Hai. Saya cuma nak berkongsi sesuatu yang saya yakin ada sesetengah manusia tak kira lelaki atau perempuan pernah mengalaminya.
Saya ditakdirkan hidup dengan macam2 mental problem (ada yang normal, ada yang agak teruk). Saya memang ada anxiety sejak kecik lagi. Sejak zaman tadika, memang dah mula ada anxiety. Dan saya positively seorang introvert.
4 tahun yang lalu, saya pernah bercinta dan dicurangi. Maybe sebab saya seorang introvert, dia pulak extrovert, kaki sukan, aktif.
Saya lebih gemar duduk dalam bilik daripada ikut dia pergi bersukan apa semua. Apa aktiviti2 aktif dia buat, saya macam tak boleh follow. Sebab saya introvert.
Saya boleh agak apa puncanya sebab dia curangi saya dengan seorang gadis yang kaki sukan macam dia jugak. Korang boleh kata itu salah saya, tapi hanya seorang yang introvert boleh paham keadaan saya.
Tapi saya redho walaupun sakit hati. Saya move on sangat cepat dan hidup single lama lepas tu. Because I don’t have time to cry and so on. Nak merayu pun tak guna.
Saya penghidap OCD juga. Saya sekarang ada simptom ADHD tapi saya tak pernah jumpa doktor untuk sesi kaunseling apa semua. Saya rasa saya pun mungkin ada simptom bipolar disorder.
Kadang2, Saya boleh sekejap gelak dan sekejap menangis. Macam orang gila. Tiba2 duduk diam, tiba2 bila teringat sesuatu, saya akan sujud dan genggam kepala saya meraung dalam hati. Pastu elok balik. Macam2 la.
Btw saya masih seorang student.
Okay, bersambung daripada kisah dicurangi tadi. Bayangkan, apa yang terjadi buat saya tak berminat nak bercinta. Saya jadi susah sangat nak percaya orang.
Setiap kali saya dengar benda berkaitan cinta, saya jadi annoyed. Menyampah, geli. Nampak pasangan couple, hati saya jadi menggelegak.
Pendek kata saya mula ada petanda PHILOPHOBIA. (Boleh baca kat Internet kalau nak paham lebih lanjut)
4 tahun saya alami PHILOPHOBIA. Tapi umur saya ni dah bole berkahwin. Walaupun muda lagi, tapi saya jadi anti dengan cinta. (Nampak kelakar tapi actually it’s not).
Tahun ni, saya berkenalan dengan someone, baik orangnya. Tak lama lepas tu dia macam beri petanda dia suka saya.
Someone bagi nasihat pada saya, sampai bila saya nak hidup single? Sampai bila nak kunci hati tu? Jadi, disebabkan saya rasa dia lelaki yang baik, saya terima dia.
Kami bercinta, mula2 saya rasa seakan2 philophobia saya hilang. Rindu sayang semua ada. Memang indahlah bercinta tu sebab dah lama single, kan?
Dia sampai sanggup OT kat tempat kerja semata2 nak halalkan saya. Untuk makluman, layanan dia sangat lah cringe dan somehow macam tak matang pun ada. A lil bit gedik untuk someone yang serius macam saya.
Yes, I have no sense of humor sebab saya memang mcm ni. Cara dia layan saya macam budak2 sekolah bercinta padahal umur dah 20++.
Jadi, saya yang jenis serius ni memang mula rasa annoyed kalau dia menggedik semacam. Saya yang perempuan pun tak macam tu. Saya tak manja, saya memang bukan jenis merajuk apa semua, saya jenis yang malas nak overthinking, yang fikir2 negatif semua.
Pendek kata, saya tak akan menyusahkan dia. Sampaikan saya menolak setiap kali dia nak offer saya belikan makanan untuk saya, teman saya semua. Saya tolak sebab saya tak suka susahkan orang. Walau siapa pun dia.
Tapi sayangnya, tak lama lepas tu philophobia saya kembali.
Lepas beberapa bulan, penyakit saya kembali. Saya mula annoyed dengan setiap kata2 romantik. Saya tak suka setiap kali dia menunjukkan sikap cringe. Semuanya annoying.
Saya tak suka bila dia cuba prihatin pada saya, ucap I love you. Hanya Allah yang tau perasaan saya sampai saya marah diri saya kenapa jadi macam ni?
Bila tengok pasangan lain, saya jadi menyirap, jijik lagi2 tengok diri sendiri. Saya jadi dingin. Saya mula bersikap serius, cepat marah, dan saya tak layan dia seperti mana saya layan dia mula2 dulu.
Nak call saya tak suka, jumpa jauh sekali. Saya menolak setiap kali nak jumpa. Dia yang suka call malam2 teman dia tidur, lagilah saya semakin tak suka dan menyampah. Semuanya nampak beban di mata saya.
Bila start busy dengan kerja, lagilah saya rasa annoyed dengan sikap dia. Saya bekerja di sebuah firma audit jadi saya sangatlah sibuk sebab banyak kerja. Dia pula, sibuk nak tanya dah makan ke belum, dah balik ke belum, pegi naik apa semua.
Ya Allah, lemas hati saya tak dapat digambarkan. Saya rasa saya nak bersendirian setiap masa. Tapi fikirkan menjaga hati orang, saya cuba layan dia. Tapi layanan saya semakin dingin. Saya tak boleh layan dia dengan perasaan sayang.
Semua perasaan saya pada dia lenyap. Saya rasa nak single seumur hidup. Tapi saya takut kecewakan dia. Saya tak bersedia nak tinggalkan dia tapi apa boleh saya buat kalau fobia ni buat saya dah tak ada rasa sayang tu lagi.
Dengan kadang2 sikap dia yang tak memahami, asyik rasa diri dialah yang betul. Buat saya makin memendam.
I always want to be alone. Saya tak nak diganggu, balik kerja saya fikir nak rehat nak makan, buat kerja rumah lagi. Bila fikir pasal hubungan, saya rasa macam cinta2 ni membebankan.
Sampai satu saat, dia sentuh isu yang sensitif bagi saya. Dan saya tak boleh tahan lagi. Philophobia tu buat saya putuskan hubungan. Ya, dia tak rela tapi saya tekad.
Dia akhirnya terima sebab dia tahu sebabnya adalah anxiety dan fobia saya. Tapi dia masih cuba contact saya. Saya tak akan reply sebab saya rasa itu yang terbaik.
Saya rasa, meninggalkan dia adalah perkara yang terbaik. Saya suruh dia cari perempuan yang boleh layan dia dengan baik. Saya tak mampu bahagiakan dia, sebab saya tak boleh ada rasa sense of humor tu.
Dia tak boleh patut kahwin dengan perempuan yang serius saja memanjang, yang orang buat lawak pun tak gelak, yang kategori bermasalah mcm saya. Hidup dengan saya akan menyiksa dia sebab saya akhirnya akan buat dia bosan dan tak mcm bercinta.
Ya, mungkin ada yang akan kata, “kau single sampai mati saja la perempuan”. Ya saya terima. Sebab masalah mental yang banyak mcm ni siapalah yang akan bahagia kan. Saya cuma nak share saja.
Doakan saya boleh sembuh sebab saya plan nak jumpa doktor dan sesi kaunseling tahun depan. Takpelah, saya serahkan semua pada Allah. Semoga dia bahagia, dan sejujurnya saya sangat menyesal sebab tak mampu beri apa yang dia nak.
Baru saya faham, kadang2 kita buat keputusan utk tinggalkan seseorang bukan kerana nak curang, tapi bagi sesetengah manusia seperti saya, itu adalah pilihan yang terbaik.
Layak ke orang mcm saya ni nak bercinta? Hanya Allah yang tahu.
Terima kasih sebab sudi baca.
– Ms. Qiqi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit