Cinta Hati Dibawa Mati II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-hati-dibawa-mati/).

Assalamualaikum semua. Saya Siti. Sitikus. Alhamdulillah rasanya hebat saya dikecam. Tidak mengapa, saya maafkan. 37 tahun saya hidup, hanya kerana sekeping warkah, saya dikecam sebegitu rupa.

Tapi Alhamdulillah kerana kecaman itu lah yang saya perlukan untuk dijadikan kekuatan saya membuka lembaran baru di tahun baru tidak lama lagi. In shaa Allah saya kuat. Terima kasih juga kepada yang memberi kata kata semangat dan doa kalian.

Cinta Muhd kerana Allah. Kalau ditafsirkan, cinta itu kepada Allah bukan Muhd. Ketika Muhd memberi kesakitan, hanya Allah tempat saya mengadu, menjadikan saya dekat pada Allah.

Saya hilang cinta dunia, tapi saya dapat cinta Illahi. Tapi tiap kali saya berdoa, Muhd lah yang saya ingat sebab kerana dia lah saya jumpa “cinta yang hakiki”. Tapi sebagai manusia biasa yang alpa, lalai dengan dunia, saya hilang konsisten.

Muhd muncul bertanya khabar ketika saya hampir menuntut fasakh 7 tahun dulu. Walau saya tahu saya tidak sepatutnya bercerita kepadanya masalah saya, tapi ketika itu saya terlalu buntu.

Dan dialah yang mengingatkan saya akan segala dugaan yang telah saya lalui untuk sampai dimana saya berada.

Mungkin jika Muhd tidak muncul atau saya tidak membuka ruang itu untuk diingatkan, rumahtangga saya hanya bertahan 3 tahun lamanya kerana setelah terlafaznya akad, saya tutup segala sudut kerana ingin suami menjadi satu satunya susah dan senang saya..

Jadi janganlah kecam Muhd sangat. Dia juga menjadi sebab rumahtangga saya masih kekal hingga ke hari ni. Dan juga kerana saya yang salah kerana mengambil kesempatan atas ruang yang dibuka.

Muhd tak mencari saya. Dia hanya bertanya khabar dan selainnya saya yang sering mencarinya.

Beribu kali saya cuba ‘lari’ darinya tapi ketika saya sedih, takut, buntu, marah, kecewa dan perasaan yang sewaktu dengannya, saya mencari dia. Sebab saya mencari dia? Sebab hanya dia yang saya ada.

Saya memang tidak mahu berkawan sebab tidak mahu hidup sosial mengganggu rumahtangga saya dan ketika saya ada masalah yang saya pendam seorang diri bertahun lamanya, pon menjadi masalah yang lain juga.

Saya tahu sebab itu saya cuba bermacam cara untuk keluar dari semua ini. Saya harus kuat menjadikan hanya Allah tempat saya mengadu, seperti sewaktu saya kehilangan Muhd. Jadi yang salahnya saya, kecam lah saya bukan dia.

Untuk suamiku Zaid Saifullah, saya tahu awak juga pembaca setia IIUM Confession. Ada netizen yang cadangkan awak ceraikan saya..

Tapi sebelum awak ceraikan saya, berilah ruang untuk kita berkomunikasi. Berilah ruang saya meluahkan segala yang saya pendamkan. Janganlah meluat ketika saya ingin bermanja.

Walau saya isteri, saya masih ada perasaan insecure bila sindiran dalam jenaka yang harus saya telan setiap kali. Saya akur awak seorang suami dan ayah yang baik, jauh lebih baik 7 tahun kebelakang berbanding 3 tahun pertama..

Gaduh gaduh kecil itu lumrah kehidupan tapi secara am nya, awak memang seorang suami yang baik. Sememangnya tidak dapat saya nafikan saya sangat beruntung. Tapi kuatkanlah diri untuk menjadi ketua keluarga yang mendidik kami ke jalan Allah.

Saya tahu tidak mudah kerana sudah bertahun tahun saya cuba jadi baik, khususnya sepuluh tahun perkahwinan kita, cuba jaga hubungan dengan Allah kerana dengan menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga sedia terjaga.

Tapi saya yakin, ianya tidak mustahil. Seperti hari ini, setelah begitu lama saya mencari jawapan, kecaman itu lah yang akan menjadi kekuatan saya bangkit dari semua ini, In Shaa Allah.

Untuk Muhd, terima kasih kerana menjadi teman setia mendengar dan menasihati juga mengingatkan saya atas kekuatan doa. Sudah 12 tahun awak menjaga saya, tak termasuk 3 tahun yang awak hilang huhu..

Izinkan saya untuk berdiri atas kaki sendiri. Saya tahu awak dah biarkan saya layarkan bahtera saya selama 3 tahun tapi saya hampir gagal.

Tapi in shaa Allah sekarang saya lebih bersedia, lebih sabar, dan semoga lebih redha.

Anak anak juga kekuatan saya kan? In shaa Allah saya kuat. Jika memang takdir perkahwinan saya sampai disitu saja, saya redha. Allah kan ada. Saya dah yakin tidak ada apa yang kebetulan di dunia ini.

Semuanya Allah dah aturkan. Untuk kita jatuh dan bangun menjalani ujian Allah dimuka bumi ini. Syurga itu indah sudah tentunya tidak akan mudah untuk mendapatkannya.

Untuk netizen, jangan risau, in shaa Allah saya tidak akan kembali kepada Muhd. Jika saya bercerai sekalipun saya tidak akan kembali kepada Muhd. Dia lebih manis ketika kami berkawan jadi kenapa saya perlu pilih sakit hanya untuk kembali bercinta lagi.

Dia juga, saya pasti tidak akan kembali kepada saya kerana dia hanya sayangkan saya, mungkin sebagai adik, bukan cinta, kecuali benar itu takdir yang kami harus terima. Penunggang agama, pendosa dan isteri yang nusyuz ini tidak layak dijadikan isteri untuk sesiapa.

Saya hanya manusia yang lalai yang cuba menjadi isteri, ibu dan anak yang baik dengan pengakhiran yang baik sebab saya tak cukup baik. Selama ini saya rasakan mungkin Muhd dipilih Allah untuk membimbing saya dari jauh.

Seperti surah Insyirah, di setiap kesusahan ada kesenangan. Tapi kerana saya tahu bimbingan, ilmu dan peringatan yang saya cari itu dari sumber yang salah, acap kali saya cuba mengakhirinya.

Tapi alhamdulillah, walau terlambat, in shaa Allah saya cuba lagi. Semoga tahun baru ini menjadi sinar harapan yang baru.

Mohon maaf jika saya tidak menyedari telah menjadi penunggang agama. Demi Allah, bukan itu niatku. Doakan saya menjadi manusia yang berguna.

– Siti Hawa Mohsin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *