Cinta atau Hanya Ingin Menutup Dosa II

Hai, sekali lagi aku perkenalkan diri aku, nama aku Min. Boleh baca kisah aku part 1 disini, (https://iiumc.com/cinta-atau-hanya-ingin-menutup-dosa/)

Kalini, sekali lagi aku meluah disini. Terima kasih atas segala komen yang diberi pada luahan aku yang pertama. Aku suka. Banyak kata-kata positif dan cadangan untuk aku tenang kan hati dan diri aku.

Alhamdulillah aku mula rasa efeknya setelah aku lakukan apa yang dicadangkan.

Namun ada beberapa komen yang mengatakan bahawa aku angau dan terkena “buah teringat” setelah aku terlanjur bersama Dy. Sebab itulah aku jadi resah dan gelisah. Selalu teringat ketika kami bersama lakukan perkara jijik itu.

Jujur dari sudut hati aku, sumpah aku katakan bahawa aku tak pernah angau. Aku resah gelisah bukan disebabkan teringat kami bersama.

Tetapi disebabkan hati aku dah tak seperti dulu. Tak tenang seperti dulu. Kalau kami masih bersama, aku takkan lakukan perkara itu buat kali kedua dan seterusnya.

Tak perlu aku cerita details bagaimana perkara itu berlaku. Cukuplah aku katakan yang aku betul-betul menyesal selepas apa terjadi. Aku masih bersama Dy lebih kurang sebulan selepas kejadian jijik itu berlaku.

Masa yang cukup lama untuk perkara jijik itu berlaku buat kali kedua dan seterusnya, namun ianya tidak berlaku kerana aku mula rasakan yang hati aku menghalang diriku untuk melakukannya.

Melalui komen juga, tergerak hatiku untuk aku meminta sahabat aku yang masih kerja bersama Dy untuk menyiasat beliau. Boleh aku katakan Dy seorang yang agak menjaga privacy. Beliau tiada IG atau FB. Mungkin ada tapi aku yang tak tahu.

Sepanjang aku kenal Dy, aku tak pernah tanya berkaitan sosial media disebabkan aku pun seorang yang tiada sosial media. Tiada IG. Hanya ada FB sahaja. Inipun akaun anonymous untuk aku baca news sahaja. Tiada add sesiapa.

Bukan untuk mengaibkan Dy tetapi hasil siasatan memang Dy seorang yang agak bersosial. Selalu habiskan weekend di tempat yang tak sepatutnya. Aku agak terkejut disebabkan penampilan Dy semasa kerja agak biasa.

Tiada tanda-tanda yang beliau seorang yang kuat bersosial. Seorang yang old school fashion. Sepanjang aku kenal beliau pun, tak pernah beliau berpakaian menjolok mata.

Sepanjang bersama aku, tidak pernah sekali aku syak yang beliau seorang yang sebegitu. Atau mungkin aku yang bodoh atau naif atau terlalu lurus sehingga aku tak perasan semua itu.

Terlalu banyak andaian jahat aku mula berfikir bila aku tahu yang beliau seorang yang agak bebas. Semoga andaian jahat aku ni salah dan tidak benar.

Tamat kisah Dy.

Bermula kisah aku dengan Mira. Sejak kebelakangan ni, Mira selalu contact aku. Mira dah luahkan perasaannya padaku. Tetapi aku masih tiada jawapan untuk luahan Mira itu. Sampailah suatu hari aku decide untuk berjumpa Mira.

Aku taknak buat Mira tertunggu. Lagipun umur kami dah penghujung 20-an. Bukan umur untuk buat seseorang tertunggu. Aku decide untuk jumpa Mira di KLIA. Aku menaiki pesawat dari negeriku ke KLIA.

Mira begitu excited untuk berjumpaku. Mana taknya, last kami berjumpa pada 6-7 tahun dahulu masa di Universiti. Sampainya aku di KLIA, Mira sudah menunggu ku dia pintu arrival.

Dengan senyuman yang sangat lebar, aku boleh anggap yang Mira tersangat gembira dengan ketibaan aku. Aku balas senyuman Mira dengan senyuman yang agak kelat disebabkan aku tahu yang aku akan hancurkan hatinya nanti.

Aku datang untuk cerita segalanya berkaitan dengan masa lampau aku kepada Mira. Kisah aku dengan Dy akan menjadi halwa telinga Mira sekejap lagi.

Mungkin ramai yang bagitahu untuk aku tutup aib aku. Allah sudah tutup aib ku rapat tetapi kenapa aku perlu bukanya?

Aku tiada jawapan untuk soalan itu. Tetapi selagi mana aku tidak berkata benar pada Mira, selagi itulah hati aku akan menjadi serba salah.

Tambahan lagi, Mira sedang tunggu jawapan cintanya dari aku. Aku tak boleh tipu hati aku.

Aku seorang yang bila ada sesuatu yang bermain dengan hati, aku akan berterus terang dan bagitahu segalanya. Aku akan luahkan segalanya. Aku taknak simpan beban perasaan di hati aku.

Aku tahu risikonya aku dan orang yang dengar luahan aku akan tersakiti. Namun, itu jalan terbaik untuk aku legakan dan tenangkan hati aku. Aku lebih memilih untuk berterus terang.

Aku berhadapan dengan Mira. Mata kami bertentangan sambil bercerita berkaitan hal masing-masing.

Setelah sejam bercerita, aku mula cerita berkaitan kehidupan aku bersama Dy pada Mira. Mira pada mulanya tersangat happy, kini tunduk wajahnya. Tidak lagi menoleh untuk menatap mataku.

Mira hanya senyap dan mendengar ceritaku tanpa berkata dan bertanya apa apa.

Setelah setengah jam aku bercerita, Mira minta izin untuk balik. Aku nampak Mira mengesat matanya sambil berjalan tinggalkan aku. Sampai harini, Mira tak lagi contact atau Whatsapp aku.

Aku tahu perkara ini akan terjadi. Aku pun tidak layak untuk Mira. Mira tersangat baik untuk aku.

Sekiranya Mira baca luahan ini, aku minta maaf kerana buka aib aku sendiri padamu Mira. Aku minta maaf kerana aku bukan lelaki yang kamu expect. Aku ada masa lalu yang teruk. Semoga kamu jumpa seorang yang jauh lagi baik dari aku Mira.

Tamat kisahku dengan Mira.

Aku masih ada lagi luahan yang aku ingin luahkan. Luahan berkaitan dengan efek mental dan perasaan selepas berzina. Luahan berkaitan dengan kerjaya dan rezeki selepas kita lupa akan Allah pemberi rezeki.

Luahan berkaitan dengan bagaimana zina penyekat rezeki. Aku rasa semua itu. Aku rasa bagaimana Allah tarik balik nikmat yang aku ada sebelum ini.

Aku ada kerjaya yang bagus. Ada connection yang bagus dan ada kehidupan yang tenang. Tetapi semua itu hilang sekelip mata akibat dari perzinaan yang aku lakukan.

Hidup aku tidak setenang dahulu. Dulu aku hidup berseorangan tetapi amat tenang. Tiada rasa resah dan gelisah. Tetapi sekarang, aku selalu rasa resah, berdebar dan tidak tenang. Seolah hati aku sudah pun rosak dan hancur.

Dahulu aku ada kerjaya yang hebat. Setiap hari aku deal dan uruskan projek yang boleh memberi aku income mencecah 5 angka sebulan.

Tapi sekarang, aku terpaksa lupakan kerjaya itu buat sementara waktu. Aku berpindah di kampungku dan bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit dengan gaji kurang dari gaji minimum.

Tak mengapa, aku okay dengan kerja ini. Aku mula rasa tenang. Lagipun kedai runcit ni bersebelahan masjid. Aku boleh baiki diri aku dengan berjemaah 5 waktu disini.

Aku bermuhasabah diri. Mungkin ini balasan yang Allah berikan padaku atas segala apa yang aku lakukan. Inilah akibatnya perzinaan yang aku lakukan. Allah tarik nikmat yang pernah dipinjamkan padaku.

Semoga Allah terima taubat aku dan terima doa aku untuk merubah Dy. Aku tahu Dy orang yang baik. Mungkin beliau ada masalah peribadi yang membuatkan dia begitu. Semoga Allah bagi taufiq dan hidayah pada aku dan pada Dy.

Semoga Allah tunjukkan jalan yang lurus pada aku dan pada Dy. Semoga Allah hadirkan seseorang untuk merubah Dy. Semoga Allah berikan jalan dan tunjukkan jalan yang terbaik untuk jodoh Mira.

Semoga kita semua, readers IIUM Confession tidak terjebak dengan zina. Zina betul-betul merosakkan. Aku dah laluinya. Rosak hati ini. Rosak mental aku. Perit rasanya. Tapi itulah, hidup perlu diteruskan

– Min (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *