Cinta Diri Sejati

Assalamualaikum. Salam sejahtera aku ucapkan. Aku perkenalkan diri sepatah dua kata sebelum memulakan luahan hati aku.

Aku Q, umur 30-an, seorang ibu dan bekerja. Suami aku P, 30an juga, tak bekerja.

Luahan hari ini sekadar berkongsi rasa hati aku yang selama ini aku rasa. Luahan ni sekadar perkongsian sikit kisah hidup aku.

Aku seorang pesakit bipolar disorder. Di mana aku disahkan oleh psikiatrik sendiri.

Aku disuruh makan ubat oleh pakar dan memang aku akui dulu aku hidup bergantung ubatan untuk stabilkan mood aku dan untuk ‘supress’ watak kedua dalam badan aku.

Sedikit aku kongsi mengenai penyakit ini kerana aku alami, yang tidak alami mungkinla akan mengata, judge pesakit2 ini mengada.

Tapi sini aku nak bagitahu ini adalah penyakit, tiada siapa mahu tapi itu ujian buat setengah individu. Jangan kita menilai orang saja buat-buat atau mengada sebab ia wujud.

Individu kedua dalam badan aku. Sifat dia agresif atau dominant dimana dia suka menguasai badan kita tanpa kita sedar (biasanya berbentuk bisikan jahat). Aku dulu terikut dia.

Ya aku pernah telan pil, aku nak bunuh diri, sebab dibisikan aku tak tahan dengan ujian2 hidup aku. Ujian aku banyak walau umur aku orang tua kata baru setahun jagung.

Aku pernah bercerai berai, anak2 aku tidak diberi nafkah, tidak pernah ditanya hidup atau mati,

Aku bekerja di bidang yang sangat sibuk, menanggung bebanan hutang bekas suami, hutang abang dia yang banyak, membuat aku hampir putus asa dalam hidup.

kahwin kali kedua juga ada ujian.kalau aku nak cerita terlalu banyak dugaan yang buatkan aku nak tamatkan hidup aku secepat mungkin untuk menghilang dari muka bumi.

Bisikan bisikan itu makin hari makin kuat. Dan ada yang aku ikut termasuk aku telan pil tidur yang cukup2 kuat sampai berpuluh biji, aku koma beberapa hari.

Aku tidur macam sleeping beauty. Nafas aku cuma berapa kali saja dalam satu minit masa tu dan hampir diintubate (pasang tiub pernafasan).

Tapi aku tak mati, sebab Allah masih bagi peluang untuk aku ubah hidup aku. Lepas aku bangun aku semakin sedar yang bisikan2 itu iblis yang mengarut, nak membawa aku ke kesesatan.

Aku lawan dan setiap hari aku lawan. Tau apa aku buat masa tu?

Ya aku dekatkan diri dengan DIA, pencipta aku. Aku yakin Allah yang memberi rasa hati aku untuk lawan dugaan-dugaan hidup. Dia wujud dalam hati aku memberi aku kekuatan.

Masa tu aku tiada kawan, parent untuk mengadu (aku memang jenis takcerita masalah rumahtangga pada orang) kecuali beberapa orang sahaja tapi percayalah cakap aku,

Kadang nasihat-nasihat manusia lain kadang lebih membawa kita ke penyelesaian yang kita tak mahu.

Kadang yang kita mahu hanya telinga untuk mendengar tetapi bukan semua memahami dan dapat jadi pendengar yang baik. Jangan salah bercerita.

Masa itulah aku jumpa cinta sejati aku. Pengaduan aku, keluh kesah tangisan aku hanya pada DIA.

Bukan jugak aku duduk atas tikar sembahyang atau beribadah tanpa henti, sebab masa tu aku memang nak bangun pun tak mampu.

Aku terlalu putus asa. Solat pun aku tak boleh apatah lagi mengaji. Aku cuma mengadu dalam hati.

Masa tu aku nak pergi kerja pun tak mampu.Aku hampir kena buang kerja.

Setengah kawan kerja paham, setengah memandang kita jengkel kerana menyusahkan mereka dengan kerap mc, tapi memang aku tak mampu. Aku biarkan saja mulut2 yang berbicara.

Kadang dokter saja pun taksemua paham penyakit bipolar ni lagi nak suruh masyarakat biasa faham lagi takla kan. Jadi aku biarkan saja.

Susah sebenarnya aku nak cerita tentang penyakit ni. Ada masa aku akan down berbulan2 tak dapat bangun. Mc bertahun.

Tapi bila aku fasa up, memang aku terlebih energy, aku boleh bekerja 3 hari tanpa tidur tanpa makan ibarat orang ambil ice, aku akan cuci segala mak nenek celah2 daki perabut tempat kerja semua tempat aku boleh jadi macam cleaner pulak.

Jadi itu juga antara sebab kenapa aku tak dibuang kerja sebab masa aku sihat balik aku bekerja dengan bersungguh sungguh.

Aku bukanlah seorang yang suka menyusahkan orang lain, sebab tu bila datang relaps aku resah. Relaps tu fasa aku jadi down tu lah.

Sekarang dah hampir 10 tahun aku bekerja dalam keadaan relaps sembuh relaps sembuh tu. Alhamdulillah aku bersyukur. Aku dah takdak relaps sejak beberapa tahun dah sekarang sejak aku kenal diri aku.

Kalau aku relaps sekarang pun aku dah dapat terima. Aku rest, bertenang, makan ubat, dia cepat hilang.

Alhamdulilah, bila aku kenal diri aku sikit2 dan watak dalam diri aku, penyakit aku, baru aku dapat bangun dan aku lawan semua bisikan tu.

Memang kena lawan, takda cara lain. Tak boleh dalam fasa down tu lama lama. Tolonglah siapa yang ada penyakit macam aku jumpa pakar, cari yang boleh bantu. Jangan tenggelam.

Aku memang makan ubat, disamping aku usaha perubatan islam, ubat moden, meditation semua aku buat untuk overcome semua bisikan tu.

Jangan dah buat perkara bodoh macam aku nak bunuh diri semua tu. Tu stupid, makin menyusah orang lain. Fikir anak2, tengok muka anak muka pasangan renung dalam dalam apa yang kita akan hilang.

Aku pernah sakit dulu dan aku lawan, aku harap yang tengah down dalam hidup jugak akan kuat untuk hadapi ujian2 DIA, inshaaAllah DIA ada dalam hati kita, mengadu pada dia.

Aku sekarang banyak dengar lagu2 semua aku akan teringat diri kita yang didalam, diri sejati kita yang sentiasa ada dengan kita menguatkan kita secara.

Antara lagu aku suka sejati, faizal tahir nyanyi tu. Diri sejati kita, sayanglah diri. Aku dah takmau down lagi. Aku sekarang sayang diri aku dan aku nak semua pun macam tu.

Ujian dari Nya memang takkan habis sampai mati pun, Kalau kita terus berkeluh kesah, merungut di facebook, di IIUM Confession sendiri pun takkan selesai. Jadi kena bangun lawan sendiri. Sakit, bangun cari ubat.

Aku doakan semua termasuk diri aku tabah dengan semua ujian2. Ujian tu buruk atau baik semua dariNYA.

Kadang kita memandang buruk tapi ada hikmahnya. Kenali dirimu maka kenal DIA disebalik semua perkara.

Wallahuaalam. Terima kasih pembaca

– Q (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *