Nama aku hana (bukan nama sebenar) dan aku berumur 25 tahun. Aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia hampir 2 tahun. Perkahwinan aku mencecah 3 tahun dan kami kahwin bukan atas sebab paksaan. Ceritanya bermula saat ini.
Sebelum aku menamatkan zaman bujang, aku pernah ditempatkan untuk menjalani latihan amali di sebuah syarikat. Ye disitu episod bermula dimana aku jatuh cinta pada seorang lelaki. Waktu itu aku masih muda dan jarak antara umur aku dan lelaki tersebut 8tahun. Aku jatuh cinta pada perwatakannya dan aku juga seorang pemalu. Aku tak pernah bercakap dan tak pernah menunjukkan perasaan aku kepadanya. Dia juga begitu. Dia lebih pemalu dari aku. Macam mana aku boleh jatuh cinta? Aku jatuh cinta ketika pekerja2 disitu cuba melaga lagakan aku dengan dia. Ketika itu hanya aku dan dia yang single. Tambahan pula bagi mereka aku dan dia pasangan yang serasi. Pada awalnya aku malu bila diusik begitu tambahan dia seorang lelaki yang dikira agak islamik. Dia pun tak menunjukkan sangat respon terhadap usikan tu. Mungkin menjaga iktilat. Lama kelamaan aku mula senang dengan usikan tersebut tapi aku tak pernah menyapa dia. Aku tahu dia memang seorang yang berakhlak bagus. Dan dari situ aku mula sukakan dia dalam diam.
Aku selalu memerhatikannya dari jauh. Cukup hanya terlihat dengan bayangnya sahaja aku sudah mula tersenyum. Ye cinta yang tak pernah terucap hingga saat aku berkahwin. Hampir setengah tahun tamat latihan aku. Dan aku terpaksa untuk sambung belajar kembali. Saat tu aku sedih. Yes, terpaksa pergi jauh dan tinggalkan momen tersebut. Tapi saat hari terakhir aku disana, lelaki tersebut menghulurkan satu hadiah buatku. Hanya dia. Betapa aku teruja dan gembira hari tu. Dan hari terakhir tu juga dia bercakap denganku serta memanggil namaku untuk pertama dan terakhir kalinya.
Aku kira itu perkenalan terakhirku dengan dia. Tapi tidak sebenarnya. Aku makin akrab dengan dia walaupun kami berada jauh. Kami hanya ber’sms’ ketika itu namun tak pernah bercakap melalui telefon. Namun begitu dia selalu sahaja bertanya khabarku dan hatiku saat itu sepenuhnya ditawan oleh dia. Tapi aku tetap malu untuk meluahkan dan aku sendiri bingung dengannya samada adakah dia juga punya perasaan sama kepadaku?
Sampai satu ketika aku memberanikan diri. Aku cuba menyatakan kepada dia aku suka dia. Tapi tidak secara direct. Dan dari situ jugalah aku merajuk membawa hati hingga aku berkahwin dengan lelaki lain. Aku merajuk dengan jawapannya. Dia cakap aku sangat sesuai dengan adiknya dan kalau boleh nak satukan aku dengan adiknya. Waktu tu aku tak tahu samada dia jelas atau tidak tentang perasaan aku kepadanya. Dia hanya cuma nyatakan dia masih punya tujuan lain yang belum tercapai,perjalanan hidupnya masih panjang.itu katanya. Di situlah aku kecewa bilamana perasaan yang aku semai membesar dengan sangat rapi,sampai satu saat ingin diberikan kepada orang yang bukan selayaknya. Aku beri peluang lagi cuba untuk selami hati dia. Namun tetap sama dan aku nekad mungkin dia tidak punyai perasaan sama sepertiku.
Aku membuka buku baru dalam hidupku. Cuba untuk melupakan dia. Tak lama kemudian hadir seorang lelaki yang kini sah menjadi suamiku. Tahun pertama kahwin semua baik baik sahaja. Tahun seterusnya juga sehinggalah aku melahirkan anakku. Semuanya berubah. Perasaan sayangku pada suami tetap ada namun semakin pudar. Aku mula rasa kurang mendapat kasih sayang. Suamiku seorang yang baik dan pada pandanganku dia pun tak pernah curang. Namun aku tetap terasa kosong. Suamiku banyak menghabiskan masa dengan handphone. Melihat fb dan youtube. Aku hanya dengan anak-anak hinggalah aku sendiri pun menjadi sepertinya.
Aku sunyi. Dan aku hanya mampu melayan handphone sepertinya melihat movie2. Kami mula kerap bergaduh mulut. Puncanya bila aku berleter untuk sesuatu yang berpunca darinya. Dan disitulah dia pun mula meninggikan suara. Banyak kali aku menangis sendiri dan banyak kali jugalah aku memujuk hati sendiri. Kadang kalau suamiku ingat dia akan mesej meminta maaf hanya untuk sekali dan seterusnya buat seperti tiada apa2 yang terjadi.
Aku sudah terbiasa memujuk diri sendiri. Demi anak. Aku mula melihat perkembangan lelaki yang pernah aku sukakan dulu melalui fbnya. Dia masih sama. Betapa aku rindukan dia. Ye. Aku seorang isteri yang berdosa kerana merindui lelaki lain selain suaminya. Hingga terkadang dia selalu muncul dalam mimpiku. Hingga satu saat tak tertanggung perasaanku untuk bertanya khabarnya.
Aku memberanikan diri sms kepadanya. Sms ku berbalas dan disambut dengan baik. Dia sememangnya juga tahu dengan statusku. Dan kami hanya bertanya khabar dan bercerita tentang masa lalu tanpa disengajakan. Aku mengusiknya yang masih lagi bujang dan belum bertemu jodohnya. Katanya belum tiba masanya lagi dan menunggu bidadari turun. Haha. Memang tak masuk akal. Ada juga terdetik rasa kasihan. Yela dia dah masuk umur 33 sekarang masih lagi bujang. Dia tetap macam dulu. Dia ada meminta maaf kepadaku untuk penolakan perasaanku waktu dulu. Katanya dulu hidup dia tidak stabil. Hanya punya motosikal dan sekarang hidup dia sudah lengkap. Aku sebak ketika. Kenapa dulu dia tidak katakan yang jujur. Mungkin aku boleh menerima dan menunggu. Sepertinya tiap kata2nya banyak penyesalan. Kalau mahu kahwin pun dia ingin seperti aku. Allah. Kenapa baru hari ini semua terungkap. Kenapa baru saat ini aku rasa dia juga punya perasaan sama sepertiku waktu dulu. Ketika aku sudah menjadi isteri dan ibu.
Aku lupa siapa diri aku. Seharian aku ber’sms’ dengannya. Aku senang. Tapi aku terkilan teramat sangat. Kenapa jalan hidupku sebegini. Aku suka dan sayang padanya suatu ketika dulu bahkan hingga saat ini masih ada rasa itu. Suamiku? Dia tidak ambil tahu tentang kehidupanku bahkan dia asyik dengan handphonenya. Hingga terkadang aku berfikir andai aku diceraikan bolehkah aku bersama dengan lelaki itu. Cepat kuusir perasaan jahatku.
Besoknya aku cuba tahankan diri untuk berhubung kembali dengannya. Dia pun mungkin sedar status ku dan tak pernah pun menggangguku melainkan aku yang cuba menghubunginya dahulu. Aku cuba untuk kenalkan dia dengan kawanku. Tapi ditolak. Bukan seorang yang ditolak bahkan pada pandanganku lebih dari itu.
Hari-hari yang aku lalui sukar tanpa berhubung dengannya. Terasa kosong. Entahlah. Aku memang isteri yang derhaka. Tapi aku cuba untuk pertahankan perkahwinan ini demi anak kami. Cuma aku berharap lelaki itu bertemu jodohnya. Mungkin dengan perkahwinannya aku boleh melepaskan semua rasa sayang yang ada dalam diriku ini. Andai dapat aku putarkan kembali masaku.
– Hana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit