Cinta Jarak Jauh Yang Belum Ada Penghujung

Salam Sejahtera, terima kasih admin tolong siarkan.

Aku perkenalkan nama aku sebagai Bunga (bukan nama sebanar), berasal dari negeri di Bawah Bayu dan bukan Muslim. Aku bekerja sebagai Engineer di salah satu syarikat yang agak megah juga di negeri ini.

Aku merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik, dan berumur lewat 20an dan dalam beberapa tahun lagi akan meniti ke angka 30an. Kawan-kawan seperjuangan ku yang lain kebanyakan sudah berkahwin dan beranak-pinak.

Apa yang aku ingin luahkan di sini ialah lebih kepada kisah percintaan aku yang seperti sukar untuk mendapat penghujung, dan diharap boleh mendapat nasihat dan pandangan daripada yang arif.

Sebelum itu, saya memohon maaf seandainya cerita ini terdapat sedikit unsur seks dan kurang enak untuk dibaca.

Aku berkenalan dengan XYZ ketika kami menuntut di Kolej Matrikulusi, namun hubungan kami terpisah seketika setelah habis Matrikulasi.

Keputusan aku sedikit cemerlang dan membolehkan aku menyambung degree tetapi keputusan XYZ sedikit rendah dan sedikit sukar untuk dia menyambung degree di dalam bidang yang dia minati iaitu Engineering.

Namun, XYZ tidak kecewa dan dia mengambil keputusan mendaftar kursus Safety and Health NIOSH.

Sebelum aku terlupa, XYZ bukan berasal dari negeri yang sama dengan aku. Dia berasal daripada negeri sebelah, iaitu Kenyalang. Dia juga sama seperti aku, bukan Muslim dan berketurunan Dayak.

Hubungan kami terjalin semula ketika aku di tahun akhir pengajian, dia pada ketika itu sudah bekerja dengan syarikat minyak sebagai Safety.

Selepas aku tamat pengajian, aku mendapat pekerjaan sebagai Engineer di negeri kelahiranku iaitu di mana tempat aku bekerja sekarang.

Sepanjang percintaan kami, kami berdua sangat jarang berjumpa ataupun istilah orang berdating kerana kami terpisah di antara dua negeri yang berbeza dan untuk berjumpa salah seorang dari haruslah menggunakan flight.

Dalam setahun boleh dikatakan hanya beberapa kali sahaja kami berjumpa, paling perit ketika PKP dahulu, hampir 2 tahun kami tidak bertemu.

Semasa awal percintaan dahulu aku pernah menyatakan hasrat kepadanya untuk memutuskan hubungan ini kerana sudah tidak tahan untuk berjauhan namun ada sebab kami tidak sanggup memutuskan hubungan ini.

Dia sudah terlalu banyak berkorban untuk hubungan ini sehingga dia sanggup membelakangkan keluarga dia sendiri untuk aku, dan banyak lagi perkara dia sudah lakukan untuk aku.

Aku pula sudah memberikan maruah diri saya kepada dia, lelaki pertama yang aku tiduri.

Hubungan kami sudah menginjak ketahun kelima, aku mengatakan hasrat kepadanya kita harus menghentikan maksiat ini, sampai bila kita harus begini berjauhan, menghabiskan wang membeli tiket flight, check in hotel dan buat maksiat?

Sudah tiba masa untuk kita berkahwin, dia berkata dia sudah lama bersedia untuk berkahwin dan mengumpul wang.

Namun apa yang kami fikirkan ialah, bagaimana selepas berkahwin nanti? Siapa yang akan mengalah? Adakah aku akan berpindah ke negerinya atau dia akan berpindah ke negeri aku?

Aku pernah menyatakan kepada dia, aku tidak akan dapat berpindah kerana aku perlu menjaga ibu aku yang sakit memang memerlukan rawatan rapi dan bergantung sepenuhnya dengan aku.

Adik beradik aku yang lain seperti lepas tangan dan jarang pulang ke rumah melawat kami.

Dia pula sukar berpindah kerana kerja yang dia dapat sekarang sangat stabil dan merupakan harapan bos. Dia diberikan allowance bulanan, pelbagai kemudahan dan bermacam-macam lagi benefit yang sangat bagus.

Kami berdua terikat, seandainya aku mengikuti dia siapa akan menjaga ibu aku?

Aku tidak mahu selfish bagi memenuhi impian aku kerana aku sangat sayang dengan keluarga aku.

Seandainya dia mengikuti aku dan mendapat kerja baharu di sini, kami risau dia tidak menampung perbelanjaannya kerana gaji yang dia perolehi sebelum ini sangat berbaloi, dia juga mempunyai pelbagai komitmen lain.

Hari demi hari, kami sentiasa berharap agar mempunyai sinar perubahan dan dapat bersama pernah juga kami berdua cuba memutuskan hubungan ini dan mencari pasangan yang berdekatan namun perasaan sayang di antara kami sangat kuat.

Buat masa sekarang, kami meneruskan hubungan seperti biasa dan sudah tidak memikirkan soal perkahwinan.

Hanya berharap dia akan mendapat pekerjaan baharu dia tempat aku dengan gaji yang setimpal atau semoga ibu aku cepat sihat.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *