Aku pernah sayang dan cinta pada seorang lelaki ini. Ya, dia baik dan agama dia sangat kukuh. Iman dia sangat kuat.
Aku suka dia kerana agama yang ada padanya.
Sungguh aku terlalu sayangkan dia sampaikan setiap kali solat pasti ada terselit nama dia dalam doa aku.
Lama aku tunggu dia. Lama aku menaruh hati. Aku hanya pandang dari jauh saja sebab aku tahu aku tak mampu untuk dekati dia.
Si dia sangat tinggi akhlaknya jika nak banding dengan aku yang punya latar belakang yang hitam dalam hidup.
Sampai satu hari aku mula untuk berpijak di bumi yang nyata. Aku berjanji pada diri untuk membuang segala perasaan aku pada dia.
Aku pesan pada hati untuk melepaskan dia dalam jagaan Allah.
Aku yakin andai dia untuk aku, pasti Allah akan satukan kami. Tapi andai dia bukan untuk aku, pasti ada yang lebih baik.
Aku reda dan aku lepaskan dia. Aku lihat hidupnya sekarang bahagia dan stabil.
Apa pun aku akan tetap mendoakan dia bahagia dunia akhirat. Agar segala yang dia impikan akan tercapai.
Mungkin bahagianya dia adalah tanpa hadirnya aku dalam hidup dia.
Untuk itu, aku mula belajar untuk reda. Belajar untuk menerima setiap yang kita inginkan tak selalunya aku dapat.
Ya, aku pernah menjadi pencinta setia dalam dia selama hampir 4 tahun, tapi hari ini aku sudah mampu tersenyum dan reda melepaskan setiap inci perasaan aku pada dia.
Aku tahu dia adalah ujian hati buatku dari Allah yang masih baru dalam mengenal kehidupan berlandaskan agama yang sebenar.
Selamat tinggal dan selamat jalan, si dia yang pernah aku sanjungi!
– Penunggu setia satu ketika dulu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit