Cinta Hujung Usia

Hi. Aku sebenarnya buntu. Dah 2 minggu macam blur saja disebabkan peristiwa yang berlaku pada kami sekarang. Aku karang untuk dapatkan pandangan korang.

Oke, here it goes…

Mak mertua aku, aku gelarkan Ma Muda, sekarang tengah mabuk cinta scammer.

Setakat hari ni, yang aku tahu dah 70K dihabiskan ke BF dia tu. Duit graduiti yang dia dapat lesap dalam masa sebulan. Kami adik beradik dan ipar duai pun tahu dalam 2 minggu lepas.

Ma Muda ni…. dari bacaan tilikan aku, aku tahu dia sunyi. Ma Muda ni janda baru kematian suami di hujung 50 an. Perkahwinan Ma Muda dan suami memang dah lama hilang spark.

Sebab suaminya Ma Muda dulu pernah berkahwin lain dan betul2 abaikan tanggungjawab terhadap Ma Muda dan adik beradik suami aku.

Masa diorang kecik saja la. Jadi, yang aku nampak, peristiwa tu teramat beri kesan terhadap kehidupan diorang. Ma Muda pun dari awal aku kenal suami, memang tidur bilik asing dari suaminya.

Kalau bab makan pun, memang Ma Muda kurang bersungguh sikit. Tak masak beria-ia sangat, banyak beli, masak bila lapar.

Bab rumah pun tak de lah berusaha nak kemas. Rasa rajin, kemas. Tak rajin, lantaklah. Tapi biasanya jarang lah nak rajin tu.

Paham-paham jela keadaannya ye. Dengan suami pun jarang bersembang tapi bukan bermakna bergaduh, akaun suku-suku. Jadi macam kemesraan tu tak ada, hilang entah ke mana.

Mungkin itulah yang menyebabkan Ma Mentua teramat senang jatuh cinta dengan scammer.

Ya Allah, sumpah bila aku dapat tahu Ma Muda mula ber”messenger” dengan pilot, aku macam… what??? Pilot memang sinonim dengan scammer. Sekali tengok gambar, sahih! Too good to be true.

Ma Muda ni BF kerap bersilih ganti, so for awhile memang kami macam lost track kejap. Nasihat? Ye, dah berbuih nasihat. Kami adik beradik ipar duai memang bersatu hati bab ni. Tak larat nak bagitahu dah yg BF dia tu scammer.

Baru-baru ni…. bila Ma Muda kata kawan dia nak pinjam duit sebab tak ada duit nak makan, di situlah segalanya terbongkar. Rupanya dah ber K K K Ma Muda dah sedekah. Allahu… tak tercapai dek akal.

Sempat Ma Muda buat kerja sedangkan Ma Muda tak pandai bawa kereta dan motor, tak pandai online banking. Rupanya Ma Muda pernah menyelinap keluar wey ajak kawan dia pergi bank. Masa tu puluh ribu dah hilang.

Kejadian seterusnya bila Ma Muda tiba-tiba nak pulak duit khairiat kematian. Kami pelik sebab duit khairiat tu, arwah suami Ma Muda sudah namakan kami sebagai penerima.

20K habis kami bahagi seramai 4 orang. Kami tak beri pada Ma Muda atas persetujuan bersama.

Tambah pulak Ma Muda ada teruma duit khairiat kematian yang lain. Jadi sepatutnya no issue kan? Lepas 3 bulan, baru dia minta.

Rupanya, duit dia dah habis licin. 70K lesap begitu sahaja.

Oke, sebelum korang judge, aku nak bagitahu siap2 yang semua adik beradik kami pernah nasihatkan Ma Muda hingga kadang tu bermasam muka.

Adik beradik Ma Muda pun dah mula masuk campur lepas kami bagitahu tu sebab dah tak tahu nak buat macam mana.

Aku pernah la google pasal isu scammer ni. Aku tahu yang memang 70K tak akan dapat semula. Cuma aku buntu macam mana nak sedarkan Ma Muda dari laminan asmara tu.

Sampai hari ni aku rasa Ma Muda duk terbuai-buai gitulah. Mengadap hp macam orang muda. Aku ni berbulu mata wey. Korang ada idea tak?

Aku nak tegur lebih2, aku ni dah la menantu bukan pilihan. Kang dibambunya aku, aku takut aku pi tinggi suara pulak.

Tolonglah aku. Doakan Ma Muda.

Terima kasih in advance.

– Kak Intan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *