Assalamualaikum, hai semua! Pertamanya terima kasih sebab sudi baca cerita ni. Tajuk ni random je aku pick sebab aku tertarik dengan satu filem dari Indonesia bertajuk ‘Cinta Dalam Ikhlas’.
Pendekkan cerita aku mengenali seorang lelaki ni ditempat kerja lama aku dimana waktu tu baru lepas habis stpm. Kami satu team dan dalam beberapa bulan je aku kerja kat situ, aku berenti sebab dapat tawaran sambung belajar.
Kawan aku ni pula teruskan kerja kat situ sebab dia memang nak fokus cari duit untuk bantu keluarga.
Sepanjang dalam pengajian kami lost contact dan ada juga aku terima berita yang dia dah bertunang.
Aku? Haha, aku teruskan cita-cita aku untuk genggam segulung ijazah hingga ke garisan penamat. Alhamdulillah dengan izin dariNya aku berjaya tamatkan pengajian selama 3 tahun.
Sedang asyik scroll fb kononnya nak cari mana-mana partime aku terima satu dm dari sorang lelaki. Aku tak kenal sebab dia guna nama dengan gambar profile yang aku tak bole cam tapi dia kenal aku. Rupanya dia kawan yang aku nak ceritakan ni.
Alhamdulillah lepas berbalas balas dm rupanya dia dah berenti juga kerja setahun selepas aku berenti sebab dapat tawaran kerja gov dan sekarang berkhidmat di KL.
Lepas masing2 tahu perkembangan masing2 akhirnya dia minta no aku. Mulanya aku tak nak bagi sebab macam takde keperluan. Lagi pulak dia dah bertunang. Buat apa aku nak bagi no aku kat dia.
Akhirnya dia bagi tahu yang dia dah lama putus tunang. Maka sebab itu lah segala media sosial nya berubah dan tak guna identiti dia yang sebenar dan atas dasar kawan lama jadi aku pun bagi no aku.
Dalam pada kami berhubung semula tu ada juga dia bertanya aku, takde sape2 ke sekarang? Sebab dia tengok aku tak showoff keluar dating dengan mana2 lelaki. So tak tahu single lagi ke tak.
Haha, aku bagi tahu dia balik, buat apa nak tunjuk. Biarlah bahagia tu kita sendiri yang rasa. Tak perlu nak tunjuk satu dunia yang kita tengah bahagia.
Aku mengaku walaupun kami hanya atas dasar boleh kata rapat dan bersahabat. Biasanya term ‘sahabat’ tu tak kekal lama. Dia pun luahkan isi hati dia pada aku.
Part paling dia tak boleh menidakkan perasaan tu, dia kata perangai aku, cara aku cakap, cara aku nasihat sama macam umi dia. Dia minta izin untuk kenal hati budi. Rasa kekok juga sebab kawan sendiri kan. Takut dia main2, sebab dia yang aku kenal ni banyak main2 dari serius.
Aku akui aku selesa berkawan dengan dia. Nampak berbeza waktu mula aku kenal dia. Perjumpaan semula ni nampak perbualan kami lebih matang sikit.
Bila orang ada niat baik, aku pun terima. Aku cakap awal2 kat dia. Aku masih belum percaya dia sepenuhnya sebab aku kenal perangai dia. Lagi2 bab perempuan. Tapi waktu tu memang nampak effort dia nak arah lebih serius.
Ok patah balik dengan usaha aku untuk cari kerja lepas habis belajar, akhirnya lepas temuduga aku ditawarkan kerja yang jauh dari bidang aku belajar dulu. Aku terima kerja tu sebab why not mula belajar dari bawah kan. Dapat juga ilmu baru.
Dan alhamdulillah rezeki diterima kerja tapi gaji cukup2 makan je. Aku fikir takpelah, cuba je dulu ada peluang nanti boleh intai2 yang lain. Dia pulak support dan tak kisah kalau aku tak kerja dan tak jadi masalah untuk dia.
Aku tekankan semula yang aku tak nak bergantung dengan dia, walaupun dia bergaji tetap sekurang-kurang aku nak rasa ada duit gaji sendiri.
Hubungan yang terjalin ni pada awalnya nampak smooth, dan kami decide awal 2020 tarikh untuk bernikah. Siapa sangka hubungan ni diuji dengan tahap kesetiaan masing2.
Sampai lah covid19 melanda dan arahan perintah berkurung. Masa awal2 tu dia ada bagitahu yang kena ‘standby’ dengan arahan. Kadang2 tu nak balik mandi pun tak sempat.
Aku bagi tahu dia jangan fikirkan aku, fikirkan diri sendiri dan sentiasa doa banyak2 semoga dipermudahkan semuanya.
Lama kelamaan hati aku pulak diuji. Aku rasa ada satu benda yang tak kena. Aku tanya dia ada sorok apa2 ke dari aku. Dia kata takde, tapi aku rasa dia lain sikit dari biasa.
Disebabkan aku tak dapat jawapan tepat dari dia aku dah mula ignore dan ternyata betul dia memang tak cari aku macam biasa. Disebab kan tugas atau memang dah ada orang lain.
Awal 2020 yang sepatutnya kami bernikah, Allah gantikan dengan aku mendapat tawaran berkhidmat dalam sektor kerajaan. Aku ambil keputusan berenti kerja waktu tu dah notis sebulan sebab nak tenangkan fikirkan di kampung sementara menunggu posting.
Aku jenis yang susah nak percaya dan suka mana2 lelaki. Tapi dia dah berjaya robohkan benteng tu, dan dia juga tinggalkan luka. Lepas dapat tarikh posting aku tutup cerita aku dengan dia rapat2, dan buka buku baru.
Tiba2 aku dapat dm dari dia. “SELAMAT BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” khabar berita yang sekian lama aku tunggu, tiba2 dapat dm macam ni. Rupanya dia tahu melalui kawan kami juga. Walaupun marah aku reply juga dm tu. Dia terus minta maaf sebab lama senyapkan diri.
Dia menyesal dan minta aku terima dia semula. Tak semudah itu untuk terima semula. Aku terima juga. Tapi aku raikan ikatan tu atas dasar persahabatan macam waktu mula kami kenal dulu.
Diam tak diam walaupun cara layanan dia macam kami dalam hubungan dulu, aku tetap dengan cara aku. Sampai lah satu tahap, aku berdoa pada Allah. Dia memang jodoh, atau dia hanya ujian untuk aku. Apa yang aku nampak, mulut kata sayang tapi hati masih ragu.
Walaupun hati kecil aku mengatakan perasaan aku pada dia masih sama macam sebelum ni. Aku tak nak perjudikan perasaan aku untuk dia sedangkan tindak tanduk dia masih meragukan aku.
Sampai satu masa, aku rasa doa aku dimakbulkan tapi dengan cara aku sendiri kena cari tahu jawapan nya.
Satu masa tu dia bagi gambar adik dia dengan sorang perempuan. Dia tanya aku kenal tak siapa tu. Aku cakap kenal lah, awek kau dulu ni kan dengan nada seloroh. Dia kata kat aku macam mana adik dia bole terjumpa perempuan tu pastu keluar makan sama2.
Cara dia cerita pasal perempuan tu aku tahu hati dia kecewa teruk. Tapi sekarang perempuan tu dengan adik dia terjumpa semula. Lepas dia bagi tahu tu aku terus senyapkan diri. Dia call, wasap apa semua aku tak jawap.
Sampai satu tahap, dia cakap sampai macam ni kau buat aku. Kalau kau masih ada perasaan tolonglah balas, tolonglah angkat aku call. Aku jadi luluh hati. Terus aku tanya, apa kau nak sebenarnya? Apa kau cari sebenarnya? Jawapan kau cari dah ada depan mata kenapa kau cari aku lagi?
Dia pun jawap, kenapa kau senyapkan diri? Kau dah jumpa jodoh kau ke? Aku tak jawap pun pertanyaan dia. Terus aku bagi tahu dia.
Sebenarnya sepanjang aku dengan kau, aku dah nampak cara kau, kau macam mencari sesuatu yang sesuai dengan jiwa kau. Kita gelak sama2, kita kata kita bahagia tapi itu bukan untuk aku. Kau sedar tak yang jodoh kau dah sampai? Apa yang kau tunggu lagi.
Dia pun jawap kenapa kau macam nak tinggalkan aku? Kau dah nak kawin ke? Macam mana kau yakin yang dia tu jodoh aku? Aku tak jawap persoalan tu. Kalau jiwa dah sebati tak mudah untuk dileraikan. Tapi kalau sakit kita tetap kena buang juga.
Aku rawat sendiri luka hati aku, aku sibukkan diri aku dengan macam2 aktiviti sampai tak teringatkan pasal dia. Dan aku perasan yang dia dah tak call dan wasap aku lagi.
Tiba2 satu malam aku mimpi dia berbaju melayu hijau duduk berdepan dengan beberapa dulang hantaran. Esoknya, kawan aku bagi tahu dia dah bertunang. Dengan siapa tu kawan aku tak bagi tahu dia suruh aku tengok sendiri kat fb
Aku kuatkan diri aku tengok profile fb dia dan ya. Dia sudah bertunang pakai baju warna sama macam dalam mimpi aku. Terus aku tekan button unfollow semua media sosial dia.
Hinggalah part last, aku delete no fon dia. Jadi memang inilah jawapan yang Allah nak bagi tahu pada aku. Segala doa aku Allah dah jawab.
Sekarang aku dah tak dibayangi dia lagi, hati aku masih luka. Rasa sakit dan pedih tu aku gantikan dengan doa supaya aku tak dapat apa2 bentuk mimpi berkaitan dia lagi. Soalnya lepas tahu berita pertunangan tu boleh kata dalam sekali dua aku masih mimpikan dia.
Dalam dunia realitinya aku dah maafkan dia, aturan Allah pertemukan mereka semula tu cantik perjalanannya dan Ya dia akan jadi suami tak lama lagi atau sudah jadi suami.
Doaku semoga dia jadi suami yang terbaik untuk isterinya dan pimpin keluarganya menuju syurga. Takdir itu pedih untuk diterima. Tapi itu jawapan orang yang putus asa.
Hikmah disebaliknya, dulunya aku liat sangat nak bertahajud alhamdulillah sekarang dengan izinNya aku dah boleh bangun untuk tahajud. Menangis dan mengadu dengan Allah.
Dulu nya liat nak baca Al-Quran sekarang dah rajin membaca dan dalam proses memahami isi kandungan terjemahannya.
Rasa sangat kasih sayang Allah pada kita cuma kita yang derhaka dengan Dia, selalu marah dan merungut bila tak dapat apa yang diminta, tercari2 apa yang orang lain ada tapi kita takde. “Cinta Dalam Ikhlas” semoga cinta ni diletakkan pda yang sepatutnya.
Kepada pembaca yang gigih baca sampai habis, doakan aku tetap istiqamah dengan jalan ini ya. Semoga diberikan ganti yang lebih baik. Dari Allah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.
Untuk yang pernah rasa kecewa, luka dan pedih malah lebih teruk lagi pengalaman dari aku, ayuh kita kembali semula pada Allah. Jangan rugikan diri buat perkara yang tak berfaedah.
Kalau belum ada kekuatan nak bangn tahajud, mulakan dengan esok pagi dan niat untuk tahajud. Percayalah perasaan tenang tu susah nak digambarkan. Masalah tetap datang tapi kita boleh hadapi dengan tenang. Cuba ya.
Andai kata penulisan ni ada perkataan yang tak sopan dan menyinggung perasaan mohon maaf setulusnya kerana ini baru kali pertama menulis kat platform ni.
Akhir kata dunia ini adalah tempat masalah. Jangan cari masalah, jangan buat masalah, jangan lari dari masalah tapi hadapi masalah dengan tenang. In sya Allah. Terima kasih
Yang benar,
– Merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit