Cinta atau Dendam

Assalamualaikum. Aku dahului ucapan ribuan terima kasih pada admin andai sudi siarkan kisah aku..

Cerita yang aku nak sampaikan mungkin dah biasa korang dengar.. Tajuk pun dah biasa2 je kan.. Tapi pada yang sudi baca, sudi komen aku ucapkan terima kasih banyak2 sebab sesungguhnya aku sekarang amat perlukan pandangan pembaca..

Aku Wulan.. Seorang gadis biasa.. Bukan biasa, tersangat biasa.. Lahir dalam keluarga yang berantakan.. Lahir sebagai anak yang tidak disayangi bapa.. Anak luar pernikahan..

Itu pun syukurlah ibu sudi lahirkan aku dan sayang aku sama rata dengan adik beradik lain. Terima kasih ibu.

Hidup aku dari kecik dah biasa saksikan kekerasan keluarga. Sememangnya ayah aku seorang yang panas baran.

Dulu hidup kami susah, hari² mak ayah bergaduh. Kalau gaduh mulut takpe lagi.. Ni sampai tangan kaki naik ke badan ibu, biasa sampai berdarah la pipi atau mulut.

Aku benci ayah. Long story short, ibu dah dapat kerja yang bagus. Kehidupan kami makin bertambah baik..

Tapi ayah tak pernah berubah. Malah makin ambik kesempatan atas penat lelah ibu. Ibu beli kereta, diusungnya perempuan² dengan kereta ibu. Aku cakap perempuan² tu bermakna ramai.

Tersangat ramai. Macam mana aku tahu? Sebab akulah si sulung yang menjadi tempat ibu meluah segala isi hati.

Aku tahu segala perangai ayah. Aku nampak segala kejahatan ayah bila pukul ibu. Dalam hati paling dalam.. Aku dah benci ayah aku sendiri. Sementelah dia pun tak sayang aku.

Dia tak pernah uruskan hal sekolah aku dan adik2 dari kami kecik sampai besar. Segala sakit demam hanya ibu. Dalam hidup ni aku hanya ada seorang ibu.

Dia kaki perempuan. Aku tahu ibu menderita dengan perangai ayah. Aku nampak kesakitan pada wajah ibu bila setiap kali ayah kantoi ada perempuan lain lagi.

Ibu tahan segala derita, kena pukul, kecewa sebabkan kami adik beradik. Aku tak mampu berbuat apa².. Setiap kali dorang gaduh, aku dan adik beradik hanya memerhati dan menangis.

Tapi aku jarang menangis. Aku hanya duduk tepi dinding tengok adik menangis dan dengar ibu meraung. Aku pernah terniat nak bunuh ayah.

Tapi aku takut. Bukan kesian atau sayang. Aku cuma takut sebab aku kecik lagi waktu tu. Aku tahu ayah tak pernah sayangkan aku.. Sebab dia memang tak suka aku duduk dekat rumah. Habis skolah rendah, dia paksa aku masuk skolah jauh dan duduk asrama.

Aku yang patuh tanpa bangkang walaupun aku tak nak. Hari² aku nangis duduk asrama sebab aku rindu ibu bukan rindu ayah. Aku memberontak dalam diam, aku selalu lawan ibu sebab aku benci dorang letak aku jauh. Ibu pun sama hanya turut kata ayah tanpa fikir lansung perasaan aku.

Time flies so fast.. Aku umur 14 tahun, dorang bercerai. Aku bahagia. Tersangat bahagia. Aku rasa dah keluar dari cengkaman manusia jahat dan aku rasa dunia aku dah terbuka.

Dulu hidup aku kelam. Tersangat seksa bila terbuat salah sikit, akan dimarah. Dimaki. Habis keluar semua perkataan. Aku stress untuk buat ape2.

Aku tak ada keyakinan diri sebab kalau silap, akan dimaki. Lepas cerai, ayah tak pernah ambik tahu hal kami lagi. Aku sambung belajar sambil kerja. Walaupun gaji sikit, tapi aku berjimat untuk tampung hidup aku sendiri. Sampailah habis belajar..

Takdir temukan aku dengan seorang lelaki.. Aku kira dia baik walaupun permulaanya aku tak suka dia. Lama² berkawan aku dah mula selesa.. Dan akhirnya kami bercinta.

Dia baik, tak pernah berkasar dengan aku, aku bersyukur kalau dia bukan lelaki yang macam ayah aku. Tapi.. Aku sangka panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari.

Dia yang ku sangka baik, rupanya khianat cinta yang aku hulur. Dulu dia pernah bercerita tentang seorang kawan perempuan yang dia rapat, perempuan tu foreigner (indon) yang study dekat sini.

Dia selalu tolong perempuan tu. Aku tak kisah sebab dia cakap mereka dah lama lost contact. Aku percaya. Sampailah satu hari aku dapat chat dari sorang perempuan, bertanyakan aku tentang hbungan apakah aku dengan lelaki ini.

Aku terpaku. Aku kenal dia sebab dulu dia pernah tunjuk gambar perempuan tu. Ringkasnya.. Mereka masih contact.

Dan perempuan tu tahu setiap aktiviti aku dan si Faizal (bukan nama sebenar) ni.. Faizal datang jumpa aku pun dia tahu.. Dia dia suruh aku jauhkan diri dari Faizal sebab dia cakap Faizal dah berubah semenjak kenal aku.

Aku akur.. Aku putuskan hubungan ni.. Tapi Faizal masih pujuk aku. Dan kami berbaik balik..

Sepanjang itu, hati aku masih tak tenang. Sebab aku rasa ada something yang tak kena. Aku provoke perempuan tu tanya mereka ad berhubung lagi ke tak. And yess. Dorang masih berhubung. Kami putus lagi.

Repeat la kejadian putus berbaik tu 3 kali. And last bulan puasa tahun lepas.. Aku diamkan diri lama. Aku dah tak nak lagi Faizal. Aku betul² dah nekad untuk buang dia dari hidup aku.

Bagi aku dia sama dengan manusia bernama ayah. Manusia yang banyak rosakkan hati dan perasaan aku. Aku kecewa. Teramat kecewa. Bulan puasa tu aku hari² mintak doa untuk lupakan dia. Aku berserah betul2 pada Allah.

Sampailah aku tiba² dapat satu mesej dari perempuan tu, dia pujuk aku terima balik Faizal. Dia cakap dia memang sengaja nak bagi kami putus. Aku pun tak faham sebab dia pun dah ada boyfriend kenapa dia masih nak kacau lagi yang orang?

Aku ikut kata hati.. Akhirnya kami dah bertunang. InsyaAllah pertengahan tahun ni, kami akan nikah. Tapi.. Sejujurnya hubungan kami masih berantakan sejak hati aku dah hancur dulu.

Kepercayaan aku pada dia dah musnah. Aku pun tak tahu atas alasan apa lagi aku masih dengan dia sekarang. Boleh dikatakan hari² gaduh.. Atas masalah trust issue. Aku masih tak yakin dia dah berubah.

Tapi sejujurnya hati aku cakap dia lelaki baik, tak pernah berkasar dengan aku even aku maki² dia. Dia boleh terima status aku.. Family dia pun baik.. Family aku pun cakap benda sama. Silap dia aku patutnya lupakan je.. Tapi hati aku masih sakit. Terlalu sakit.

Susah nak gambar macam mana, dan aku tak pasti perkahwinan kami nanti, kami akan bahagia ke tak? Aku di sini.. Hanya sakitkan hati dia., torture fikiran dia sampai dia pernah sakit. Ya, aku tak sedih mana dia sakit..sebab bagi aku apa dia rasa tak boleh balas dengan apa aku pernah rasa.

Aku lebih rela dia sakit sebab bagi aku time tu dia takkan buat perangai lagi. Tapi tak pernah terdetik untuk tinggalkan dia.

Selama ni memang setiap hari aku syak dia ada lagi perempuan lain. Aku tahu dia sakit disebabkan stress dengan aku. Tapi aku buat² tak faham. Entah.. Kadang² aku jadi terlalu sayangkan dia, kadang² aku terlalu bencikan dia..

Aku jadi dendam dengan lelaki pengkhianat. Aku ragu² dengan lelaki. Hati aku seakan dah mati untuk percayakan lelaki.. Cinta aku dah mati sejak kes tu. Yang ada sekarang aku tak tahu apa. Aku rasa hidup aku kosong.. Tak bermakna sebab orang yang aku sayang.. Selalu kecewakan aku.

Aku susah untuk jatuh sayang dekat seseorang, tapi bila aku dah betul² sayang.. Pengkhianatan aku dapat.

Aku disahkan depression dan anxiety disorder. Doc cakap mungkin dari kisah silam aku dan keadaan sekarang.. Entahlah.. Aku redha.. Sekarang aku dah 50-50. Aku berserah dekat Allah untuk tuntunkan jalan hidup aku. Sebab bagi aku..

Dengan atau tanpamu.. Aku tetap berlari.

Dengan atau tanpamu.. Aku tetap tersenyum.

Aku sangat berharap anak2 aku takkan rasa apa yang pernah aku rasa sebab tu aku cuba sedaya upaya untuk pilih lelaki yang terbaik. Semua ahli keluarga aku suka dengan Faizal.. Tapi aku tetap putuskan, biarlah Allah yang aturkan semua.

Jika dunia bukanlah tempat aku berkasih sayang dengan manusia bernama suami, biarlah di syurga aku menanti kehadirannya..

– Wulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *