga, malah turut menawarkan duitnya untuk Adam. Tetapi Adam menolaknya.

Keesokannya harinya, Adam menerima satu pesanan whatapps yang panjang lebar daripada Yuhaira. Dalam pesanan tersebut, Yuhaira meminta untuk memutus hubungan kerana berasakan bahawa hati sudah tak boleh lagi menerima dan mencintai Adam. Adam terkejut lalu air matanya membasahi pipi. Adam cuba bertenang dan membalas whatapps itu, tetapi malangnya nombor Adam sudah pun diblock oleh Yuhaira. Bukan itu sahaja, segala aplikasi seperti Facebook, Instagram dan Twitter turut diblocknya.

Adam terus hidup dalam tak kecuran. Hampir sebulan aku Nampak Adam tak terurus. Selalu skip makanan, mukanya pusat dan sering menangis setiap kali selesai solat. Nak dijadikan cerita, ada rakan Adam di KL memaklumkan kepada bahawa dia ternampak Yuhaira dengan seorang kelibat lelaki dengan di sana. Adam ingin mendapatkan jawapan daripada Yuhaira, tetapi malang dia terus dimaki dan dihamburkan dengan kata-kata hinaan. Adam nekad balik ke kampung untuk pulihkan diri.

Selepas beberapa bulan di kampung, Adam telah menerima surat temuduga daripada KPM dan beliau telah berjaya menjadi seorang guru. Dari situ, Adam memulakan kehidupannya. Dalam hatinya Cuma ada satu, ingin membantu ibu bapanya dan membawa mereka untuk menunaikan umrah. Dengan duit simpanannya, Adam telah membeli 10 ekor lembu untuk dijadikan ternakan. Malah Adam juga turut mengusahakan ternakan ayam penelur.

Selepas 2 tahun, ternakan yang diusahakannya ini mula menampakkan hasil. Hasil keuntungan semuanya diserahkan kepada ibu bapanya. Kalau ada orang-orang kampung yang tak mampu nak buat kenduri kahwin. Adam sedaya upaya akan membantu mereka. Bagi Adam, dia tidak mahu nasib orang-orang kampung yang mahu berkhawin senasib dengan dengannya. Dari segi kerjaya pula, Adam juga telah berjaya menjadi seorang cikgu matematik yang hebat dan menjadi pemeriksa kertas UPSR. Malah Adam turut ditawarkan tugas sebagai penulis buku rujukan untuk matematik. Murah sungguh rezeki Adam.

Manakala Yuhaira pula telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Wan Shariman. Wan Shariman seorang jurutera TNB yang bertugas di KL. Pada awal perkhawinannya, mereka berdua sangat sweet. Honeymoon sahaja pergi ke tempat-tempat yang mewah seperti Bali, Maldives, Japan dan sebagainya. Al maklumlah, jurutera dan guru. Masing-masing ada kerjaya. Tetapi, bahtera perkhawinan yang dilayarkan tidak berlabuh jauh.

Selepas 2 tahun usia perkhawinan, Wan Shariman mula menunjukkan perangai sebenarnya. Dia jarang balik ke rumah dan banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Yuhaira dan Wan Shariman ini PJJ. Lebih mengejutkan apabila, Yuhaira terpaksa menanggung beban hutang yang dibuat oleh suaminya. Sungguh tidak bertuah nasib Yuhaira. Malah Yuhaira turut dipukul dan dibelasah apabila tidak memenuhi tuntutan suami.

Lebih tragis, satu hari selepas pulang ke rumah, Wan Shariman dengan sengaja menampar dan menendang perut isterinya itu. Sebenanrnya, Wan Shariman berkelakuan sedemikian disebabkan dia tahu mengenai hubungan silam Yuhaira dan Adam sebelum ini. Walaupun sudah berkhawin, disebabkan cemburu menguasai diri Wan Shariman berlakuan sedemikian. Yuhaira menangis teresak-esak dan terus menelefon ibunya. Akhirnya Yuhaira dan Wan Shariman pun bercerai dengan talak satu.

Yuhaira terus hidup dalam keadaan tak keruan. Apa yang terjadi pada Adam sebelum ini berlaku semula padanya. Betul orang kata, kadang-kadang karma itu benar-benar berlaku. Ibu Yuhaira binggung dengan sikap Yuhaira. Jadi dia nekad untuk menelefon Adam. Atas dasar kemanusiaan Adam datang untuk berjumpa Yuhaira. Yuhaira lantas memeluk Adam. Yuhaira menangis teresak-esak dan memohon maaf kepada Adam. Di riak muka Adam sedikit pun tidak mengalirkan air mata. Bagi Adam bisa cinta yang terkena padanya sudah lama hilang. Dia datang ke sana bukan atas dasar cinta tetapi kemanusiaan. Adam pun segera pulang ke kampung.

Keesokan harinya, satu kereta mewah datang ke rumah. Alangkah terkejutnya yang datang itu, adalah Yuhaira sekelurga. Yuhaira benar-benar ingin berjumpa Adam. Adam dibawa oleh bapa Yuhaira untuk berbincang. Selepas perbincangan, Adam memaklumkan bahawa dia bersetuju untuk menikahi Yuhaira selepas tamat idah. Yuhaira sungguh ceria manakala muka Adam sugul. Tapi disebalik itu, Adam lah orang yang paling gembira disebabkan doanya selama ini untuk mengahwini orang yang dicintai dimakbulkan. Jauh dari sudut hati Adam, dia sangat menyayangi dan mencintai Yuhaira daripada diri sendiri.

Majlis perkhawinan pun selesai dijalankan. Adam memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Yuhaira sangat terkejut apabila segala kerja-kerja rumah daripada basuh kain sehingga memasak semuanya dibuat Adam. Cuma yang menjadi persoalan buatnya, kenapa Adam tidak lagi menyentuhnya? Layanan Adam terhadapnya membuatkannya jatuh cinta buat kali kedua kepada Adam. Tapi malang, selepas dua bulan perkhawinan mereka, Yuhaira disahkan menghidap kanser tahap 4. Yuhaira menangis dan Adam pun menangis.

Tetapi hari-hari mendatang mereka lakukan dengan indah dan tenang tanpa memikirkan tentang masalah berlaku Adam ini seorang yang kelakar dan suka menyakat. Yuhaira sering dijadikan mangsa bahan oleh Adam. Satu hari Yuhaira sakit teruk. Sewaktu hendak menghembuskan nafas terakhir. Yuhaira sempat memohon maaf kepada Adam dan mahukan jawapan mengapa dia tidak menyentuhnya.

Adam dengan teresak-esak membalas bahawa dia takut kalau dia menyentuhnya Yuhaira akan meninggalkannya lagi. Adam berasa trauma dengan perkara itu. Bagi Adam cukuplah dia menjaga dan hidup bersama Yuhaira. Adam takut kalau dia benar-benar memberikan hatinya, dia akan sekali lagi dikecewakan Yuhaira. Adam memaafkan Yuhaira dan berterima kasih kerana meminjamkan hatinya untuk Adam. Adam terus mengajar Yuhaira dua kalimah syahadah pada telinga. Mata Yuhaira terus terpejam, dan dari situ aku lihat berjurai air mata Adam mengalir.

Jenazah Yuhaira selamat dikebumikan. Aku datang mendekati Adam. Pelukan ku erat padanya. Adam berbisik padaku “Aku jatuh lagi Faris”. Aku membalas, “sabar Adam, Allah sedang menguji kau”. Adam terus memulakan hari-hari mendatang. Baginya cintanya pada Yuhaira akan terus subur dalam hati sampai bila-bila. Di kamarnya, terpapar potret Yuhaira yang tersergam indah yang dijadikan inspirasi buatnya. Biar apa yang berlaku sebelum dianggap bisa dan kudis bagi segelintir orang tetapi Adam tetap dan terus memuja Yuhaira yang merupakan cinta matinya.

Kisah benarku ini boleh dikatakan bahawa cinta agung seorang lelaki kepada wanita.

– Cinta Agung Lelaki Yang Terusir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *