Cinta dan Perkahwinan, Keperluan atau Kehendak?

Assalamualaikum wbt warga IIUM Confession,

Korang yang baca tajuk ni mesti tertanya-tanya kenapa aku pertikaikan benda ni kan? Meh aku cerita…

Untuk ringkasan, aku berumur 31 tahun pada tahun ni, aku ada ‘tunang’ yang tua 3 tahun dari aku.

Aku bekerja sebagai Admin Exec di salah sebuah syarikat swasta yang agak besar di Selangor.

‘Tunang’ aku bekerja di salah sebuah Butik Baju terkenal di Kuala Lumpur. Aku kenal ‘tunang’ aku baru lagi, bulan ni baru nak masuk 4 bulan perkenalan.

Yep, 4 bulan, You read it right. Kenapa aku gelar dia ‘TUNANG” quote unquote?

Sebab nya baru sebulan kenal dia dah bagi aku cincin yang dia beli untuk investment sebagai tanda nak ikat aku.

Jadi dia anggap kami ni UNOFFICIALLY ENGANGED sebab masing – masing belum jumpa family each other.

Dan memang dia cakap dengan kawan-kawan dia yang aku ni tunang dia (walaupun aku belum pernah jumpa kawan dia lagi as of today)

Okay long story short, aku dalam dilema sebab sepanjang aku kenal dia aku banyak keluar duit, dari pergi makan, movie dan jugak minyak kereta.

Tunang aku ni tak ada kereta, hanya ada moto yang hampir habis bayar pada tahun ni je. Aku?

Alhamdulillah, aku dah ada rumah, kereta dan simpanan yang mencukupi untuk ke fasa perkahwinan. Dia? Hmmm di sini lah bermula nya persoalan aku.

Pada umur 34 tahun, tunang aku ni langsung tak ada savings, tak ada apa-apa ‘harta’, bila aku tanya mana pergi duit dia semua, jawapan dia ‘I pun tak tahu, tak track pulak’.

Duit dia banyak berhabis untuk hobi cycling dia, tapi hobi ni baru je katanya dalam 2 tahun lepas baru bermula.

Dah tu mana pergi duit dia dari awal dia start kerja? TAK TAHU. Itu je jawapan dia bole bagi aku.

For the record, tunang aku ni ank bongsu dari 11 orang adik beradik, tak ada apa-apa komitmen melainkan moto (bukan superbike, moto biasa je).

Duduk sewa bilik dalam RM400 lebih, gaji dekat RM4k sebulan. Tapi duit berhabis beli baju, jam, perfumes dan barang2 basikal dan rim moto dia yang entah berapa banyak tu.

For the record jugak tunang aku ni hampir berkahwin dengan ex dia yang sebelum ni (3 years ago).

Ex dia tu tua 7, 8 tahun dari dia, diorang ni siap dah pergi kursus kawin, tapi bila aku tnya kenapa tak jadi kawin?

Jawapan dia ialah ‘ I TAK READY, FINANCIALY UNSTABLE, so I left la since dia nak kawin sangat dah’, and few months after they broke up, ex dia dah kawin dengan orang lain.

Well, aku tak salah kan ex tu la memandangkan ex dia tu pun dah nak masuk late 30s kan. And dorang pun dah bercinta dekat 3 tahun, tapi still tak ready. Itu yang aku betul betul tak faham.

Bila aku tanya dia, dengan aku ni dah ready ke atau masih TAK TAHU, jawapan dia ialah dia tak nak buang masa cari lagi dan nak kahwin dengan aku, dan mintak aku bagi dia masa 3 tahun.

YEP, 3 TAHUN! Aku ajak nikah je dulu, bagi halal or boleh combine reception kami je, means guna duit aku dulu dia bayar kemudian and dia setuju, tapi takat mulut je la. Lepas tu dia diam balik.

Aku tak tahu la dia diam tu dia fikir jalan keluar ke atau dia terperap dalam ‘bilik’ yang sama.

Aku risau dan takut kalau aku pilih ‘tunang’ aku ni sebagai suami aku,

Berkemungkinan besar aku akan tanggung dia dan anak-anak kami nanti sampai bila-bila, tambah-tambah lagi bila lately banyak aku baca confessor kat sini yang tanggung ‘biawak hidup’.

Aku bukan nak berkira, tapi aku ni asal orang susah, aku tanggung kakak abang aku yang belajar tak tinggi (aku anak bongsu dari 10 orang adik beradik) and kerja gaji tak besar mana,

Jadi bila mana aku kena tanggung dia jugak aku jadi dilema (fyi, gaji aku lebih besar dari ‘tunang’ aku ni).

Kadang tu kan aku macam terkilan pun ada, bila kami pergi dinner date ke wayang ke ape, jarang sangat- sangat dia nak offer bayarkan ke apa, dia macam dah expect aku akan bayar, dan aku?

Tak kan nak suruh or paksa dia bayar kalau dia buat dunno. Pernah jugak dia tertinggal dompet, account dia problem la tak leh withdraw duit la and terpaksa pinjam duit aku.

Mula-mula tu aku ikhlas tapi lama-lama aku rasa macam dipergunakan, aku tahu dia sayangkan aku, tapi perkahwinan ni ‘takes two to tango’. And now roles kami macam tertukar.

Patut ke aku undur diri? Sebab aku dah slow talk dengan dia bab ni, dan dia mintak aku bagi dia at least 1 year untuk kami kahwin,

Aku boleh tunggu, sebab aku pun tak rush cuma aku takut pisang berbuah dua kali, mau nya aku tunggu bertahun tup tup tahun ke 2 or 3 dia kata ‘ I TAK READY FINANCIALLY’ lagi, naya la aku.

Dulu pun aku tunggu ex aku bertahun jugak, last last dicurangi, ni aku tak nak la buang masa lagi. Im not getting younger to flirts around and nak cari yang sekufu dan yang click dengan kita pun bukan nya senang.

Sebelum aku kenal ‘tunang’ aku ni pun aku kenal 6, 7 lelaki dalam masa 3 tahun (aku single 3 tahun from my previous relationship),

Semua lelaki yang aku kenal ni aku ‘bercinta’ dua tiga bulan sebab semua macam ‘TnG” saje nak try market (semua aku kenal kat dating apps, ‘tunang’ aku ni pun kenal dar FB Dating).

Jadi aku sangat stress sebab aku dah fed up nak kenal orang baru over ang over again.

Konklusinya, perlu ke aku stay dengan ‘tunang’ aku ni dan beri dia setahun atau just let him go?

Mintak jasa baik semua bagi pendapat yang jelas.

Sekian…

– Cik Mangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *