Cinta: Bertahan atau Melepaskan

Assalamualaikum & salam sejahtera. Perkongsian ini merupakan pengalaman peribadi yang saya lalui dua tahun yang lepas. Yer betul, memaafkan lebih mudah daripada melupakan. Saya masih ingat setiap satu perkara yang berlaku, moga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan kekuatan khususnya kepada golongan isteri.

Saya dan suami sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga pada masa itu (tahun 2016) dan kami dikurniakan 4 orang anak; 2 perempuan & 2 lelaki. Kami digambarkan sebagai pasangan bahagia, dan memiliki kerjaya masing2. Yer, memang kami bahagia sepanjang 13 tahun berkahwin, gaduh sikit2, selisih faham, saya anggap sebagai liku2 kehidupan berumah tangga, dan kami hadapinya dengan tenang.

Tak tau di mana silapnya, saya perasan suami mula berkelakuan sedikit luar biasa. Sebagai isteri, saya mula curiga tapi saya cuba padam perasaan itu.

Lama-kelamaan, saya mula mengesyaki sesuatu walaupun suami masih suami yang dulu. Masih baik, bertanggungjawab dan penyayang dengan anak2.

Saya ingat lagi, masa tu lepas solat maghrib, suami letak phone dia di tepi katil. Suami tertidur, saya ambil phone dia dan bila saya baca, ternyata apa yg saya fikirkan selama ini betul. Saya betul2 kecewa, menangis dan hampir hilang pertimbangan. Mujur saya masih rasional. Saya salin nombor telefon wanita tersebut untuk persediaan di kemudian hari.

Saya mohon penjelasan suami, dia menafikan sekeras2nya dengan memberi pelbagai alasan. Saya tak percaya, tapi buat2 percaya. Buat pertama kalinya, kami bertengkar dan suami keluar daripada rumah pada malam itu kerana ingin mencari ketenangan, katanya.

Bermula saat itu, saya atur strategi. Dalam waktu yang sama, saya mula jadi penyiasat tak bertauliah. Saya pendam seorang diri, lakukan semuanya seorang diri. Takde seorang pun ahli keluarga yang tahu. Saya perlu jaga aib rumahtangga kami, saya perlu kuat untuk lalui semua ini, untuk cari kebenaran.

Mulai hari itu, suami semakin lupa tanggungjawabnya, sering balik lewat daripada kerja, out station setiap weekend, yer saya layan dia mcm biasa, tanya soalan biasa, walaupun jawapan yang diberikan buat saya menangis dalam hati. Pembohongan demi pembohongan.

Saya siasat segala2 nya. Dipendekkan cerita, hinggalah saya dapat jawapan, siapa skandal suami saya. Saya hack, instagram, facebook wanita tersebut.Dari situ saya tahu, mereka baru saja berkenalan. Dalam 2 bulan. Dalam ig & fb wanita tersebut, penuh muka suami saya, berdating, bercuti, bershopping.. huhhhh saya lihat suami saya bukan macam suami yang saya kenal selama ni.

Saya sangat tak sangka, yang saya lihat tu ialah suami saya yang sangat baik suatu ketika dulu. Air mata saya tak henti2 menitis melihat kemesraan mereka. Ni kalau saya tunjuk gambar ni pada keluarga saya dan keluarga mertua, takde seorang pun yang percaya kerana suami sangat baik selama ni. Saya screenshot, simpan semua bukti.

Suami semakin jarang pulang ke rumah, setiap kali dia balik, saya tanya baik2, end up dia akan mengelak dan keluar rumah.

Ok, saya mula keras hati. Tak tau berapa banyak dah air mata yang mengalir. Depan anak2 saya cuba selindungkan perangai sebenar ayah mereka. Saya jelaskan bahawa ayah mereka sibuk sekarang, takde satu pun keburukan suami, yang saya ceritakan pada anak2. Kalau dulu, setiap pagi, suami yang hantar anak2 pergi sekolah, tapi sejak suami hilang arah ni, saya ambil alih semua tanggungjawab dia.

Setiap pagi, dalam perjalanan hantar anak2 ke sekolah, kami sama2 baca doa dan sedekahkan bacaan alfatihah untuk ayah mereka. Saya cakap pada anak2 moga tugas ayah cepat selesai, jadi ayah tak sibuk lagi, nanti ayah boleh balik rumah cepat dan kita pergi bercuti macam selalu. Hibanya perasaan bila dengar bacaan alfatihah anak2. Suami, tergamak awak tinggalkan kami, kerana seorang wanita lain!

Setiap malam, saat anak2 dah tidur, saya solat sunat, macam2 jenis solat sunat yang saya buat. Saya mohon Allah beri petunjuk dan tunjukkan jalan yang perlu saya lakukan. Adakah saya perlu bertahan atau melepaskan ikatan ini.

Akhirnya, setelah banyak yang saya lalui, saya beri hint pada suami, saya akan buat tuntutan fasakh. Lupa nak cerita, sepanjang tempoh ini, 3 kali saya pergi ke pejabat agama untuk sesi kaunseling, sendirian tanpa suami kerana dia tak pernah nak beri kerjasama untuk mempertahankan rumahtangga kami. Dan kaunselor mencadangkan agar saya buat tunturan fasakh, atas beberapa alasan yang munasabah.

Suami seolah2 tak kisah bila saya sebut nak buat tuntutan fasakh. Mungkin dia ingat, saya isteri yang lemah, isteri yang sentiasa setia, walau apa pun yang dia buat, dan mungkin juga dia fikir saya tak boleh hidup tanpa dirinya.

Yer, itu dulu. Tapi saya sekarang bukan saya yang dulu. Saya bukan wanita lemah yang sewenang2 nya boleh dipermainkan. Saya tak serang dia, saya tak serang wanita tu, bukan bermakna saya bodah dan tak kisah tapi saya tak nak nampak bodoh dan terburu2. Saya rancang satu persatu.

Dengan segala bukti yang ada, saya pergi ke mahkamah syariah sendirian, buat tuntutan fasakh. Saya sengaja pilih tarikh perbicaraan sama dgn tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke-13, biar senang nak ingat, itulah tarikh indah perkahwinan kami, dan tarikh itulah permulaan perpisahan kami.

Saya menangis sepanjang perjalanan balik. Remuknya hati hanya tuhan yang tahu.

Selepas tuntutan fasakh ni di buat, saya maklumkan kpd keluarga saya. Terkejutnya mereka, mereka tak sangka suami macam tu. Keluarga sangat sedih kerana saya lalui semua ni seorang diri. Saya tak sangka, keluarga sokong keputusan saya kerana mereka yakin keputusan yang saya buat ini bukan keputusan terburu2. Mereka yakin, saya dah fikir yang terbaik untuk saya dan anak2. Saya melihat air mata yg menitis daripada ibu dan ayah saya serta adik beradik yang lain. Kami menangis bersama2, seisi keluarga!

Kemudian, keluarga saya berpendapat, kedua2 belah keluaga iaitu keluarga saya dan keluarga suami perlu berbincang tentang perkara ini. Memandangkan suami dah tak balik rumah lebih kurang 2 minggu, dia tak tau apa yang keluarga saya rancang. Keluarga saya pergi ke rumah keluarga suami, untuk selesaikan masalah kami secara baik. Peristiwa ini sangat sedih, saya tak akan lupa hingga akhir hayat saya. Keluarga suami juga terkejut tentang perkara ini. Sampaikan ibu mertua saya cakap, dia taknak menantu lain selain daripada saya. Allah, sedihnya masa ni.

Keluarga suami mohon saya dan keluarga pertimbangkan semula tuntutan fasakh ini kerana mereka berpendapat, suami bukan lelaki sebegitu. Dalam tempoh perkenalan lebih kurang 4 bulan dgn wanita tersebut, suami boleh lupakan isteri dan anak2 dalam sekelip mata. Seolah2 tidak waras.

Saya tak batalkan tuntutan fasakh, tapi saya mohon ditangguhkan untuk tempoh 3 bulan lagi.

Dalam tempoh ini saya, keluarga saya dan keluarga mertua, usahakan agar suami berubat dengan perawatan Islam. Ternyata suami dikenakan ilmu hitam kerana wanita tersebut ingin suami berkahwin dengannya dan dapat menumpang kesenangan suami. Semuanya bermula dengan suka2, suami diperkenalkan kepada wanita itu oleh rakan2nya, akhirnya suami terjebak. Ingatlah wahai para suami, sesuatu yang bermula walaupun dengan suka2, akan memberi kesan yang memudaratkan.

Dalam tempoh tersebut, suami semakin pulih dan dapat melupakan wanita tersebut. Panjang sebenarnya untuk diceritakan secara lengkap. Kini, suami saya dah kembali seperti dulu, suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga rumah tangga kami, tidak diuji lagi.

Kepada semua isteri, bertahanlah selagi mampu bertahan, jika sampai masanya untuk melepaskan. Lepaskanlah dengan redha. Jangan siksa diri sendiri dan anak2 kerana Allah adalah sebaik2 perancang & pelindung.

– Mrs S

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *