Cinta Ini Satu Ujian II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cinta-ini-satu-ujian/).

Assalamualaikum.. Hai warganet, terima kasih yang baca dan sudi bagi kata-kata komentar dan guna bahasa baik-baik. I appreciate a lot.

Setiap komen dan nasihat aku nilai dengan baik. Ada yang bagi kata-kata yang agak kasar dan sinis, I am trying not to judge and I forgive all of you.

But, I just wanna to say that don’t blame all the mistakes to him, because I lead it too. Bukan nak mempertahankan atas sebab buta kerana cinta. Nope. Totally NO.

Pertama, maybe ada some part of story yang missing that you guys misleading.

Second, maybe you pernah berada dalam situasi tu, and cenderung guna kata-kata yang make you feel better.

Dalam erti kata lain, you pernah lalui perkara yang sama, dan you nak lepaskan geram atas perbuatan dia yang mungkin sama dengan apa yang you pernah lalui sebelum ni. So, it’s okay, I validate your feelings.

Third, maybe you kritik macam tu sbb you tak pernah berada dalam my shoes. You tak diuji dengan apa yang I hadapi.

Sebab saiz kasut ujian kita tak sama walaupun rupanya hampir sama.

Pengalaman dan definisi kita tentang kehidupan pun berbeza. I tak kenal u guys dari sisi dekat, so I don’t deserve untuk keluarkan perkataan yang judge you.

Dan I doakan u guys yang kecam semberono tu TAK diuji dengan ujian yang I pernah rasa. I really mean it. Aku jarang doakan yang tak baik untuk orang, kalau aku doakan means betul-betul hati aku sakit.

Disclaimer: Panggilan bahasa memang berubah-ubah ikut cuaca hati dan perasaan aku ketika menulis ye. Kejap guna aku, kejap saya, kejap I You. Kalau guna I You tu maksudnya aku tengah usaha untuk keluarkan words yang paling sopan di kala aku tengah marah.

Disebabkan aku pernah diuji sebelum ni, dengan ujian yang sama sampai aku depressed berbulan-bulan lamanya, aku traumatized a lot untuk kenal mana-mana lelaki yang berpenampilan ‘agama’.

Aku mengelak cinta. Cinta tu bagi aku ibarat pisau yang tajam. Jika terlalai atau tersalah guna, ia hanya mendatangkan luka yang dalam.

Sejak peristiwa aku depressed, aku memang menjauhkan diri dengan lelaki sebegini, sebab aku tak nak pisang berbuah dua kali. I refuse to lost myself again. Aku kecilkan circle aku, memang aku kawan dengan perempuan-perempuan sahaja.

Tapi betullah orang cakap, Allah akan uji dengan benda yang kita takut atau benda yang paling kita sayang kan?

Yang cakap aku perempuan, jangan jadi murah sangat.

Aku tak sentap, cuma nak bagitahu, kalaulah kalian tahu bagaimana aku usaha sungguh-sungguh jaga ikhtilat, aku jaga hati aku dari perbuatan melanggar syariat, mesti you takkan mampu menahan rasa bersalah dalam hati sebab keluarkan kata-kata macam tu.

FYI, Aku tak pernah keluar dengan lelaki berdua-duaan tanpa tujuan yang jelas. Aku memang strict about it. Lagi-lagi aku bukan jenis reti nak sembang dengan lelaki, even penampilan alim macamana sekalipun.

Aku jenis sangat berhati-hati. Sebab aku tahu lelaki fitrahnya bagaimana. Kawan sekerja yang dah kahwin pun, aku cuba short kan masa untuk berurusan. Inikan pula yang bujang. Lagilah aku main lari-lari dan hati-hati.

Bukan nak kata aku ni acah-acah terpaling suci, tapi seiring dengan ilmu dan usia, aku cuba jaga benda-benda gini. Sebab kadang yang jadi punca lelaki gagal nak tundukkan pandangan, sebab kita kaum hawa ni gemar menayang kecantikan.

Aku pukul rata termasuklah geng yang jenis bertudung labuh sekalipun, fitrah wanita memang suka berfoto dan menampakkan kecantikan mereka, walaupun hanya sekadar mata (bagi wanita yang berpurdah).

Gambar-gambar di IG aku memang aku privatekan dari lelaki (sebab aku tahu lelaki suka cuci mata), aku tak suka kalau lelaki likes gambar aku, automatik aku rasa nak delete gambar-gambar tu semua.

Tapi sayanglah, sebab kadang kita upload untuk kenangan kita dan kawan-kawan. Jadi, aku simpanlah semua tu dekat IG yang hanya ada geng hawa je. At least ada lah kenangan kalau phone aku buat hal. Memory full ke apa kan.

Then, dekat IG aku, aku buat diary untuk upgrade self-value aku, timba macam-macam ilmu dan kemahiran diri, ilmu psikologi, cara komunikasi lelaki dan wanita, ilmu agama, memasak dll.

Aku akan buka hanya sebentar untuk tujuan taaruf. Sekadar untuk dia kenal life aku secara roughly. Itupun sebentar, dan aku akan on kan semula setting privacy.

Aku memang betul-betul nak cari jodoh, sbb usia aku dah nak masuk 3 series, aku dah penat nak solat sorang-sorang. Haha. At least kalau berdua, dapat la khusyuk lebih. Ada imam tolong bacakan bacaan.

Kalau ikutkan aku dah malas dah nak buka hati dan nak kenal orang lebih-lebih. Aku pun dah penat nak login logout baituljannah tu, letih.

Kalau boleh, taaruf, tunang pastu bercinta lepas kahwin. Tak nak dah kenal hati perasaan lama-lama. Buang masa, buang tenaga, buang air mata.

Aku ni dulu bukan jenis materialistik. Siapa yang ngorat pakai kereta mewah memang aku pandang takde mata.

Tapi kalini, aku nak jadi materialistik jugak, tak kira. At least, kalau kena tinggal, ada pampasan. Pampasan atas kecurian. Hati dah la kena curi! Lepas tu tak nak bagi balik. Hei kena tinggal pun makan modal tau. Nak pi healing lagi, semua pakai fulus maa

Memang aku fokus nak attract high value man untuk dijadikan suami. Tak kaya pun takpe, janji ada effort dan sense of responsibility (ini dulu la, sekarang aku dah bijak banyak, aku nak yang poket tebal lagi dermawan.. haha)

Aku nak jadi fulltime PA husband dan travel all the world. Tu je permintaan aku. Setakat ini la. Haha.

Sebab dah penat jadi perempuan yang independent, tak reti demand dan menerima apa adanya ni. Lemahhh. Tiberrr. Jangan trigger pulak eh yang kat luar sana. I speak about myself.

Dan target aku memang nak kahwin hujung tahun lepas. Aku memang sungguh-sungguh mencari, dah jumpa sebijik yang aku nak tapi dah takdir tak mengizinkan berlaku.. redha je lah

Ada halangan aku dengan dia, sampai akhirnya dia buat keputusan untuk teruskan perkahwinan asal. Time tu ada miscommunication aku dengan dia, jadi dia undang kad perkahwinan melalui group Whatsapp.

Oh ye, kami dulu belajar di tempat yang sama. Cuma, bertemu semula lepas 5 tahun.

(Yang ni kalau cerita, nanti kena ada part 3 pulak, malaih aku nak tulis panjang-panjang.. lolz.. jadi long short story anggap je la tak ada jodoh aku dengan dia, sorry kalau ada yang tak faham cerita keseluruhan, termasuklah yang anggap aku perasan, atau syok sendiri)

NO, aku bukan syok sendiri atau perasan. I can differ it between syok sendiri atau memang lelaki tu pun ada simpan perasaan sama. I learn from the past experience. Cuma mungkin jalan penceritaan yang tak lengkap, buat pembaca keliru kot.

Ok sambung, cuma silapnya aku di sini adalah aku dah terbuka ruang hati dan perasaan. Tanpa sengaja. Walaupun pada dasarnya, aku memang tak letak harapan tinggi.

Yes, I agree yang dia shouldn’t open ruang untuk perempuan lain, di fasa dia tengah bertunang. Dia sepatutnya jaga hati, jaga mata dia.

Ya, dan dia jaga semua tu. Kan dah cakap before this, fasa bertunang ni ujian. Dan dia teruji dengan ujian ni.

Pada awalnya, kami berkenalan niat dia mungkin nak membantu aku. Atas dasar sahabat. Tapi tak disangka after beberapa tempoh perkenalan, we start to realize that both of us have same frequency yang made both of us being happy and energetic to give benefit to each other.

Kalau bercakap tentang sesuatu isu/topik berat, nyambung la orang cakap. Very clicked. Tak ada la sorang tadah telinga, lepastu kebil-kebil mata.

I learned a lot from him, and he got inspiration from me. I happy he did a lot of achievements from his business. With him, I can see the future because we share the same aspiration.

He is intelligent and talented. I came just to touch up him with a little inspiration and boost his level of confidence.
So, it’s not about love only.

Dan sebelum aku kenal dia secara serius, memang aku bagitahu boundaries aku secara terus-terang, kalau dia ada niat nak main-main or saja nak test market, sila shoo shoo away.

Dia tahu luka trauma aku, sebab aku sendiri mintak dia doakan aku depan Kaabah supaya Allah lembutkan hati aku untuk memaafkan seseorang di masa lalu aku.

Dia sendiri bagi kata-kata semangat untuk memaafkan orang. Dia sangat memahami luka aku. Tapi, aku tak sangka akhirnya dia mengulang luka trauma terbesar aku.

Tapi hati aku kuat nak maafkan dia sebab aku nak berdamai dengan takdir. Allah hadirkan dia hanya asbab sahaja.

Kalau aku mampu maafkan, maksudnya aku lepas ujian sabar yang Allah bagi kat aku. Sebab Allah tahu aku ni tak mampu nak ke syurga Dia dengan amalan kebaikan di dunia ni. Aku hanya mampu bersangka baik dengan Allah walaupun hakikatnya sakit.

Yang tanya aku pulak, aku tak terfikir ke nak putuskan hubungan. Dia tak respect tunang/wife dia? Yes, I did it. All way.

Disebabkan aku hormat hati wanita lain, aku kuatkan tekad untuk putuskan segala jaringan perasaan yang ada, walaupun sangat susah.

Dah lah aku kirim nama dia dalam doa aku hari-hari, lepas tu minta dia doakan depan Kaabah lagi. Ingat senang nak reverse ikatan doa tu balik?

Dan disebabkan dia masih tunjuk effort dalam keadaan dia decide untuk teruskan jugak perkahwinan tu, semua aku luah dan bagitahu kat dia masa aku tengah healing dulu, aku siap perli dan sindir dalam bahasa yang paling sopan. Tapi tajam. Aku tahu dia terasa.

Tapi, aku peduli apa, masa tu aku tengah sakit hati sangat-sangat. Aku up kat status je la mampu.

Dia hanya diamkan diri, sebab tahu tu salah dia. Dan aku tahu bukan aku sorang je rasa beban perasaan kecewa yang amat sangat. Cuma aku tak nak tambahkan tekanan dan sakit hati dalam diri dia. Sebab aku kenang kebaikan dan budi dia terlalu banyak pada aku.

Cuma itulah kelemahannya, Wanita. Jatuh cinta. Tetaplah dugaan terbesar bagi para lelaki sama ada yang biasa-biasa mahupun lelaki yang beriman lagi bertakwa.

3 Ta: Tahkta, Harta, Wanita.

Kalau ikutkan hati, memang aku nak confront je tunang dia waktu tu, bagitahu hal yang sebenar, tapi tu bukan cara aku nak robohkan masjid orang. Aku tetap kenang dia sebagai sahabat. Aku kesian dekat bakal isteri dia, dekat family dia yang dah prepare majlis yang dah nak dekat.

Lepas dia kahwin, aku semampu boleh blocked dia kat semua social media. Tapi ia tak semudah yang aku sangka. Aku kehilangan jiwa aku, diri aku yang penuh bersemangat dah hilang. Dia pun hati-hati nak post up gambar sweet lepas kahwin, mungkin takut aku makin terluka.

Aku bagitahu dia baik-baik, untuk sama-sama usaha melupakan. Disebabkan both of us tahu trick of mind masing2, nak saling membenci jadi susah. Sebab the end of the day, kau faham the reason behind that. Nak buat aku benci dia.

Dan aku pun buat benda sama, nak bagi aku nampak jahat kat mata dia, aku bagi la statement yang menyakitkan hati dia. Supaya dia boleh block aku. Tapi tu lah, tak jadi pulak trick tu, dia dapat hidu.

Aku pun dapat hidu bila dia cuba buat benda sama. Haha. Dia ibarat kau tak reti buat jahat, bila kau buat jahat, nampak beno kepalsuannya di situ.

Sudahnya aku friendzone kan je dia, aku anggap dia sahabat je la. At least, boleh share kebaikan. Kalau terserempak balik dengan dia dalam syurga nanti, boleh la bagi salam. Nak jumpa kat dunia ni, rasanya dah tak boleh dah kot nak bertembung. Malu aihh.

Dah masuk bulan Rejab ni, aku doakan supaya Allah palingkan hati dan cinta dia hanya untuk isteri dia yang sah sahaja. Aku biarlah. Sampai masa nanti biarlah luka tu sembuh sendiri.
Allah yang bagi ujian ni dekat aku, mesti ada hikmahnya.

Yang cakap aku ni bodoh sebab buta dengan cinta, tak nampak red flag dia. Atau bersyukur aku tak jadi kahwin dengan dia. Aku pun pernah terfikir benda yang sama masa mula-mula dulu.

Tapi, bila sekarang ni bila dah sampai di titik redha dan berdamai dengan takdir, aku anggap dia pengalaman berharga aku sepanjang hidup.

Aku boleh memilih untuk membenci dia atas apa yang dia buat dekat aku, melabelnya dengan perkataan-perkataan yang kurang baik walaupun itu hakikatnya.

Tapi apa yang aku dapat kalau aku berterusan untuk membenci? Aku tahu jiwa aku takkan tenang dengan membenci orang. Sekurang-kurangnya dia pernah menabur budi dan kebaikan dan beri aku rasa bahagia walaupun sebentar. Cukuplah.

Itu pun aku dah rasa bersyukur. Sebab dia hadir waktu aku tengah-tengah down dan perlukan seseorang untuk berkongsi cerita. Tuhan bagi dia pinjam sekejap dekat aku dan Dia ambil semula pinjamanNya.

Aku percaya Tuhan tidak mentakdirkan sesuatu pertemuan untuk sia-sia. Dan dia tidak mengambil sesuatu kecuali juga untuk kebaikan. Bersangka baiklah dengan setiap kehendakNya walau hati selalu ingin meronta melawan iradatNya.

Jadi, nikmat Tuhan mana satu lagi yang kamu ingin dustakan?

P/s: Kalau isteri dia terbaca confession ni, aku just nak cakap, jaga dia baik-baik tau. Kalau nak berada di hati suami, jangan tinggikan suara walau marah macamana sekalipun.

Kalau wanita perlu disayangi, lelaki perlu dihormati dan diraikan pendapatnya. Tu je nak cakap. Kbai. Assalamualaikum..

Ikhlas, yang tak sudi bermadu

– Cik Epal Fuji (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Akhirnya lelaki jugak yang menang😒😒😒. Dah tahu bertunang, pergi buat awak menaruh perasaan, lepas tu tinggalkan awak terkontang kanting sorang2. Dia tgh sedap dengan wife dia. Harap2 insafla dah kawen ni jgn ulang tabiat lama. Jangan keluar ayat” saya x pernah mencintai isteri saya” sambil mengorat pompuan lain. Saya doakan semoga Allah gantikan awak dgn yg lebih baik. Semoga next confession dari awak, yang happy2 je ya.. *hugs*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *